Pemantapan Jiwa #2: Terima Kasih
20 May 2009 | 4 Komen |
Cetak Artikel
“Terima kasih” satu ucapan yang mempunyai jiwa yang tersendiri. Apabila kita memberi ucapan terima kasih kepada seseorang dengan penuh ikhlas, ia akan mewujudkan persekitaran yang cukup menyenangkan diri kita. Ia sebuah penghargaan. Ia sebuah tanda keikhlasan daripada penerima kepada pemberi. Ia melibatkan kasih sayang samada kasih seorang isteri dan suami, anak dan ibu bapa mahupun sesama sahabat.
Begitu juga apabila kita menerima ucapan terima kasih yang penuh ikhlas daripada seseorang. Kita terasa lapang dada dengan ucapan yang diberikan ke atas kita. Kita berasa segala apa yang kita telah lakukan dihargai. Kita cukup gembira ketika itu. Tambahan pula yang memberi ucapan itu adalah orang yang kita sayangi.
Namun ada lebih tinggi sebuah penghargaan dan keikhlasan di dalam ucapan terima kasih ini iaitu apabila diucapkan untuk yang Maha Pencipta, Maha Pemberi, Maha Segala-galanya. Kesyukuran kita kepada Allah yang disertai dengan ucapan terima kasih bersama dengan perasaan rendah diri sebagai hamba bukan sahaja sebuah penghargaan kepada Allah SWT. Tetapi ucapan tersebut juga memberikan kelapangan dan ketenangan dalam diri yang mengucapkannya. Allah SWT menjawab ucapan terima kasih kita tanpa kita sedari dengan memberikan jiwa/hati kita ketenangan dan kelapangan.
Popularity: 11% [?]
Incoming search terms:
- sayangi ibu bapa (1)






