Rahmat Semesta Alam
30 October 2009 | 1 Komen |
Cetak Artikel
Rahmat Semesta Alam
Alam raya berhias bintang
Terlukis indah yang tak terkira
Tanda kuasa dan kasih sayang
Allah Maha Besar
Lihat semesta bumi berputar
Telah terjadi dalam sekejap
AllahhuRabbi
Memanggil serta tunduk patuh padaNya
Maka nikmat mana
yang akan kau dustakan
Maka nikmat mana
yang akan kau dustakan
Masihkah kau mengingkari
Adanya Sang Pencipta
Masihkah kau melupakan
Ke mana akan kembali
ciptaan: Abu Sangkan/Tommy/Pongger
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang,
ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan,
dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;
(Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.
QS 3:190-191
Popularity: 9% [?]
Ebook Jiwa Positif & Hidup BerTuhan Vol.2 (JPHBT Vol.2)
21 August 2009 | 10 Komen |
Cetak Artikel
TELAH TERBIT
EBOOK JIWA POSITIF DAN HIDUP BERTUHAN VOLUME 2:
MEMILIKI KESEDARAN TERTINGGI.
Alhamdulilah, terima kasih Allah. Saya menerima banyak email meminta agar membuat kompilasi artikel untuk bulan Jun hingga Ogos secepat mungkin sebelum Ramadhan tiba. Rancangan saya untuk mengeluarkan ebook JPHBT ini 6 bulan sekali. Namun saya rasa ia juga baik jika dapat dikeluarkan untuk tatapan kita menjelang Ramadhan ini agar ibadah kita tahun ini cukup berbeza dengan tahun lepas di mana kesedaran kita kini lebih baik daripada sebelum ini.
Saya sambut dengan rasa syukur kerana ramai yang mendapat manafaat hasil daripada penulisan di laman web ini (berdasarkan daripada email, sms, telefon dan komen yang saya terima). Di dalam Ebook Jiwa Positif Dan Hidup BerTuhan Vol.2 ini, saya ceritakan bagaimana fuadlatip.com dimulakan sebagai mukaddimah.
Popularity: 30% [?]
Kenapa Perubahan Tidak Kekal?
15 December 2008 | 5 Komen |
Cetak Artikel
Dulu saya begitu. Semangat berubah jangan ditanya. Meluap-luap. Malah kalau ikutkan semua sikap mampu diubah sekelip mata. Semuanya selepas kursus motivasi. Semuanya selepas membaca kisah kejayaan orang berjaya. Semuanya selepas membaca kisah orang menjadi insaf setelah sesuatu berlaku kepadanya. Semuanya selepas mendengar tazkirah dan ceramah agama. Semuanya selepas mendengar CD dan VCD meningkat kualiti diri dan hidup.
Popularity: 7% [?]
Minta Izin Dengan Allah Walaupun Melakukan Perkara Tidak Baik
26 November 2008 | 4 Komen |
Cetak Artikel
Allah mempunyai sifat +ve yang saturated. Apa maknanya?Allah MAHA SEMPURNA. Campaklah kepadanya apa jua perkara buruk atau jahat, Allah tetap akan sempurna. Jelasnya begini.
Jika kita melakukan kebaikan pada seseorang, sudah pasti orang itu akan suka pada kita. Jika ibu bapa, mereka akan sayang kita. Jika suami atau isteri juga begitu. Pada kawan-kawan pun sama.
Tetapi jika kita mengata, mengutuk, marah, maki, caci dan sebagainya..orang yang sayang kepada kita akan berubah. Dari suka kepada benci atau sekurang-kurangnya tidak suka.
Baca Selanjutnya…
Popularity: 11% [?]
Struktur Link Laman Web Untuk SEO
21 November 2008 | 9 Komen |
Cetak Artikel
Salam,
Saudara,
Mulanya saya berjanji untuk memberikan ebook percuma ini kepada mereka yang membeli ebook Panduan SEO Google Cara Inspiration. Tetapi saya teringat kata-kata Saidina Ali karamallah wajhah iaitu
The days of life pass away like clouds, so do good while you are alive.
Jadi saya beri percuma kepada semua tidak kira siapa. Saya harap mereka yang beli ebook Panduan SEO Google Cara Inspiration di bawah link saya tidak berasa tertipu atau marah kerana saya beri juga kepada yang lain tanpa perlu membeli ebook tersebut.
KLIK PADA GAMBAR UNTUK MULA DOWNLOAD

Popularity: 9% [?]


