Meningkatkan Keyakinan Kepada Allah SWT
5 February 2010 | 5 Komen |
Cetak Artikel
Saudara,
Khusyuk itu bermakna asyik. Khusyuk di dalam solat bermakna asyik dengan Allah SWT. Syarat untuk asyik adalah yakin. Sesiapa yang khusyuk ketika solat adalah mereka yang yakin bahawa mereka SEDANG bertemu dengan Allah SWT. Mereka yakin bahawa mereka SEDANG kembali kepada Allah SWT.
Kesedaran kembali kepada Allah SWT itu bermakna SEDAR sedang mendirikan solat, sedar sedang berjumpa dengan Allah SWT dan sedar Allah SWT itu berada sangat dekat malah lebih dekat daripada urat leher.
Ketika kita berbual dengan sahabat, kita terlebih dahulu sedar dan yakin bahawa sahabat kita ada di hadapan kita dan sedang berbual dengan kita. Jika kita tidak sedar dan tidak yakin bahawa sahabat kita berada di hadapan kita, pasti kita tidak akan berbual.
Untuk doa dimakbulkan, kita perlu yakin dengan Allah SWT bahawa Allah SWT akan memperkenankan permohonan kita. Namun keyakinan ini menjadi masalah kepada ramai di antara kita. Kita memohon tetapi kurang yakin bahawa Allah SWT akan memperkenankan doa kita.
Popularity: 82% [?]


