Memahami Latihan Unggul Ramadhan
21 August 2010 | 1 Komen |
Cetak Artikel
Saudara,
Mengapa siangnya berpuasa iaitu menahan kehendak nafsu…malamnya dibebaskan nafsu? Untuk apa sebenarnya latihan seperti ini?
Iftar itu bukan berbuka puasa untuk melempiaskan nafsu (mkn, seks, etc). Ia adalah masa untuk kita mengukur sejauh mana pencapaian kembali kepada fitrah dgn latihan puasa siang harinya. Seharusnya pencapaian setiap hari meningkat dan terus meningkat agar tiba sahaja Aidilfitri kita mencapai tahap yang tertinggi di dalam kembali kepada fitrah sebagai kesedaran tertinggi untuk dibawa sepanjang tahun.
Walaupun nafsu jasad itu dibebaskan dari ikatan kehendaknya (makan, seks, etc) sesudah terbenam matahari namun seharusnya kita tetap terus mampu mengekalkan keberadaan kita iaitu berada di atas nafsu…di atas fikiran dan emosi..di atas rasa jasad dan di atas rasa rohani. Kita terus berada di tahapan kesedaran tertinggi dengan memiliki hati nurani…tenang..bahagia…berada di atas rasa. Tidak mengikut apatah lagi masuk ke dalam fikiran dan emosi.
Popularity: 26% [?]
Tuhan Yang Mana?
31 July 2010 | 3 Komen |
Cetak Artikel
Saya banyak mengulas tentang wahyu pertama yang sebenarnya amat jelas untuk kita memandu kehidupan kita ini. Walaupun satu ayat, jelas Allah SWT memberitahu kita arah tuju yang seharusnya kita lalui.
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).
(QS Al-Alaq, 96:1)
Artikel yang lepas (bacalah) sebenarnya masih belum tamat huraiannya.
Tuhan Yang Mana?
Setelah kita di minta membaca dengan nama tuhan oleh Allah SWT, sebenarnya timbul satu lagi persoalan…iaitu tuhan yang mana harus kita serahkan apa yang kita bacakan. (baca maknanya luas. Bukan sekadar membaca tulisan tetapi sebenarnya termasuk analisis, sintesis, aplikasi, mengetahui, memahami etc…)
Popularity: 62% [?]
Tip Khusyuk Dalam Solat
19 July 2010 | 1 Komen |
Cetak Artikel
Sebelum membaca apa-apa bacaan di setiap gerakan solat, pastikan kita benar-benar rasa jelas lagi nyata bertemu dengan Allah SWT. Kemudian barulah membaca bacaan solat dengan penuh rendah hati dan terus menjaga kesedaran yang kita sedang bertemu dengan Allah SWT. Sederhana kan?
“khusyuk itu adalah keyakinan bertemu dengan Allah SWT dan yakin kembali kepadaNya”.
Kita berjaya kembali kepada Allah SWT apabila kita SEDAR akan pertemuan kita dengan Allah SWT yang sedang berlangsung itu.
Popularity: 89% [?]
Khusyuk Dahulu Barulah Solat
19 July 2010 | 1 Komen |
Cetak Artikel
Saudara,
Ketika saya menjelaskan tentang hal khusyuk pada tahun lepas (29 Julai 2009 – Baca Artikel di sini) bahawa kita mesti khusyuk dahulu pada Allah SWT barulah mudah untuk sabar dan solat, ada yang tidak setuju. Mereka berkata bahawa kita perlu solat dan barulah capai khusyuk dan sentiasa sedar di dalam solat.
Kefahaman yang silap ini membuatkan ramai yang mencari khusyuk itu di dalam solat sehingga merekacipta pelbagai kaedah untuk mencapai khusyuk. Ada yang fokus pada sejadah dan tulisan Allah. Ada yang fokus pada bacaan. Fokus pada kaabah, fokus pada suara bacaan dan sebagainya yang mana semua itu bukan sebenarnya untuk disembah.
Popularity: 87% [?]
Rasa Nyata Hidup BerTuhan
6 July 2010 | 1 Komen |
Cetak Artikel
Saudara, seringkali persoalan yang dilontarkan adalah tentang mengapa doa yang seringkali tidak dimakbulkan sedangkan Allah berjanji akan memakbulkan semua doa hambaNya kepadaNya. Juga persoalan mengapa sabar dan solat tidak mampu menjadi penolong hidup seorang hamba serta mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.
Saya ingin membawa saudara semua untuk menghayati cuma satu hal yang sebenarnya cukup sederhana di dalam kita menyedari masalah utama di dalam persoalan di atas. Hal ini ialah tentang mengenal dan merasai diri sendiri.
Saudara,
Seringkali kita sekadar tahu dan kenal diri tetapi kita tidak merasakan kedudukan diri kita terhadap Allah SWT. Mari kita lihat beberapa contoh.
Popularity: 65% [?]
Bengkel Bulan Julai
30 June 2010 | Tiada Komen |
Cetak Artikel
Bengkel 1
Untuk Wanita sahaja:
Bengkel Mukmin Profesional bersama Saudara Fuad Latip pd 04/07/2010
tempat IYC KL. Maklumat lanjut hubungi 013-6008151 @ tsi_sharini@hotmail.com
Untuk mendaftar klik sini.
Bengkel 2
Pelatihan Solat Khusyuk Dewasa Sabtu ini 3 Julai 2010. Jangan ketinggalan lagi. Ramai yang telah menikmati kebahagiaan mendapatkan solat yang khusyuk. Daftar hari ini kerana tempat terhad. Solat Center Taman Melawati Hulu Kelang, dekat bank Islam taman melawati atas kedai mentari hijau. Sms nama penuh pada 0192267963 / 0196241965.
Testimonial Peserta Perlatihan Solat Khusyuk: “Selama ini kita tahu Allah itu sentiasa bersama kita. Tapi kita lebih rasakan bahawa isteri dan anak lebih dekat. Hari ini saya rasakan sendiri Allah SWT sangat dekat dan sebenarnya lebih dekat daripada isteri dan anak saya.” Alhamdulillah…terima kasih Allah.
Popularity: 45% [?]
Sedar Akan Allah SWT
6 June 2010 | 6 Komen |
Cetak Artikel
Sedar akan Allah SWT itu mudah. Caranya: Sedar semua benda termasuk diri kita ini berasaskan zarah-zarah. Kita terdiri daripada pepejal, cecair dan gas. Semua zarah-zarah bergerak, digerakkan oleh yang Maha Menggerakkan (Allah SWT).
Tangan kita, kaki kita semua jasad kita ini terdiri daripada zarah-zarah yang bergerak dan digerakkan oleh Allah SWT. Tidak ada satu pun dalam alam ini tidak bergerak termasuk zarah-zarah diri kita.
Zarah Pepejal (meja, batu, dinding, kereta,rumah) bergetar. Zarah cecair berlanggar dengan gerakan perlahan. Zarah gas (udara) berlanggar dengan gerakan yang laju. Semuanya bergerak walaupun mata kasar kita melihat sesuatu itu tidak bergerak.
Kemudian, jangan memisahkan zat, sifat & Af’al (perbuatan) Allah SWT. Maka di mana ada zarah bergerak (bergerak kerana sifat Allah yang Maha Menggerakkan), maka di situ ada Allah.
Jangan pisahkan zat, sifat dan Af’al Allah seperti Allah itu di tempat lain (cth: Allah berada nun jauh di atas sana) dan zarah ini digerakkan oleh Allah. Pemahaman yang 100% salah.
Maka, di mana ada zarah yang bergerak, di situ ada Allah. Dengan kesedaran ini, maka kita mampu sedar akan Alalh SWT.
Kesimpulannya, Bukankah Allah itu sangat dekat? Bukankah Allah SWT itu meliputi? Dekat dan meliputi segala benda di alam ini termasuk diri kita. Meliputi itu bukan menyelubungi.
Nah! Bangunkan kesedaran tertinggi akan Allah SWT. Diam….kemudian panggillah Allah SWT perlahan-lahan dengan penuh kesedaran bahawa Allah SWT itu sangat dekat. Panggillah dengan penuh rendah hati… Ya Allah…
Popularity: 72% [?]
Kursus Solat Khusyuk (29 Mei 2010)
24 May 2010 | Tiada Komen |
Cetak Artikel
Saudara,
Pihak Solat Center Malaysia akan menganjurkan sekali lagi kursus solat khusyuk pada 29 Mei 2010 ini. (klik sini untuk info lanjut) Pembawa kursus adalah Ustaz Yus Ansari merupakan anak murid kepada Ustaz Abu Sangkan.
Tarikh: 29 Mei 2010 (Sabtu)
Masa : 9 pagi – 5 petang
Tempat: Balai Islam TNB, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur (berdekatan Stesen LRT Abdullah Hukum)
Yuran: RM95
Penceramah: Ustaz Yus Ansari – Ketua Umum Solat Center Bandung
Untuk pendaftaran, sila call Puan Nora: 0196241965 / Rose : 0192267963
[Note]: Saya berada di Bintulu selama seminggu bermula 22 – 30 Mei 2010. Pulang ke kampung sebelah isteri. Saya ucapkan selamat berkursus dan inshaAllah banyak manafaat yang saudara akan miliki.
Popularity: 82% [?]
Artikel Seterusnya »




