Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kehambaan Diri dan KeTuhanan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Jalan Kehidupan Sendiri

23 July 2009 | 3 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Setiap daripada kita telah ditentukan jalan kehidupan kita sendiri. Kita tidak boleh meniru jalan kejayaan yang sama dengan orang lain untuk berjaya. Jika jalannya sama, ia kerana telah ditentukan begitu. Bukan kerana kita mengikut langkah orang yang berjaya itu.

Maka jangan tertekan jiwa dan fikiran sekiranya kita tidak berjaya seperti orang lain yang berjaya sedangkan kita mengikut langkah-langkah yang sama seperti apa yang dilakukan orang yang berjaya itu.

Yang penting kita mengutamakan Allah SWT. Jika kita berjaya setelah mengikut langkah orang lain yang berjaya maka ia adalah kerana ketentuan Allah SWT. Langkah orang lain itu tidak menentukan samada berjaya atau tidak. Mungkin jika orang lain yang mengikutnya, orang itu tidak akan berjaya seperti saudara yang mengikutinya.

Baca Selanjutnya…

Popularity: 5% [?]

Incoming search terms:

Selamat Datang Ke fuadlatip.com

15 October 2008 | 4 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Salam,

Saudara, fuadlatip.com telah lama wujud. Cuma belum sempat untuk saya menyelenggarakan dengan baik. fuadlatip.com lebih kepada personal website untuk tatapan semua yang mengenali saya samada untuk membaca perjalanan hidup sebelum mati saya atau juga untuk mengetahui dan berkongsi apa jua ilmu yang kita miliki bersama-sama.

Semoga dengan adanya fuadlatip.com, kita dapat merapatkan silaturrahim dan kita dapat menjadi manusia hebat di sisi Tuhan. InshaAllah. Ameen.

Kunjungi selalu dan subscribe rss untuk mengetahui informasi terkini dari fuadlatip.com

Popularity: 12% [?]

  • Bengkel JPHBT

  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Komunikasi dengan Allah SWT menjadikan kita sentiasa berada di dalam keadaan Ihsan. Apakah Ihsan? Anta’budallah ka annaka taraah, fa’illam takun taraah, fa’innahu yaraak. Engkau mengabdi kepada Allah seperti engkau melihatNya. Jika engkau tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Komunikasilah agar kita sentiasa sedar akan Allah SWT sentiasa dekat dengan kita dan melihat apa yang kita lakukan.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Arkib

  • Popular Keyword