Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kehambaan Diri dan KeTuhanan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Artikel Bersiri: Kenali Otak Kita Di dalam Hidup BerTuhan

17 December 2008 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Saya menulis di dalam beberapa artikel tentang penyelesaian kepada perubahan dan motivasi kekal beberapa hari ini. Jalan penyelesaiannya adalah mudah tetapi sukar untuk kita lakukannya iaitu KOMUNIKASI APA JUA PERKARA DENGAN ALLAH SETIAP SAAT DAN DI MANA SAHAJA DI DALAM SEPANJANG KEHIDUPAN KITA.

Mulai esok saya akan menulis artikel bersiri di dalam penemuan sains tentang jiwa dan fikiran kita di dalam melakukan perubahan. Saya bukan hebat tetapi ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya ada ini dengan melihat kehebatan otak kita di dalam hidup berTuhan.

Saya akan mengaitkan komunikasi dengan Allah ini merupakan jalan penyelesaian kepada perubahan kekal berasaskan kekuasaan Allah yang ditunjukkan kepada kita di dalam sains. Ia akan lebih meyakinkan kita dan lebih memahami bahawa komunikasi dengan Allah dapat menenang jiwa kita dan akhirnya akan merangsang fikiran kita yang lebih baik ke arah positif lantas akhirnya menjadikan kita hidup secara berTuhan yang lebih sempurna dan bahagia.

Ikuti artikel bersiri ini.

Popularity: 10% [?]

Konsep BerTuhan Di dalam Perniagaan Internet

12 November 2008 | 6 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Saya terkejut. Sangat-sangat terkejut sehingga mengucapkan “MashaAllah”.

Semasa seminar perniagaan internet dalam gerakan koperasi yang baru habis tengah hari tadi, saya ada bersembang-sembang dengan pihak penganjur. Saya bertanya kenapa pembentang no.x bukan seperti yang dirancang?

Oh!…dia nak RM1800 satu jam“, kata pihak penganjur.

MashaAllah. Apa sudah jadi dengan orang macam ini. Saya gelengkan kepala.

Baca Selanjutnya…

Popularity: 10% [?]

  • Bengkel JPHBT

  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Iman itu kesedaran. Cinta itu menguatkan kesedaran. Komunikasi itu melahirkan cinta.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Arkib

  • Popular Keyword