Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

Petikan Positif #2

22 October 2009 | 4 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

FacebookGoogle GmailYahoo MailWordPressTwittermore

Petikan Positif #1

Petikan-petikan yang pernah saya paparkan di status facebook saya. Semoga ada manafaatnya.

Bagaimana berasa sangat yakin kepada Allah SWT ketika berdoa di mana yakin Allah SWT akan memakbulkan doa kita?
Apabila berdoa SEDARLAH Allah SWT sebenarnya terus sahaja memproses doa kita agar dimakbulkan. Doa kita bukan tidak dimakbulkan tetapi sedang diproses agar diri kita benar-benar bersedia menerima apa yang didoakan itu setelah Allah SWT memakbulkan permohonan kita nanti. Dengan menyedari doa kita sedang diproses, ia mampu meyakinkan kita dengan doa kita.

Bagaimana berlatih membangunkan kesedaran kepada Allah SWT?
Duduk dalam keadaan rehat, rendahkan hati, rasa dan yakin Allah SWT itu sangat dekat dan sebutlah perlahan-lahan “ya Allah” lalu diam sejenak dan terimalah respon daripada Allah SWT. Kemudian disambung dengan “ya Allah, aku rela ya Allah…aku rela”.

Baca Selanjutnya…

Incoming search terms:

Petikan Positif #1

2 September 2009 | 8 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Petikan ini saya kongsikan bersama sahabat-sahabat di Facebook.

  • Manusia itu dianalogikan seperti sebuah kereta yang dipandu pemandu dan membawa seorang bos di belakangnya. Kereta itu sendiri adalah jasad yang berfikiran dan beremosi (banyak ragam).  Pemandunya adalah jiwa/nafs/ego dan bosnya sebagai penentu arah adalah roh yang sentiasa menentukan arah yang dituju mesti ke Allah SWT. Makanya pemandu mestilah memandu mengikut kehendak bos. Bukan kehendak kereta.
  • Al-Quran itu manual untuk manusia hidup di muka bumi ini. Seperti kereta pasti ada manual. Kereta tidak boleh langgar lubang. Nanti rosak tayar. Begitu juga manusia. Tidak boleh minum arak. Nanti rosakkan jasad. Kereta kena jaga, basuh, tukar minyak enjin. Begitu juga manusia. Kena tutup aurat, solat, jaga akhlak dan lain-lain. Semua dijelaskan dlm Al-Quran. Allah buatkan manual manusia kerana Allah Maha Mengetahui ciptaanNya. Tahu mana yang boleh merosakkan dan mana yang boleh memelihara jasad dan jiwa manusia.
  • Seseorang ingin penjelasan mudah untuk berserah. Di harap ini penjelasan yg mudah. Berserah itu menerima KETENTUAN dan dalam masa yang sama mengikut KETETAPAN Allah SWT. Cth: Katalah kita ini hidup susah. Maka kita tidak menyalahkan Allah menjadikan hidup kita susah (kita terima KETENTUAN hidup susah) dan dlm masa yang sama kita kena berusaha untuk hidup senang kerana Allah SWT tidak suka kita hidup dalam kemiskinan (KETETAPAN).
  • Baca Selanjutnya…

Puasa: Memiliki dan Merasai Taqwa

24 August 2009 | 4 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Saudara,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang memberikan kesempatan kepada kita untuk menambahkan lagi amal kita di bulan Ramadhan kali ini. Kita menambahkan amal ibadah kita kepada Allah SWT setiap Ramadhan menjelma. Tujuannya tidak lain adalah untuk memiliki dan merasai ganjaran puasa iaitu Taqwa kepada Allah SWT seperti yang Allah janjikan di dalam firmanNya:

Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. (QS 2:183)

Namun apabila kita nilai dan muhasabah semula tahap taqwa yang dicapai setiap tahun selepas tamatnya bulan Ramadhan, kita dapati diri kita selepas bulan Ramadhan tiada bezanya berbanding diri kita sebelum bulan Ramadhan. Ketaqwaan kita masih sama atau meningkat hanya sedikit setelah kita menjalani ibadah puasa.

Baca Selanjutnya…

Incoming search terms:

Petikan Puasa

22 August 2009 | 1 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Petikan tentang puasa daripada saya yang saya sebarkan melalui facebook. Akan ditambah dari masa ke semasa.

Puasa adalah halangan kpd keinginan jasad. Namun puasa HANYA berjaya menjadi penghalang kpd keinginan jasad jika kita SEDAR yg kita sedang berpuasa. Jika tidak, puasa (penghalang) akan menjadi rapuh & pasti segala keinginan jasad akan mudah merempuh penghalang (puasa) itu. Tidak hairanlah kita berpuasa tapi seringkali tewas dgn keinginan jasad (nafsu). SEDAR berpuasa bukanlah SEDAR yg kita lapar & dahaga

Puasa memelihara kesihatan hati dan anggota badan sekaligus mengembalikan apa-apa yang telah dirampas oleh hawa nafsu.

Puasa itu menahan diri. Untuk menahan diri, kita perlukan ketahanan diri yang kukuh. Nafsu perlu dikawal. Tapi bagaimana nak kawal kalau kita sendiri tidak tahu di mana nafsu. Maka tahu dahulu nafsu itu apa, di mana dan kaitan dengan diri, jiwa dan roh. Baru mudah mengawalnya. Kenal diri sendiri pasti akan kenal Tuhan. Salam Ramadhan. Semoga berjaya menahan diri dan mengawal nafsu dan akhirnya kembali kepada fitrah.

Baca Selanjutnya…

Hanya Berbicara

11 August 2009 | 4 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Untuk minggu ini (hari ini – ahad ini) kita cuba berbicara dengan Allah SWT tanpa memohon kepadaNya. Kita tahankan kehendak kita bagi melatih diri kita sebagai persediaan di bulan Ramadhan agar kita tidak mempunyai pelbagai keinginan.

Kita hanya bercerita kepada Allah SWT apa yang kita fikirkan dan apa yang berlaku di sekeliling kita. Memohon itu adalah kehendak iaitu keinginan diri.

Puasa bererti menahan diri agar diri kita dapat mengurangi kehendak atau keinginan yang banyak dijanakan oleh fikiran. Lalu kita berlatih mulai hari ini kita tidak berkehendak melainkan kehendak yang fitrah seperti makan, minum, pembersihan badan, tidur dan yang berkaitan.

Kehendak yang dimaksudkan adalah kehendak yang dipohon setiap hari bagi menyelesaikan masalah harian kita.

Mengapa hanya berbicara? Agar kita benar-benar serahkan kepada Allah SWT jalan penyelesaian yang terbaik buat diri kita. Yang kita lakukan hanyalah bercerita atau berbicara dengan Allah SWT hal yang kita alami.

Baca Selanjutnya…

  • FB GROUP JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Allah SWT sentiasa mencintai kita. Namun untuk kita merasai cinta AllahSWT hanyalah dengan satu cara iaitu kita mesti mencintaiNya. Rasa cinta itu hanya mampu kita miliki apabila kita juga menyintai.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword