Meningkatkan Keyakinan Kepada Allah SWT
5 February 2010 | 5 Komen |
Cetak Artikel
Saudara,
Khusyuk itu bermakna asyik. Khusyuk di dalam solat bermakna asyik dengan Allah SWT. Syarat untuk asyik adalah yakin. Sesiapa yang khusyuk ketika solat adalah mereka yang yakin bahawa mereka SEDANG bertemu dengan Allah SWT. Mereka yakin bahawa mereka SEDANG kembali kepada Allah SWT.
Kesedaran kembali kepada Allah SWT itu bermakna SEDAR sedang mendirikan solat, sedar sedang berjumpa dengan Allah SWT dan sedar Allah SWT itu berada sangat dekat malah lebih dekat daripada urat leher.
Ketika kita berbual dengan sahabat, kita terlebih dahulu sedar dan yakin bahawa sahabat kita ada di hadapan kita dan sedang berbual dengan kita. Jika kita tidak sedar dan tidak yakin bahawa sahabat kita berada di hadapan kita, pasti kita tidak akan berbual.
Untuk doa dimakbulkan, kita perlu yakin dengan Allah SWT bahawa Allah SWT akan memperkenankan permohonan kita. Namun keyakinan ini menjadi masalah kepada ramai di antara kita. Kita memohon tetapi kurang yakin bahawa Allah SWT akan memperkenankan doa kita.
Popularity: 83% [?]
Islamic NLP for Parenting: Belaian
22 January 2010 | 3 Komen |
Cetak Artikel
Saudara,
Saya pernah menulis pengajaran besar yang seharusnya kita hayati kesan daripada peristiwa besar isra’ dan mikraj di dalam artikel saya bertajuk Isra’ dan Mikraj: 2 Pengajaran penting. Salah satunya adalah mendidik jiwa anak-anak kita di awal usia mereka lagi. Saya juga pernah menulis pelukan dari hati ke hati sebagai satu kaedah terbaik menyampaikan mesej kepada anak-anak kita.
Saudara
Fitrah manusia ingin dibelai. Tidak kira usia kita sentiasa ingin dibelai samada ibu bapa atau suami/isteri. Namun belaian ini sudah kurang dilakukan apabila umur anak-anak kita meningkat dewasa.
Ramai ibu bapa mengeluh tentang kenakalan dan kedegilan anak-anak. Masalah menunaikan solat, masalah ke sekolah, masalah tidak mendengar kata dan sebagainya. Namun malang sekali kerana masalah ini tidak pernah kita lihat dengan kesedaran tertinggi.
Popularity: 100% [?]
Saya Tidak Terdaya
14 January 2010 | 10 Komen |
Cetak Artikel
Saudara,
Saya hanya mempunyai daya yang dialirkan Allah SWT kepada saya sahaja. Saya tidak terdaya menyelesaikan masalah yang ada melainkan Allah SWT. Saya menghadapi hidup ini hanya dengan bersandarkan kepada Allah SWT. Berserah tapi tidak menyerah.
Banyak masalah yang masuk ke ruang email saya untuk meminta pendapat. Ada yang saya balas dan ada yang tidak. Jika saya tidak membalas email tersebut bermakna saya tidak ada ilham untuk menyelesaikan masalah tersebut. Saya mohon maaf.
Bagaimana saya melalui hidup saya?
Hidup saya biasa sahaja. Apa yang saya lakukan adalah cuba sedaya upaya dengan tekad yang bulat untuk dekat dengan Allah SWT. Walaupun ada ketika daya ini menurun dan ada ketikanya ia meningkat tapi tekad ini diteruskan.
Popularity: 73% [?]
Pemain Yang Terbaik
3 December 2009 | 12 Komen |
Cetak Artikel
Kita tidak diminta oleh Allah SWT untuk menjadi pengatur permainan tetapi hanya diminta oleh Allah SWT menjadi pemain yang terbaik.
Tiada seorang pun terlepas daripada masalah di dalam hidup ini. Kita sentiasa mempunyai masalah kerana masalahlah yang membuatkan kita terus hidup dengan baik. Kita belajar banyak erti kehidupan daripada masalah yang kita miliki.
Masalah merupakan satu desakan di dalam permainan kita di dunia ini. Maka jadilah pemain yang terbaik namun jangan sesekali meletakkan permainan ini di jiwa kita. Cukup sekadar mengenggamnya di tangan.
Firman Allah SWT:
“dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan Yang sia-sia dan hiburan Yang melalaikan: dan Demi Sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang Yang bertaqwa. oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?”
(QS, Al-An’am 6:32)
Kita tidak akan memohon kepada Allah SWT jika kita tidak ada masalah. Jika kita semua tidak ada masalah di dalam kehidupan ini, pasti kita tidak tahu berbuat apa-apa dan tidak tahu bergerak ke mana. Kerana itu masalah yang kita hadapi merupakan objektif gerakan untuk kita melaksanakan tanggungjawab kita sebagai wakil Allah SWT.
Popularity: 22% [?]
Islamic NLP for Parenting: Pelukan Hati ke Hati
27 July 2009 | 3 Komen |
Cetak Artikel
Nur Durrotun Nasihah semakin membesar. Lagi dua minggu beliau berumur 3 tahun. Bercakap jangan ditandingi. Tanya itu ini.
Jika di rumah pelbagai perkara dilakukannya. Jika tidak diawasi, ada sahaja kerjanya yang bukan-bukan. Main air, main bedak, punggah sana sini. Saya tidak melarang jika beliau ingin bermain apa sahaja kecuali yang membahayakan.
Namun kekadang kelakuan beliau benar-benar menguji kesabaran ayah dan mama. Ketika ini, jika kita marah, sebenarnya ia boleh merosakkan jiwa beliau walaupun beliau takut untuk melakukan perkara yang tidak disenangi.
Jika ditegur dengan baik, memang susah untuk didengari. Jika tidak ditegur langsung, lagi pelbagai perkara yang jadi.
Saya megambil pengajaran daripada arwah ayah saya. Beliau suka memeluk saya sejak saya kecil sehingga besar walaupun saya sudah berumur 20 tahun lebih. Saya rasa tenang di dalam pelukan seorang ayah. Juga di dalam pelukan mak. Ketika itu saya berasa sungguh damai. Rasa yang pasti tidak mampu ditulis di sini. Diketika itu apa sahaja arahan mereka mudah diikuti.
Popularity: 4% [?]
Artikel Seterusnya »


