Tuntutan Allah
19 May 2009 | 2 Komen |
Cetak Artikel
Saya mempunyai beberapa sahabat yang belum mempunyai rezeki anak setelah berkahwin lebih daripada 5 tahun. Mereka sering bercerita dengan saya hal bagaimana usaha mereka untuk mendapatkan anak. Namun segala rezeki adalah di tangan Allah.
Saya menerangkan kepada mereka tentang tuntutan Allah terhadap hambaNya di dalam sesuatu perkara. Allah menuntut sesuatu perkara ke atas kita tidak sama untuk setiap perkara. Apakah maksudnya?
Saudara,
Sesetengah perkara, Allah menuntut sesuatu daripada kita untuk mendapatkan perkara yang kita inginkan. Seperti contoh, untuk mendapatkan anak, Allah menuntut sesuatu yang perlu kita lakukan untuk Allah dan tuntutan itu mungkin lebih daripada orang lain lakukan. Begitu juga dengan rezeki.
Seseorang perlu bekerja keras kerana ingin mencari sesuap nasi tetapi untuk mendapat anak, orang tersebut tidak perlu bersusah payah seperti sahabat-sahabat saya tadi. Ini dapat dilihat di kalangan orang yang agak susah kehidupannya dari segi material tetapi mempunyai anak yang ramai.
Popularity: 7% [?]






