‘Living at the present’
8 April 2009 | 4 Komen |
Cetak Artikel
Semalam saya didatangi oleh beberapa orang pelajar dari kelas lain. Mereka ingin belajar teknik belajar di musim peperiksaan yang seringkali saya jelaskan teknik ini di awal semester pada pelajar kelas saya. Teknik yang ringkas tetapi inshaAllah mampu memberikan fokus kepada pelajar ketika belajar. Tidak kira samada belajar atau membuat penyelidikan juga ketika membuat kerja harian termasuk suri rumah juga boleh menggunakannya.
Masalah utama ketika menerima beban kerja adalah fikiran yang bercelaru dengan tugasan yang agak banyak. Ketika kita melakukan satu kerja, kita akan terfikir juga kerja yang lain. Ketika sedang belajar, teringat ada kerja lain yang belum selesai. Ketika sedang belajar satu subjek tertentu, fikiran masih membimbangkan diri dengan subjek lain yang belum dibuat ulangkaji. Ketika seseorang pelajar PhD membuat penyelidikan, fikiran memikirkan hal lain yang belum selesai.
Kecelaruan ini membuat kita tidak dapat fokus dengan kerja yang sedang kita lakukan. Akhirnya ia boleh menyebabkan tekanan pada diri kita.
Popularity: 6% [?]
Puncak Cinta
24 March 2009 | 3 Komen |
Cetak Artikel
Dahulu saya risau apabila diri menghadapi masalah. Tertekan dan gelisah. Kadang kala sehinggakan saya begitu jahil dengan menyalahi Allah dengan sesuatu masalah yang ditimpakan ke atas saya.
Disamping tertekan, kepala ini juga ligat mencari jalan penyelesaian. Namun selalunya cukup sukar untuk menemukan jalan penyelesaian kerana diri ini inginkan penyelesaian yang segera. Akhirnya kepala makin pening. Migrain. Perasaan marah mula timbul pada sesiapa pun.
Itu dahulu. Beberapa tahun yang dulu sebelum mengenali JIWA POSITIF dan HIDUP BERTUHAN yang sebenar.
Puncak Cinta
Apakah puncak cinta? Bagaimana kita mengetahui bahawa diri kita telah berada di puncak cinta?
Saudara,
Semasa kita bercinta dengan pasangan kita, kita bermula dengan kenal mengenali. Kemudian suka menyukai. Kemudian barulah timbul perasaan cinta secara perlahan-lahan. Hari demi hari. Puncak cinta berada ketika diri bukan sahaja tidak boleh melupakan pasangan walau sesaat pun, tetapi sehingga tahap sanggup berkorban apa sahaja. Rela menyerahkan jiwa dan raga.
Popularity: 11% [?]
Incoming search terms:
Mengapa Jiwa Positif?
21 March 2009 | 2 Komen |
Cetak Artikel
FIKIRAN->KEPERCAYAAN->ATTITUDE->PERASAAN->TINDAKAN/KELAKUKAN
Blog ini bertajuk jiwa positif dan hidup berTuhan. Mengapa jiwa positif? Di kala hampir seluruh motivasi menyarankan agar berfikir dengan fikiran positif, saya lebih suka dan mengatakan bahawa fikiran positif tidak cukup untuk diri kita di dalam menjalani kehidupan yang pelbagai ragam. Kita memerlukan JIWA YANG POSITIF.
Mari kita buktikan bahawa JIWA yang positif adalah kunci utama untuk berjaya di dalam kehidupan kita terutama hidup berTuhan sebagai muslim dan muslimah.
Apakah yang mengawal tindakan dan kelakuan kita? PERASAAN kita. Setiap tindakan dan kelakuan kita adalah mengikut perasaan kita. Ia hadir daripada minda bawah sedar (perasaan) dan kemudian hadir ke minda sedar kita. Perasaan ke atas sesuatu perkara akan memberi kesan ke atas tindakan dan kelakuan kita. Perasaan akan mempengaruhi kualiti kerja kita.
Bagaimana kelakuan kita jika kita tidak suka pada seseorang? Bagaimana kerja yang kita lakukan jika kita tidak minat untuk lakukan? Bagaimana ibadah kita jika kita merasa CINTA kepada Allah? Semua perasaan ini datang dari minda bawah sedar di mana kita tidak memaksa perasaan ini untuk dirasa. Ia hadir sendiri tanpa dipaksa.
Popularity: 9% [?]
Incoming search terms:
Solat Untuk Apa?
27 January 2009 | 8 Komen |
Cetak Artikel
Jumaat 23/1/09 saya didatangi oleh seorang pelajar. Beliau kenali saya ketika saya memberikan penerangan tentang Membina Jiwa Positif semasa Program Pembangunan Pelajar pada awal bulan yang lalu.
Saya bertanya tujuan beliau berjumpa dengan saya. Beliau menerangkan bahawa beliau banyak melakukan solat Dhuha, solat dipertiga malam dan selalu berdoa kepada Allah. Saya ingin mendapat informasi yang lebih jelas iaitu apakah doa yang diminta?
Beliau menerangkan, beliau ingin mendapat rezeki yang banyak. Beliau ingin berjaya di dalam pelajaran. Beliau harap semua keinginan dimakbulkan. Tetapi beliau kata, kini beliau seakan-akan putus asa dengan apa yang beliau lakukan. Banyak pemintaan beliau tidak dimakbulkan.
Popularity: 18% [?]
Incoming search terms:
- solat (83)
- artikel tentang solat (3)
- apa tujuan sembahyang (2)
- tujuan solat (2)
- untuk apa kita solat? (2)
- solat picture (2)
- solat dhuha (2)
- solat untuk apa (1)
- solat untuk apa? (1)
- tujuan kita solat (1)
- solat sunat untuk melembutkan hati (1)
Penyerahan 100%
15 January 2009 | 8 Komen |
Cetak Artikel
Katakanlah (wahai Muhammad) “Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekelian alam”.
Ayat 162 surah al-An’am
Setiap hari sekurang-kurangnya kita akan membaca ayat di atas sebanyak 5 kali. Samada kita menghayatinya atau ketika fikiran kita melayang entah ke mana kerana kusyuk yang tidak kunjung tiba, namun itulah janji kita kepada Allah.
Muslim itu pengikut. Pengikut agama islam atau dengan nama lain penganut. Bezanya dengan mukmin adalah mukmin ini adalah orang yang menyerahkan 100% jiwa dan raga kepada Allah. Muslim itu ramai tetapi mukminnya sedikit sahaja. Mukmin itu melakukan seperti mana dia berkata dan kata-katanya adalah baik-baik belaka.
Popularity: 5% [?]
Allah Menentukan Yang Terbaik
14 January 2009 | 2 Komen |
Cetak Artikel
Sesuatu yang terbaik bagi kita belum tentu terbaik bagi Allah.
Hidup ini adalah pilihan. Setiap apa yang kita lakukan merupakan pilihan.
Ramai di antara kita mempunyai hajat sebagai contoh ingin menjadi kaya dan kita merasakan ia adalah terbaik bagi kita. Setiap hari kita bekerja dan berusaha ke arah itu dengan harapan hajat menjadi kaya itu menjadi kenyataan. Kita melakukan pelbagai cara untuk memotivasikan diri kita ke arah itu. Kita juga melakukan ibadah seperti solat malam, bersedekah dan sebagainya dengan harapan Allah makbulkan hajat kita.
Pernahkah kita fikirkan banyak doa dan permohonan kita kepada Allah yang tidak dimakbulkan? Akhirnya amalan ibadah kita menjadi kurang dari hari ke sehari kerana kita rasa penat melakukan tetapi masih tidak berjaya. Atau mungkin kita sudah berjaya tetapi ibadah pula semakin kurang kerana apa yang kita hajati sudah dimakbulkan.
Mengapa begitu?
Popularity: 7% [?]






