Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kehambaan Diri dan KeTuhanan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Apa Itu Agama?

20 June 2011 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Saudara, Inilah Agama (lihat video di bawah). Agama yang sering kita debatkan. Seringkali mendengar sekumpulan ini mengatakan dia yang benar, yang lain mengatakan merekalah yang benar. Lalu bergaduh dengan sekadar pandangan dan pendapat masing-masing. Sedangkan agama itu sebuah keindahan, kedamaian, kebahagiaan etc.

Agama, sebuah Taman Yang Indah yang pernah saya jelaskan di Artikel SEBUAH TAMAN YANG INDAH sebelum ini. Marilah kita bersama-sama memasuki taman ini dan rasailah sendiri keindahan, kedamaian, kebahagiaan etc. Pasti tiada lagi gaduh-gaduh dan menunjuk hebat dengan ilmu yang ada.  Tegur menegur sangat baik namun berjaga-jaga dan yang terbaik menegur terus pada individunya. Bukan menyerang melalui cara selain terus kepada individu tersebut tanpa ada penjelasan yang sebenar.

Banyak ilmu tidak kira apa jua bukan bermakna kita lebih hebat dari yang lain. Semoga kita sentiasa berada di dalam Sebuah Taman Yang Indah.

 

Popularity: 54% [?]

Incoming search terms:

Bagaimana Bercinta Dengan Allah?

23 December 2008 | 4 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Sementara saya menyiapkan video bersiri menggantikan artikel bersiri Kenali Otak Kita Di dalam Hidup BerTuhan, saya ingin kongsikan sesuatu yang menarik.

Berikan saya golongan yang paling tenang sekali di antara kita masa kini?

Jawapannya ada 2 sahaja.
1. Bayi dan kanak-kanak di bawah 3 tahun.
2. Orang yang sedang asyik bercinta (bukan cinta yang bermasalah).

Kenapa dua sahaja? Kenapa saya tidak masukkan sekali mereka yang kuat amal ibadah? Maafkan saya kerana mereka yang kuat amal ibadah belum pasti jiwanya tenang. Walaupun saudara tidak setuju namun ia adalah hakikat bahawa tidak semua yang kuat beramal ibadah, hati mereka tenang. Ini kerana kita tidak tahu sejauh mana mereka ikhlas di dalam beribadah.

Baca Selanjutnya…

Popularity: 16% [?]

Incoming search terms:

  • Bengkel JPHBT

  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Iman itu kesedaran. Cinta itu menguatkan kesedaran. Komunikasi itu melahirkan cinta.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Arkib

  • Popular Keyword