Spiritual: Rohani Vs God Spot
17 March 2010 | 7 Komen |
Cetak Artikel
Saya pernah menulis satu artikel bertajuk Fikirkan Sejenak tahun lepas tentang kekeliruan tentang kerohanian. Ramai yang keliru kerana terlalu mengikut barat dengan istilah God Spot yang terletak di otak kita. Fahaman ini disebarkan meluas sekarang ini sehingga ramai penganut islam di negara ini terkeliru.
Lalu ramai yang cuba mengikut formula-formula yang dibina hanya untuk mengakses bahagian God Spot ini sedangkan kerohanian yang sebenar adalah lebih tinggi daripada God Spot ini.
Saya tulis kembali apa yang pernah saya tuliskan sebelum ini agar saudara semua benar-benar mengerti apa yang dikatakan spiritual dan kerohanian.
Fahamilah dan rasakanlah kehidupan berspiritual yg sebenar untuk memahami kehidupan di mana kita berasal daripada Allah turun ke Bumi kemudian kembali ke asalnya iaitu Allah.
Innalillahi wainna ilaihi raaji’uun.
Spritual BUKANLAH memasuki kumpulan memori yang tersimpan di dalam alam bawah sedar seperti melihat dan mendengar multimedia tentang Allah barulah tersentuh jiwanya.
Spritual adalah ROHANI (Roh) yang bergerak mengakses alam kerohanian.
Spritual TIDAK pernah tersimpan di dalam memori otak manusia (God-Spot) yang baru tersusun beberapa tahun yang lalu.
Rohani memiliki pengalaman pertemuannya dengan Ilahi. Otak manusia belum pernah mengikuti perjumpaan dengan Allah pada masa itu kerana rohani tidak mempunyai otak, tidak memiliki jantung, tidak memiliki saraf, tidak memiliki daging dan otot.
Rohani bersifat sendiri, tidak bergantungan, bersifat abadi, tidak terpengaruh dengan ruang dan waktu, tidak mengalami kehidupan akan datang dan masa lalu. Ia adalah kesedaran masa sekarang. Tidak dibatasi oleh daging, tidak hanya berada dalam jantung atau otak.
Ia ada di dalam dan sekaligus di luar jasad kita.
Kerohanian adalah kesedaran yang murni, yang bersifat ghaib.
Semoga selepas ini kita jangan lagi terkeliru dengan hal kerohanian ini.
Popularity: 62% [?]
Menyesal Tidak Datang Di Awal
25 November 2009 | 6 Komen |
Cetak Artikel
Saudara, sempena hari raya korban dan cuti sekolah ini, saya tulis kesedaran agar kita benar-benar menyedari pengorbanan ibu bapa kita. Sesuai untuk para remaja…anak-anak kita. Mintalah mereka baca dengan perlahan-lahan sambil menghayati satu demi satu.
***
Marilah sejenak menundukkan hati kita, menundukkan kepala kita. Marilah kita sama-sama mengenangkan orang yang paling berjasa kepada diri kita. Orang yang kini usianya kian tua, kian tak bermaya. Munculkanlah wajah kedua ibu bapa kita. Biar kita benar-benar berasa mereka ada dekat dengan kita.
Ingatlah dulu ketika kita berada 9 bulan dalam perut ibu ketika ibu masih muda. Walaupun berjalan berat…susah berbaring…berdiri pun sakit…ibu tetap tersenyum setiap kali membelai perutnya. Bahagia kita berada di rahimnya.
Ayah semangat ke sana sini mencari nafkah untuk kita yang bakal lahir.
Sembilan bulan di rahim ibu…menjelang kita lahir ke dunia…ibu sakit tak terperi. Tidak tahu samada akan hidup atau mati. Meregang nyawa. Bersimbah air mata. Keringat…darah. Itulah saat kita lahir ke dunia.
Popularity: 6% [?]




