Berhijrah Memiliki Jiwa Yang Positif (1431H)
18 December 2009 | 3 Komen |
Cetak Artikel
dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya”.
(QS: Al-Baqarah 2:30)
Iblis menjawab: ” Aku lebih baik daripadanya; Engkau (Wahai Tuhanku) ciptakan daku dari api, sedang Dia Engkau ciptakan dari tanah “.
(QS: Shaad 38:76)
Saudara,
Jika kita meneliti firman Allah SWT di atas, pastinya kita tertanya-tanya, rahsia apa yang mampu kita katakan di dalam rencana Allah SWT ini? Apakah ertinya khalifah yang selalu kita sebut-sebutkan dengan penuh bangga ketika kita sering bincangkan, ceramahkan, forumkan?
Popularity: 34% [?]
Memiliki Kesedaran Tertinggi #5
15 November 2009 | 5 Komen |
Cetak Artikel
Cara paling mudah untuk membina kesedaran kita kepada Allah SWT setiap saat adalah dengan berkomunikasi dengan Allah SWT. Kemudian di masa senggang (tiada kerja) cubalah mengingati semula plot-plot atau kronologi-kronologi yang Allah SWT aturkan ketika masalah kita diselesaikan oleh Allah SWT.
Kita sering menganggap segala yang berlaku adalah kebetulan tanpa sedikit pun mengaitkan setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita ini dengan Allah SWT. Sebab itulah ada sesetengah kesedaran manusia kepada Allah SWT masih berada di tahap yang lama atau semakin rendah. Akhirnya mereka berasa bahawa apa yang berlaku dan kejayaan mereka adalah kerana usaha mereka sendiri tanpa sendikit pun sedar akan hal Allah SWT.
***
Saya suka merenung kembali kronologi atau peristiwa yang berlaku di dalam hidup saya setiap hari dan melihat kronologi itu berlaku disebabkan kehendak Allah SWT. Sehinggakan sedang menyuap setiap suapan nasi pun saya melahirkan kesedaran betapa Allah SWT masih memberikan saya rasa yang berlainan setiap suapan tersebut.
Popularity: 4% [?]
Selamat Datang Ke fuadlatip.com
15 October 2008 | 4 Komen |
Cetak Artikel
Salam,
Saudara, fuadlatip.com telah lama wujud. Cuma belum sempat untuk saya menyelenggarakan dengan baik. fuadlatip.com lebih kepada personal website untuk tatapan semua yang mengenali saya samada untuk membaca perjalanan hidup sebelum mati saya atau juga untuk mengetahui dan berkongsi apa jua ilmu yang kita miliki bersama-sama.
Semoga dengan adanya fuadlatip.com, kita dapat merapatkan silaturrahim dan kita dapat menjadi manusia hebat di sisi Tuhan. InshaAllah. Ameen.
Kunjungi selalu dan subscribe rss untuk mengetahui informasi terkini dari fuadlatip.com
Popularity: 2% [?]


