Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kehambaan Diri dan KeTuhanan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Ramadhan: Menjadi Sang Pemerhati

31 July 2011 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Ceritanya mengisahkan sang jasad sedang diketuai oleh sang jiwa untuk berjalan pulang kerana sang jiwa perlu tahu dari Penciptanya apakah tugas seterusnya harus dilakukan di muka bumi ini. Perjalanan ini memerlukan kekuatan.. perlu berjihad samada ringan atau berat.

Diriba sang jiwa ada panduan (Al-Quran) jelas untuk pulang pemberian dari Penciptanya, dari tempat asalnya. Turut serta ada sebuah catatan pengajaran (Al-Hadith) oleh Insan yang sentiasa pulang ke tempat asal… iaitu Nabinya.

Sang jasadnya itu umpama anak-anak kecil yang sentiasa ada saja hal yang diinginkan sepanjang perjalanan pulang. Selalu ingin lebih dari keperluannya. Seadainya tidak dipenuhi, ia akan menangis malah boleh mengamuk tidak tentu arah.

Baca Selanjutnya…

Popularity: 47% [?]

Incoming search terms:

Memahami Latihan Unggul Ramadhan

21 August 2010 | 1 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Saudara,

Mengapa siangnya berpuasa iaitu menahan kehendak nafsu…malamnya dibebaskan nafsu? Untuk apa sebenarnya latihan seperti ini?

Iftar itu bukan berbuka puasa untuk melempiaskan nafsu (mkn, seks, etc). Ia adalah masa untuk kita mengukur sejauh mana pencapaian kembali kepada fitrah dgn latihan puasa siang harinya. Seharusnya pencapaian setiap hari meningkat dan terus meningkat agar tiba sahaja Aidilfitri kita mencapai tahap yang tertinggi di dalam kembali kepada fitrah sebagai kesedaran tertinggi untuk dibawa sepanjang tahun.

Walaupun nafsu jasad itu dibebaskan dari ikatan kehendaknya (makan, seks, etc) sesudah terbenam matahari namun seharusnya kita tetap terus mampu mengekalkan keberadaan kita iaitu berada di atas nafsu…di atas fikiran dan emosi..di atas rasa jasad dan di atas rasa rohani. Kita terus berada di tahapan kesedaran tertinggi dengan memiliki hati nurani…tenang..bahagia…berada di atas rasa. Tidak mengikut apatah lagi masuk ke dalam fikiran dan emosi.

Baca Selanjutnya…

Popularity: 62% [?]

Incoming search terms:

  • Bengkel JPHBT

  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Kita ini insan yang hanya memiliki daya dan kekuatan yang dialirkan Allah kepada kita. Makanya tiada yang lain yang mampu kita lakukan melainkan berserah segala-galanya kepada Allah SWT.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Arkib

  • Popular Keyword