Apa Itu Agama?
20 June 2011 | Tiada Komen |
Cetak Artikel
Saudara, Inilah Agama (lihat video di bawah). Agama yang sering kita debatkan. Seringkali mendengar sekumpulan ini mengatakan dia yang benar, yang lain mengatakan merekalah yang benar. Lalu bergaduh dengan sekadar pandangan dan pendapat masing-masing. Sedangkan agama itu sebuah keindahan, kedamaian, kebahagiaan etc.
Agama, sebuah Taman Yang Indah yang pernah saya jelaskan di Artikel SEBUAH TAMAN YANG INDAH sebelum ini. Marilah kita bersama-sama memasuki taman ini dan rasailah sendiri keindahan, kedamaian, kebahagiaan etc. Pasti tiada lagi gaduh-gaduh dan menunjuk hebat dengan ilmu yang ada. Tegur menegur sangat baik namun berjaga-jaga dan yang terbaik menegur terus pada individunya. Bukan menyerang melalui cara selain terus kepada individu tersebut tanpa ada penjelasan yang sebenar.
Banyak ilmu tidak kira apa jua bukan bermakna kita lebih hebat dari yang lain. Semoga kita sentiasa berada di dalam Sebuah Taman Yang Indah.
Popularity: 54% [?]
Incoming search terms:
Ebook JPHBT Vol.4
17 August 2010 | 8 Komen |
Cetak Artikel
Alhamdulillah Ebook JPHBT Vol.4: Rasa Nyata Hidup BerTuhan telah diterbitkan secara PERCUMA untuk pembaca setia semua. Semoga dengan lahirnya Ebook ke-4 ini, semakin hari semakin kita sedar kepada Allah SWT setiap saat dan nafas kehidupan kita ini.
Saya tidak tahu sehingga bila Allah SWT akan terus ingin saya menyebarkan ilmu yang diilhamkan kepada saya. Saya tidak tahu hingga bila Allah SWT terus ingin memberikan kekuatan kepada saya untuk menulis. Selagi ada kekuatan yang diberikan serta ilham yang diturunkan, saya pasti akan terus menulis.
Semoga jiwa saudara sentiasa tenang kerana janji Allah adalah PASTI iaitu sedar ke Allah, pasti kamu akan memiliki jiwa yang tenang. Namun tujuan kita bukanlah untuk memiliki rasa tetapi kita hanya ingin dekat dengan Allah SWT dengan menyedariNya setiap saat kehidupan kita ini.
Rasa itu adalah sebuah keadaan akibat daripada dekat dengan Allah SWT dan ia cukup menenangkan.
Semoga Allah SWT redha ke atas diri kita sehingga nafas kita yang terakhir dan terus redha di dalam kehidupan kita selepas di alam dunia ini. Amin.
Popularity: 96% [?]
Incoming search terms:
Tidak Ada Tuhan
18 May 2010 | 4 Komen |
Cetak Artikel
Seorang tukang gunting rambut sedang menggunting rambut seorang lelaki. Mereka banyak bercerita dan tiba satu ketika mereka bercerita tentang ketuhanan.
“saya tidak percaya adanya Tuhan”, kata tukang gunting rambut.
“oh, mengapa tidak percaya adanya Tuhan?”, lelaki itu membalas kata-kata tukang gunting rambut itu.
“Begini, cuba saudara perhatikan di persekitaran kawasan kedai ini sudah cukup membuktikan bahawa tiadanya Tuhan. Jika Tuhan itu ada, pasti tiada sakit, tiada manusia yang bermasalah, tiada manusia yang hidupnya melarat dalam kemiskinan.
Popularity: 54% [?]
Incoming search terms:
- masalah jiwa (2)
Muslim Vs Syaitan
13 April 2010 | 4 Komen |
Cetak Artikel
Mudah-mudahan penjelasan mudah ini akan lebih meningkatkan iman kita.
Mari kita lihat rukun iman yang enam.
1. Percaya kepada Allah
2. Percaya kepada malaikat
3. percaya kepada kitab
4. percaya kepada rasul
5. percaya kepada hari kiamat
6. percaya kepada ketentuan baik dan buruk yg Allah SWT tentukan. (Qada’ dan Qadar)
Mari kita meneliti mengapa iblis/syaitan dilaknat oleh Allah SWT? Apakah dia tidak percaya Allah? apakah dia tidak percaya malaikat? kitab? rasul dan hari kiamat?
Apakah salahnya syaitan ini?
Baca Selanjutnya…
Popularity: 67% [?]






