Spiritual: Rohani Vs God Spot
17 March 2010 | 10 Komen |
Cetak Artikel
Saya pernah menulis satu artikel bertajuk Fikirkan Sejenak tahun lepas tentang kekeliruan tentang kerohanian. Ramai yang keliru kerana terlalu mengikut barat dengan istilah God Spot yang terletak di otak kita. Fahaman ini disebarkan meluas sekarang ini sehingga ramai penganut islam di negara ini terkeliru.
Lalu ramai yang cuba mengikut formula-formula yang dibina hanya untuk mengakses bahagian God Spot ini sedangkan kerohanian yang sebenar adalah lebih tinggi daripada God Spot ini.
Saya tulis kembali apa yang pernah saya tuliskan sebelum ini agar saudara semua benar-benar mengerti apa yang dikatakan spiritual dan kerohanian.
Fahamilah dan rasakanlah kehidupan berspiritual yg sebenar untuk memahami kehidupan di mana kita berasal daripada Allah turun ke Bumi kemudian kembali ke asalnya iaitu Allah.
Innalillahi wainna ilaihi raaji’uun.
Spritual BUKANLAH memasuki kumpulan memori yang tersimpan di dalam alam bawah sedar seperti melihat dan mendengar multimedia tentang Allah barulah tersentuh jiwanya.
Spritual adalah ROHANI (Roh) yang bergerak mengakses alam kerohanian.
Spritual TIDAK pernah tersimpan di dalam memori otak manusia (God-Spot) yang baru tersusun beberapa tahun yang lalu.
Rohani memiliki pengalaman pertemuannya dengan Ilahi. Otak manusia belum pernah mengikuti perjumpaan dengan Allah pada masa itu kerana rohani tidak mempunyai otak, tidak memiliki jantung, tidak memiliki saraf, tidak memiliki daging dan otot.
Rohani bersifat sendiri, tidak bergantungan, bersifat abadi, tidak terpengaruh dengan ruang dan waktu, tidak mengalami kehidupan akan datang dan masa lalu. Ia adalah kesedaran masa sekarang. Tidak dibatasi oleh daging, tidak hanya berada dalam jantung atau otak.
Ia ada di dalam dan sekaligus di luar jasad kita.
Kerohanian adalah kesedaran yang murni, yang bersifat ghaib.
Semoga selepas ini kita jangan lagi terkeliru dengan hal kerohanian ini.
Popularity: 49% [?]
Incoming search terms:
- alam bawah sedar (2)
- god spot (2)
- memori alam bawah sedar (2)
- god spot makalah (1)
- kuasa jiwa (1)
Mini Latihan JPHBT
21 October 2009 | 2 Komen |
Cetak Artikel
Saudara,
Jika saudara ingin mengetahui dengan lebih jelas tentang jiwa positif hidup bertuhan yang dijelaskan di dalam laman web ini, saudara boleh menghubungi saya untuk diadakan mini latihan untuk saudara dan juga rakan-rakan yang ingin mengetahui dengan lebih jelas.
Mini latihan boleh diadakan di rumah untuk keluarga, di pejabat bersama kawan-kawan sekerja , organisasi kecil atau di tempat-tempat khas mengikut kelolaan saudara.
Saudara boleh klik DI SINI untuk info lanjut. Buat masa ini saya sedia melapangkan sedikit masa saya untuk saudara yang tinggal di Lembah Klang sahaja memandangkan saya perlu memberikan komitmen kepada aktiviti PhD saya.
Mini Latihan JPHBT adalah keterangan jelas di dalam memiliki kesedaran yang tertinggi di dalam hidup kita ini agar kita dapat mengekalkan keyakinan kebergantungan kita kepada Allah SWT dengan penuh yakin dan sentiasa prasangka baik kepada Allah SWT.
Bermula dengan menyedari masalah utama di dalam memiliki ketenangan dan kebahagiaan hidup, mini latihan JPBHT kemudiannya akan membawa saudara memahami “siapa aku” yang sebenarnya di dalam mengenali Allah SWT.
Mini latihan JPHBT juga memberikan latihan yang praktikal dan mudah untuk mengekalkan kesedaran kita kepada Allah SWT. Dengan memiliki kesedaran ini, inshaAllah kita akan sentiasa berada di dalam ketenangan dan kebahagiaan. Kita akan menjadi hamba yang benar-benar berserah dan sentiasa sedar akan Allah SWT walau di mana kita berada, walau apa yang kita lakukan, walau apa ujian yang datang dan pelbagai keadaan lagi.
Mini latihan JPHBT mampu memberikan motivasi berkekalan untuk berjaya dunia dan akhirat. Kita mula memahami dan mengetahui bagaimana jalan-jalan untuk mengekalkan semangat di dalam mencapai matlamat kita.
Semoga usaha ini akan memberikan manafaat kepada semua.
Popularity: 30% [?]






