JPHBT: 1 Tahun
12 November 2009 | 3 Komen |
Cetak Artikel
3 November 2009 yang lalu genaplah setahun laman web ini berkongsi manafaat yang besar dan keindahan serta ketenangan yang saya dan keluarga miliki apabila sentiasa sedar dan merasai nikmat hidup berTuhan yang sebenar sejak beberapa tahun yang lalu hingga kini.
Jika ingin dikongsikan pengalaman tentang nikmat yang Allah SWT berikan, pasti tidak mampu ditulis dan diceritakan kerana sesungguhnya nikmat yang Allah SWT berikan terlalu besar dan hebat.
Saya juga yakin saudara semua mempunyai pengalaman yang hebat tentang nikmat yang Allah SWT berikan. Malah semua daripada kita pasti memiliki nikmat yang Allah SWT kurniakan. Membezakannya adalah samada kita sedar atau sekadar tahu sahaja.
Apabila hidup ini sentiasa disedarkan bahawa segala-galanya adalah hanya daripada Allah SWT sehinggakan kepada perkara yang kecil pun, maka hidup kita ini sentiasa sedar yang kita ini perlu sangat-sangat bergantung kepada Allah SWT. Dengan kesedaran itulah maka kita hidup penuh dengan tanggungjawab sebagai wakil Allah SWT.
Popularity: 8% [?]
Terima kasih Allah
5 August 2009 | 6 Komen |
Cetak Artikel
“Ya Allah, terima kasih Allah kerana membuka hati pembaca blog ini untuk sentiasa berterima kasih denganMu ya Allah. Semakin ramai yang menyebut terima kasih dengan penuh ikhlas kepadaMu ya Allah. Terima kasih Allah, terima kasih.”
Popularity: 4% [?]
Are You Going to Finish Strong?
26 March 2009 | 4 Komen |
Cetak Artikel
Saya suka video-video sebegini. Membuatkan saya lebih bersyukur dan bersemangat.
Saya ingin kongsikan video di bawah dengan saudara semua. Saya menangis dan sujud syukur setelah menontonnya. Setiap kali menontonnya, walau berapa kali pun, pasti saya akan menangis tetapi bertambah semangat.
Popularity: 4% [?]



