Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kehambaan Diri dan KeTuhanan Allah SWT Di dalam Kehidupan

‘Living at the present’

8 April 2009 | 4 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Semalam saya didatangi oleh beberapa orang pelajar dari kelas lain. Mereka ingin belajar teknik belajar di musim peperiksaan yang seringkali saya jelaskan teknik ini di awal semester pada pelajar kelas saya. Teknik yang ringkas tetapi inshaAllah mampu memberikan fokus kepada pelajar ketika belajar. Tidak kira samada belajar atau membuat penyelidikan juga ketika membuat kerja harian termasuk suri rumah juga boleh menggunakannya.

Masalah utama ketika menerima beban kerja adalah fikiran yang bercelaru dengan tugasan yang agak banyak. Ketika kita melakukan satu kerja, kita akan terfikir juga kerja yang lain. Ketika sedang belajar, teringat ada kerja lain yang belum selesai. Ketika sedang belajar satu subjek tertentu, fikiran masih membimbangkan diri dengan subjek lain yang belum dibuat ulangkaji. Ketika seseorang pelajar PhD membuat penyelidikan, fikiran memikirkan hal lain yang belum selesai.

Kecelaruan ini membuat kita tidak dapat fokus dengan kerja yang sedang kita lakukan. Akhirnya ia boleh menyebabkan tekanan pada diri kita.

Baca Selanjutnya…

Popularity: 6% [?]

  • Bengkel JPHBT

  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Mohonlah pada Allah untuk minta diajarkan sesuatu perkara akan mampu menundukkan ego. Ini kerana seseorang yang minta diajar, pasti sedar dirinya adalah bodoh, lemah, tidak berdaya, tidak tahu dll. "Ya Allah, ajari aku bagaimana mahu beribadah kepadaMu ya Allah. Ajari aku bagaimana untuk dekat denganMu ya Allah. Ajari aku untuk memiliki kebahagiaan ya Allah"
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Arkib

  • Popular Keyword