Pengalaman Komunikasi Dengan Allah #1
25 March 2009 | 4 Komen |
Cetak Artikel
Saya suka jikalau saudara semua mahu berkongsi dengan saya pengalaman komunikasi dengan Allah. Saya suka membacanya dan semakin saya baca, semakin bertambah semangat saya mendaki untuk berada di Puncak CINTA Allah kerana kekadang saya terjatuh di dalam pendakian ke Puncak CINTA Allah ini. Semoga diri ini terus stabil berada di Puncak CINTA Allah.
Saya ingin kongsikan bersama pengalaman Puan Hanita (http://tokli.blogspot.com) bersama saudara semua.
Sdr Fuad,
Ingin saya berkongsi cerita semasa saya masih seorang pelajar di UK dulu. Masa tu saya dah takde biasiswa, memang kena kerja kalau nak sambung belajar atau balik Msia tanpa membawa kelulusan apa2 pon. Saya nekad mahu habiskan belajar setelah beristikharah pada Allah.
Popularity: 6% [?]
Bagaimana kita mempercayai Qada’ dan Qadar Allah?
4 December 2008 | 3 Komen |
Cetak Artikel
Jika anda mempunyai matlamat yang BUKAN ditakdirkan maka dengan apa cara sekalipun anda akan gagal. Anda akan mencapai apa jua keinginan yang anda impikan HANYA dan KALAU apa yang anda impikan itu telah ditakdirkan. Maka sebenarnya setiap insan itu hidup dengan tujuan dan misi yang ditakdirkan. Ketahuilah dan selami tujuan anda dicipta maka jalan-jalan kejayaan menggamit setiap detik kehidupan. Kehidupan anda bukan hanya BERJAYA bahkan akan LEBIH BERMAKNA.
Popularity: 14% [?]
Auto Blog Post: Google Search Result
17 October 2008 | 3 Komen |
Cetak Artikel
Auto Blog Post akan dibina mulai minggu hadapan 21/10/08 untuk menguruskan blog untuk penjanaan adsense dan lain-lain program internet dengan lebih efektif dan mudah.
Sistem ini akan menjana laman web seperti di sebelah kiri sebagai contoh untuk bergerak sendiri mencari duit poket di internet. Ia mempunyai ciri-ciri SEO yang tinggi di mana semua onpage automation dilakukan secara automatik oleh sistem ini.
Sistem ini akan menjadikan laman web anda kaya dengan search keyword yang berkaitan dengan keyword utama bagi memastikan laman web anda sentiasa dipenuhi dengan pengunjung. Ramai pengunjung, besarlah kemungkinan iklan-iklan anda akan diklik. Sudah pasti pendapatan anda juga lumayan.
Selain itu, struktur iklan yang dipamerkan cukup mencuri minat pengunjung untuk klik iklan anda.
Sistem ini dibangunkan sepenuhnya dengan menggunakan php dan mysql. Ia dijalankan atas asas localhost sahaja tetapi memerlukan talian internet semasa digunakan.
Hasil daripada sistem ini, saya berjaya mengaut keuntungan iklan PPC sebanyak $5-$8 untuk setiap blog sehari tanpa banyak membuang masa bagi menyelenggarakan onpage optimization. Masa yang terlebih itu digunakan untuk melakukan offpage optimization untuk mencari traffik.
Diharapkan agar sistem ini dapat sedikit sebanyak meningkatkan hasil keuntungan di internet.
Popularity: 9% [?]



