Meningkatkan Keyakinan Kepada Allah SWT
5 February 2010 | 5 Komen |
Cetak Artikel
Saudara,
Khusyuk itu bermakna asyik. Khusyuk di dalam solat bermakna asyik dengan Allah SWT. Syarat untuk asyik adalah yakin. Sesiapa yang khusyuk ketika solat adalah mereka yang yakin bahawa mereka SEDANG bertemu dengan Allah SWT. Mereka yakin bahawa mereka SEDANG kembali kepada Allah SWT.
Kesedaran kembali kepada Allah SWT itu bermakna SEDAR sedang mendirikan solat, sedar sedang berjumpa dengan Allah SWT dan sedar Allah SWT itu berada sangat dekat malah lebih dekat daripada urat leher.
Ketika kita berbual dengan sahabat, kita terlebih dahulu sedar dan yakin bahawa sahabat kita ada di hadapan kita dan sedang berbual dengan kita. Jika kita tidak sedar dan tidak yakin bahawa sahabat kita berada di hadapan kita, pasti kita tidak akan berbual.
Untuk doa dimakbulkan, kita perlu yakin dengan Allah SWT bahawa Allah SWT akan memperkenankan permohonan kita. Namun keyakinan ini menjadi masalah kepada ramai di antara kita. Kita memohon tetapi kurang yakin bahawa Allah SWT akan memperkenankan doa kita.
Popularity: 82% [?]
Memohon Di Saat Genting
3 January 2010 | 6 Komen |
Cetak Artikel
Allah SWT mengetahui keperluan diri kita lebih daripada kita sendiri. Maka sebab itu Allah SWT telah mengadakan segala keperluan kita sebelum kita memohon kepadaNya. Untuk memiliki apa yang diperlukan oleh kita, kita hanya perlu memohon kepada Allah SWT.
Namun di dalam hal memohon ini, ramai yang melihat dari segi keperluan bentuk fizikal. Jika ada dari segi perasaan hati, ramai yang memohon setelah sesuatu menimpa pada hati tersebut seperti sedih dan sempit.
Kita jarang memohon di saat genting iaitu dalam keadaan hampir melakukan sesuatu yang kita tahu kesudahannya adalah tidak baik. Seperti contoh, ketika kita bersembang, kita tahu jika kita mengumpat, kita berdosa. Namun hati ini memberontak untuk kita bercerita keburukan orang lain kepada kawan-kawan kita dan selalunya kita akur dengan kehendak hati. Kita sering menyalahkan Allah SWT dengan mengatakan bahawa kita tidak boleh berbuat apa-apa kerana hati kuat berasakan untuk mengumpat.
Popularity: 43% [?]
Pemain Yang Terbaik
3 December 2009 | 12 Komen |
Cetak Artikel
Kita tidak diminta oleh Allah SWT untuk menjadi pengatur permainan tetapi hanya diminta oleh Allah SWT menjadi pemain yang terbaik.
Tiada seorang pun terlepas daripada masalah di dalam hidup ini. Kita sentiasa mempunyai masalah kerana masalahlah yang membuatkan kita terus hidup dengan baik. Kita belajar banyak erti kehidupan daripada masalah yang kita miliki.
Masalah merupakan satu desakan di dalam permainan kita di dunia ini. Maka jadilah pemain yang terbaik namun jangan sesekali meletakkan permainan ini di jiwa kita. Cukup sekadar mengenggamnya di tangan.
Firman Allah SWT:
“dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan Yang sia-sia dan hiburan Yang melalaikan: dan Demi Sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang Yang bertaqwa. oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?”
(QS, Al-An’am 6:32)
Kita tidak akan memohon kepada Allah SWT jika kita tidak ada masalah. Jika kita semua tidak ada masalah di dalam kehidupan ini, pasti kita tidak tahu berbuat apa-apa dan tidak tahu bergerak ke mana. Kerana itu masalah yang kita hadapi merupakan objektif gerakan untuk kita melaksanakan tanggungjawab kita sebagai wakil Allah SWT.
Popularity: 22% [?]
Cinta Yang Pudar
6 November 2009 | 2 Komen |
Cetak Artikel
Cinta itu sendiri adalah rasa dan di dalamnya penuh dengan pelbagai rasa. Segala rasa di dalam cinta adalah yang membahagiakan walaupun rasa rindu yang ada dalam cinta kekadang menyeksakan.
Cinta itu hadir tanpa dipaksa kerana ia anugerah Allah SWT. Namun kehangatan cinta adalah kerana ada usaha untuk menjadikan cinta itu hangat. Kita berusaha dengan gerakan yang Allah SWT ilhamkan untuk memperhebatkan rasa cinta.
Imbas kembali saat kita mula dilamun cinta. Ia hadir dengan rasa suka. Kemudian cinta hadir setelah ada usaha ke arah rasa cinta itu. Kita melakukan usaha agar wujudnya rasa cinta. Dengan izin Allah SWT cinta itu hadir dan dirasai. Apakah sebenarnya usaha yang kita lakukan?
Usaha kita adalah berkomunikasi dengan pasangan kita. Kita tidak membiarkan rasa suka itu terpadam begitu sahaja. Kita melakukan satu usaha agar rasa suka itu semakin meningkat dan bertukar kepada rasa cinta. Kita mengeratkan rasa cinta itu dengan talian yang lurus dengan bernikah.
Popularity: 5% [?]
Mini Latihan JPHBT
21 October 2009 | 2 Komen |
Cetak Artikel
Saudara,
Jika saudara ingin mengetahui dengan lebih jelas tentang jiwa positif hidup bertuhan yang dijelaskan di dalam laman web ini, saudara boleh menghubungi saya untuk diadakan mini latihan untuk saudara dan juga rakan-rakan yang ingin mengetahui dengan lebih jelas.
Mini latihan boleh diadakan di rumah untuk keluarga, di pejabat bersama kawan-kawan sekerja , organisasi kecil atau di tempat-tempat khas mengikut kelolaan saudara.
Saudara boleh klik DI SINI untuk info lanjut. Buat masa ini saya sedia melapangkan sedikit masa saya untuk saudara yang tinggal di Lembah Klang sahaja memandangkan saya perlu memberikan komitmen kepada aktiviti PhD saya.
Mini Latihan JPHBT adalah keterangan jelas di dalam memiliki kesedaran yang tertinggi di dalam hidup kita ini agar kita dapat mengekalkan keyakinan kebergantungan kita kepada Allah SWT dengan penuh yakin dan sentiasa prasangka baik kepada Allah SWT.
Bermula dengan menyedari masalah utama di dalam memiliki ketenangan dan kebahagiaan hidup, mini latihan JPBHT kemudiannya akan membawa saudara memahami “siapa aku” yang sebenarnya di dalam mengenali Allah SWT.
Mini latihan JPHBT juga memberikan latihan yang praktikal dan mudah untuk mengekalkan kesedaran kita kepada Allah SWT. Dengan memiliki kesedaran ini, inshaAllah kita akan sentiasa berada di dalam ketenangan dan kebahagiaan. Kita akan menjadi hamba yang benar-benar berserah dan sentiasa sedar akan Allah SWT walau di mana kita berada, walau apa yang kita lakukan, walau apa ujian yang datang dan pelbagai keadaan lagi.
Mini latihan JPHBT mampu memberikan motivasi berkekalan untuk berjaya dunia dan akhirat. Kita mula memahami dan mengetahui bagaimana jalan-jalan untuk mengekalkan semangat di dalam mencapai matlamat kita.
Semoga usaha ini akan memberikan manafaat kepada semua.
Popularity: 4% [?]
Artikel Seterusnya »



