Fuad Berkomunikasi
14 October 2009 | 2 Komen |
Cetak Artikel
“Ya Allah, aku berkomunikasi denganMu apa yang aku fikirkan ya Allah. Biarlah pembaca tahu macam mana aku melakukan komunikasi denganMu setiap hari ya Allah. Mudah-mudahan mereka faham apakah yang aku maksudkan tukarkan mind-chat kepada komunikasi denganMu ya Allah.
Ya Allah, UiTM dah ada air-cond balik dah. Seronoknya ya Allah. Baru boleh buat kerja ni. Aku nak tengok programming ni dulu. Belajar pelan-pelan. Kasi aku ilham banyak-banyak ye ya Allah. Senang kerja aku nanti ni. Terima kasih ya Allah.
Mana Puan Habsah ni ya Allah. Lepas dia habis kelas kot dia call. Tunggu dia call je lah. kan ya Allah. Nanti lambat nanti sesak pulak jalan kat depan fakulti ni. Ada konvo ni. Penat pula aku nak tunggu lift tu nanti kan ya Allah.
Ya Allah, laparlah pulak. Nanti pukul 4 nanti nak pergi cafe sat lah ya Allah. Kot-kot ada goreng pisang ke apa ke. Sedap juga makan. Hari ni nak balik lepas maghrib lah ya Allah. Tadi datang lambat.
Aduhai….slow aa pulak Matlab ni ya Allah. Jenuh ni kalau nak coding kalau programming slow camni. Bilalah windows 7 aku tu nak sampai ya Allah. Dah lebih 2 bulan order. Kata sampai dari singapore lepas windows 7 launching. Hmmm lantaklah ye ya Allah. Ada lah tu. Tunggu je le kan ya Allah.”
***
Cukuplah apa yang terlintas dalam fikiran saya, saya tuliskan tanpa henti. Begitulah apabila kita menukarkan segala mind-chat kita kepada berkomunikasi kepada Allah SWT. Tidak semestinya memohon sahaja tetapi segala apa yang difikirkan, dilakukan, dilihat, didengar, dirasakan dan sebagainya, ceritalah pada Allah SWT.
Dengan berkomunikasi, jiwa lebih tenang dan kesedaran Allah SWT itu sangat dekat dengan kita akan meningkat masa demi masa.
Latihkan untuk sentiasa berada dekat dengan Allah SWT.
Popularity: 2% [?]
Jawapan Allah #2
8 October 2009 | 8 Komen |
Cetak Artikel
Seringkali saya diajukan soalan tentang jawapan Allah SWT. Soalan yang paling banyak adalah “bagaimana kita ingin tahu apa yang kita rasa itu samada daripada kehendak kita atau kehendak Allah SWT?”
Kali ini kita biarkan dahulu persoalan itu kerana saya lebih suka menjawab dengan beberapa pengalaman sahabat kita yang lain yang pernah meminta pendapat saya. Saudara akan faham dan boleh mendapat jawapan ke atas persoalan di atas dengan sebuah pengalaman saya di bawah.
***
Salah seorang wanita muda pernah berbicara dengan saya tentang jodoh. Beliau bertemu dengan seorang pemuda yang menyintai beliau dan beliau juga menyintai pemuda tersebut. Sebelum beliau suka pada pemuda itu, beliau banyak kali meminta petunjuk pada Allah SWT samada pemuda itu terbaik di sisi Allah SWT atau tidak.
Popularity: 2% [?]
Teringat Akan Kematian
8 September 2009 | 5 Komen |
Cetak Artikel
Saya menerima respon daripada beberapa orang tentang latihan kembali kepada Allah SWT. 100% menyatakan tidak mampu kembali kepada Allah SWT dengan benar-benar berserah. Saya juga tidak tahu sejauh mana kemampuan saya untuk berserah ketika saat-saat sakaratul maut datang walaupun banyak kali berlatih kembali kepada Allah SWT. Semoga kita benar-benar mampu kembali kepada Allah SWT dengan jiwa yang sejahtera.
Saya mengajak saudara semua berfikir, iaitu jika kita sekarang tidak mampu berserah 100% kepada Allah SWT di dalam latihan kembali kepada Allah, fikirkan bagaimana di saat kematian yang benar tiba. Di masa nyawa dicabut dari jasad, kita bukan hanya berdepan dengan kesakitan kematian tetapi juga berdepan dengan ajakan dan hasutan syaitan yang sangat hebat. Mampukah kita kembali kepada Allah SWT dengan benar-benar berserah?
Nah! Bagaimana kita berasa kita akan mati dalam keadaan yang sejahtera sedangkan kita tidak pernah pun berlatih untuk kembali kepada Allah SWT? Walaupun siapa diri kita, banyak mana amalan diri kita, hebatnya ilmu kita, tingginya amal ibadah kita, berlatihlah kembali kepada Allah SWT. Kemampuan berserah, pasrah dan redha untuk benar-benar kembali kepada Allah SWT perlu dilatih.
***
Sejak saya menulis artikel bertajuk Berlatih Kembali Kepada Allah SWT, saya sendiri yang sering teringat untuk mati. Saya berasa kematian sangat hampir. Rasa ini semakin hari semakin kuat. Jika sudah menjadi ketentuan untuk saya kembali kepada Allah SWT, sesungguhnya saya pasrah dan berserah. Berserah kembali kepada Allah SWT dan menyerahkan semua milik yang Allah SWT pinjamkan kepada saya kembali kepada Allah SWT. Saya amat yakin Allah SWT akan menjaga keluarga saya, anak dan isteri.
Saya memohon maaf kepada semua di atas kesalahan yang saya lakukan.
Popularity: 3% [?]
Berserah 100%
4 September 2009 | 3 Komen |
Cetak Artikel
Saudara,
Rajah di atas jelas menunjukkan perbezaan berserah 100% berbanding berserah tetapi tidak 100% (Tidak berserah sebenarnya). Tidak berserah 100% akan membuatkan jiwa kita gelisah. Mengapa gelisah? Kerana kita masih ada kehendak.
Berserah = menerima KETENTUAN + mengikut KETETAPAN Allah SWT.
Popularity: 3% [?]
Tidak Perlu Difikirkan
29 August 2009 | 3 Komen |
Cetak Artikel
Apabila saya membincangkan hal taqwa, khusyuk dan kesedaran, saya menerima banyak soalan taqwa itu bagaimana? Khusyuk itu bagaimana? Kesedaran itu bagaimana?
Saya juga ditanya bagaimana untuk tahu yang kita sudah capai tahap taqwa. Bagaimana kita nak tahu kita sudah mencapai khusyuk? Bagaimana kita nak tau tahap kesedaran kita?
Taqwa, khusyuk dan kesedaran adalah rasa. Rasa sesuatu yang sukar difahami kerana kita perlu merasainya dahulu. Apa yang saya terangkan di dalam entri yang lepas hanyalah sifat-sifat rasa itu. Adalah sesuatu yang mustahil untuk membicarakan hal rasa dengan penulisan atau pertuturan.
Popularity: 2% [?]
Artikel Seterusnya »



