Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kehambaan Diri dan KeTuhanan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Jiwa Positif & Hidup BerTuhan: Volume 1

7 June 2009 | 25 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Telah terbit kompilasi artikel Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan
Klik sini untuk muat turun SECARA PERCUMA

Saudara,
Jiwa positif dan hidup BerTuhan Volume 1 merupakan ebook percuma untuk semua. saya mengumpul semua artikel di dalam laman web (blog) ini bermula Disember 2008 – 30 Mei 2009.

Bukanlah niat untuk bermegah dengan hasil ini, tetapi saya membuat kompilasi agar mudah untuk mana-mana ilmu yang manafaat bagi saudara untuk disimpan dan dirujuk. Saudara juga boleh membantu untuk menyebarkannya dengan niat agar orang lain menerima ilmu yang telah memberikan manafaat buat saudara (jika ada).

“Janganlah kamu berikan sesuatu ilmu itu jika ilmu itu belum lagi memberikan manafaat kepada diri kamu sendiri”

Mudah-mudahan dengan perkongsian ilmu ini, kita diberi rahmat oleh Allah dan segala amalan kita diredhai oleh Allah.

Popularity: 45% [?]

Incoming search terms:

Pemantapan Jiwa #2: Terima Kasih

20 May 2009 | 4 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

“Terima kasih” satu ucapan yang mempunyai jiwa yang tersendiri. Apabila kita memberi ucapan terima kasih kepada seseorang dengan penuh ikhlas, ia akan mewujudkan persekitaran yang cukup menyenangkan diri kita. Ia sebuah penghargaan. Ia sebuah tanda keikhlasan daripada penerima kepada pemberi. Ia melibatkan kasih sayang samada kasih seorang isteri dan suami, anak dan ibu bapa mahupun sesama sahabat.

Begitu juga apabila kita menerima ucapan terima kasih yang penuh ikhlas daripada seseorang. Kita terasa lapang dada dengan ucapan yang diberikan ke atas kita. Kita berasa segala apa yang kita telah lakukan dihargai. Kita cukup gembira ketika itu. Tambahan pula yang memberi ucapan itu adalah orang yang kita sayangi.

Namun ada lebih tinggi sebuah penghargaan dan keikhlasan di dalam ucapan terima kasih ini iaitu apabila diucapkan untuk yang Maha Pencipta, Maha Pemberi, Maha Segala-galanya. Kesyukuran kita kepada Allah yang disertai dengan ucapan terima kasih bersama dengan perasaan rendah diri sebagai hamba bukan sahaja sebuah penghargaan kepada Allah SWT. Tetapi ucapan tersebut juga memberikan kelapangan dan ketenangan dalam diri yang mengucapkannya. Allah SWT menjawab ucapan terima kasih kita tanpa kita sedari dengan memberikan jiwa/hati kita ketenangan dan kelapangan.

Baca Selanjutnya…

Popularity: 11% [?]

Incoming search terms:

Bagaimana Bercinta Dengan Allah?

23 December 2008 | 4 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Sementara saya menyiapkan video bersiri menggantikan artikel bersiri Kenali Otak Kita Di dalam Hidup BerTuhan, saya ingin kongsikan sesuatu yang menarik.

Berikan saya golongan yang paling tenang sekali di antara kita masa kini?

Jawapannya ada 2 sahaja.
1. Bayi dan kanak-kanak di bawah 3 tahun.
2. Orang yang sedang asyik bercinta (bukan cinta yang bermasalah).

Kenapa dua sahaja? Kenapa saya tidak masukkan sekali mereka yang kuat amal ibadah? Maafkan saya kerana mereka yang kuat amal ibadah belum pasti jiwanya tenang. Walaupun saudara tidak setuju namun ia adalah hakikat bahawa tidak semua yang kuat beramal ibadah, hati mereka tenang. Ini kerana kita tidak tahu sejauh mana mereka ikhlas di dalam beribadah.

Baca Selanjutnya…

Popularity: 16% [?]

Incoming search terms:

Mandi Untuk Kusyuk Dalam Solat

17 December 2008 | 2 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Semalam saya beli sebuah buku Ustaz Zaharudin Abd. Rahman. Buku tersebut bertajuk Formula Solat Sempurna.

Saya bukan ingin mengupas isi kandungan buku tersebut. Cuma ingin bercerita sesuatu yang ada kaitan dengan kusyuk dalam solat.

Sejak kecil ibu dan arwah ayah saya akan mandi sebelum menunaikan solat. (mereka tidaklah mandi bersama). Apabila amalan itu dilakukan, bermakna mereka mandi 4 kali sehari untuk 5 waktu solat di mana biasanya mereka tidak mandi sebelum solat isyak. Selepas solat maghrib, mereka akan baca Al-Quran sementara menunggu masuk waktu isyak. NAMUN IA BUKANLAH AMALAN WAJIB. SEKADAR AMALAN HARIAN. Kekadang ada waktunya tidak mandi sebelum solat pun.

Baca Selanjutnya…

Popularity: 10% [?]

Incoming search terms:

« Artikel Terdahulu
  • Bengkel JPHBT

  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Kita ini insan yang hanya memiliki daya dan kekuatan yang dialirkan Allah kepada kita. Makanya tiada yang lain yang mampu kita lakukan melainkan berserah segala-galanya kepada Allah SWT.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Arkib

  • Popular Keyword