Konsultansi CINTA
27 March 2009 | 8 Komen |
Cetak Artikel
Saya bersembang-sembang dengan seorang kawan baik dan juga rakan sekerja sementara menunggu hujan lebat reda. Kami bersembang di cafe fakulti di UiTM.
Saya mengenali beliau sejak tahun 1997 di Universiti Malaya ketika kami sama-sama sekuliah dalam bidang yang sama, Kejuruteraan Elektrik, Universiti Malaya Kuala Lumpur (UM). Kami juga sama-sama melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana juga di UM 6 tahun lalu. Sudah 12 tahun saya mengenali beliau. Memang rapat.
Dialah satu-satunya kawan lelaki saya yang masih bujang. Saya selalu bertanya wanita idaman beliau tetapi selalunya jawapan yang diberikan adalah “aku sendiri pun susah nak cakap“.
Dengan kerja yang telah stabil sebagai pensyarah yang mempunyai kelulusan peringkat sarjana (master) dan sifat dan sikap yang baik serta rupa yang sejuk mata memandang, juga menjaga agamanya yakni Islam (saya kenal sangat beliau), adalah mustahil jika difikirkan dengan logikĀ akal fikiran untuk beliau mendapatkan mana-mana wanita yang diidamkan. Tetapi semuanya adalah kehendak Allah.
Popularity: 8% [?]






