Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kehambaan Diri dan KeTuhanan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Kasih Sayang Seorang Ayah

25 May 2009 | 12 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Nur Durrotun Nasihah tidak ke sekolah (nursery) hari ini. Beliau demam. Kesihatan beliau telah menyebabkan saya (ayah) tidak dapat pergi ke UiTM Pulau Pinang hari ini atas urusan kerja. Saya seharusnya ada di UiTM Pulau Pinang pada 25 – 27 Mei ini untukĀ  memberi kursus kepada staff UiTM PP berkaitan dengan Outcomes Based Education (OBE). Kita merancang dan Allah juga merancang. Allah telah menetap dan mengatur segalanya.

Isteri pula agak sukar untuk mendapat cuti setelah bertukar kerja tahun lalu dari Universiti Multimedia, Cyberjaya ke MIMOS. Cara pengiraan cutinya berlainan sekali.

Sebenarnya saya perlu pergi ke UiTM bersama Timbalan Dekan Akademik. Saya bersyukur mempunyai seorang timbalan dekan yang memahami. Beliau juga sebenar salah seorang “Professor Akhirat” saya. Beliau banyak ilmu tentang Jiwa Positif dan Hidup berTuhan (JPHBT). Banyak juga artikel yang saya kongsikan di sini hasil perbincangan saya dengan beliau tentang JPHBT.

***

Kasih sayang seorang ayah. Saya menulis artikel ini kerana saya yakin pasti ramai ayah yang berada di luar sana sibuk dengan kerja. Alasan yang biasa diberi adalah “kerja yang dilakukan ini juga untuk keluarga”.

Baca Selanjutnya…

Popularity: 15% [?]

Incoming search terms:

  • Bengkel JPHBT

  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Kita perlu sedar hidup ini adalah mencabar. Hidup ini memang susah. Hidup ini memang banyak masalah. Kesedaran ini membuatkan kita tahu yang diri kita tidak mampu mengharungi hidup ini tanpa bantuan Allah SWT. Jika kita sedar hidup ini susah, pasti kita akan BERSUNGGUH-SUNGGUH mengharapkan bantuan Allah SWT.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Arkib

  • Popular Keyword