Islamic NLP for Parenting: Mengetahui Sikap Utama Anak
29 June 2009 | 2 Komen |
Cetak Artikel
Tidak dapat dinafikan, pendidikan anak-anak zaman teknologi pesat membangun ini merupakan satu hal yang amat mencabar. Ini kerana peluang anak-anak untuk mengakses dunia luarĀ (yang banyak kesannya) tidak mampu dihalang lagi dengan adanya teknologi serba canggih yang memberi banyak pintu pengaksesan dunia luar.
Ibu bapa yang dilahirkan dan belajar di zaman teknologi yang tidak semaju hari ini menambahkan lagi cabaran di dalam membesarkan anak-anak yang lahir dan belajar pada zaman ini. Ibu bapa perlu aktif di dalam memiliki ilmu bagi mendidik anak-anak disamping tidak menyekat anak-anak berkembang dengan ilmu teknologi yang moden ini.
Di dalam pendidikan anak-anak, perkara yang terpenting yang perlu diberikan penekanan sudah pasti adalah pendidikan jiwa mereka. Nasihat Luqman Al-Hakim:
Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAQWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
Popularity: 19% [?]






