Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kehambaan Diri dan KeTuhanan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Meningkatkan Keyakinan Kepada Allah SWT

5 February 2010 | 8 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Saudara,

Khusyuk itu bermakna asyik. Khusyuk di dalam solat bermakna asyik dengan Allah SWT. Syarat untuk asyik adalah yakin. Sesiapa yang khusyuk ketika solat adalah mereka yang yakin bahawa mereka SEDANG bertemu dengan Allah SWT. Mereka yakin bahawa mereka SEDANG kembali kepada Allah SWT.

Kesedaran kembali kepada Allah SWT itu bermakna SEDAR sedang mendirikan solat, sedar sedang berjumpa dengan Allah SWT dan sedar Allah SWT itu berada sangat dekat malah lebih dekat daripada urat leher.

Ketika kita berbual dengan sahabat, kita terlebih dahulu sedar dan yakin bahawa sahabat kita ada di hadapan kita dan sedang berbual dengan kita. Jika kita tidak sedar dan tidak yakin bahawa sahabat kita berada di hadapan kita, pasti kita tidak akan berbual.

Untuk doa dimakbulkan, kita perlu yakin dengan Allah SWT bahawa Allah SWT akan memperkenankan permohonan kita. Namun keyakinan ini menjadi masalah kepada ramai di antara kita. Kita memohon tetapi kurang yakin bahawa Allah SWT akan memperkenankan doa kita.

Baca Selanjutnya…

Popularity: 100% [?]

Incoming search terms:

Cinta Yang Pudar

6 November 2009 | 2 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Cinta itu sendiri adalah rasa dan di dalamnya penuh dengan pelbagai rasa. Segala rasa di dalam cinta adalah yang membahagiakan walaupun rasa rindu yang ada dalam cinta kekadang menyeksakan.

Cinta itu hadir tanpa dipaksa kerana ia anugerah Allah SWT. Namun kehangatan cinta adalah kerana ada usaha untuk menjadikan cinta itu hangat. Kita berusaha dengan gerakan yang Allah SWT ilhamkan untuk memperhebatkan rasa cinta.

Imbas kembali saat kita mula dilamun cinta. Ia hadir dengan rasa suka. Kemudian cinta hadir setelah ada usaha ke arah rasa cinta itu. Kita melakukan usaha agar wujudnya rasa cinta. Dengan izin Allah SWT cinta itu hadir dan dirasai. Apakah sebenarnya usaha yang kita lakukan?

Usaha kita adalah berkomunikasi dengan pasangan kita. Kita tidak membiarkan rasa suka itu terpadam begitu sahaja. Kita melakukan satu usaha agar rasa suka itu semakin meningkat dan bertukar kepada rasa cinta. Kita mengeratkan rasa cinta itu dengan talian yang lurus dengan bernikah.

Baca Selanjutnya…

Popularity: 36% [?]

Incoming search terms:

Syawal Dan Keredhaan Suami

25 September 2009 | 2 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Pada malam 13 september 2009 yang lepas, isteri saya mula berasa sakit untuk melahirkan anak. Dengan jam di tangannya, isteri mengambil masa untuk mengukur masa pengecutan (contraction). Semua persediaan termasuk beg keperluan bersalin memang siap sedia sebulan awal di dalam kereta. Jam 11.30 malam saya membawa isteri ke Hospital Pakar An-Nur di Bandar Baru Bangi.

***

Dipendekkan cerita, ketika waktu bersalin, saya duduk di sebelah isteri saya menuntun isteri untuk berserah kepada Allah SWT. Isteri sememangnya selalu melakukan latihan kembali kepada Allah SWT namun dengan tuntunan, ia lebih memudahkan.

Saya meminta maaf dan meredhakan isteri saya dengan benar-benar ikhlas. Saya memohon kepada Allah SWT jika ditakdirkan isteri saya kembali kepada Allah SWT, Allah SWT akan memasukkan kemana-mana syurga dari mana-mana pintu yang isteri saya inginkan.

Kemudian saya terus menuntun isteri saya untuk benar-benar kembali kepada Allah SWT. Saya telah redhakan beliau, maka tidak perlu lagi fikirkan hal suami dan anak-anak. Serahkan urusan suami dan anak-anak kepada Allah SWT.

“Jangan fikir abang dan kakak. Ingat Allah SWT sahaja.”

Kesakitan yang dirasai jangan ditahan. Jika ditahan, ia pasti akan mendatangkan lebih sakit kerana kita tidak redha, pasrah dan rela menerima kehendak Allah SWT iaitu kesakitan itu.  Nikmati sakit yang Allah SWT berikan dengan meredakan ketegangan otot yang menahan sakit.

Saya menuntun isteri untuk berkomunikasi dengan Allah SWT.

“Ya Allah, terima kasih kerana memberi aku rasa sakit ini ya Allah. Ya Allah, aku berasa sakit ya Allah.”

Alhamdulillah, isteri dapat melalui rasa bersalin secara normal dengan baik dan mudah. (anak pertama dahulu bersalin secara cesarean).

***

Pengalaman sakit merupakan satu anugerah daripada Allah SWT. Namun kebiasaan kita menghadapi sakit ini semata-mata hanyalah dengan doa untuk penyembuhan. Ia tidak salah tetapi mulai hari ini, jika kita ditimpa sakit, marilah kita benar-benar menyerahkan diri kepada Allah SWT.

Kita tidak minta untuk dimatikan dan kita tidak pula meminta untuk terus dihidupkan. Kita hanya rela dan pasrah serta berserah dengan ketentuan Allah SWT yang mana terbaik di sisiNya. Yang pasti kita terus menjalankan ketetapan-ketetapan yang Allah SWT gariskan kepada kita sebagai satu kewajipan sebagai khalifah dan hambaNya.

Kita bersedia apa jua kemungkinan yang ditetapkan Allah SWT samada kita akan terus dihidupkan atau dimatikan. Kita bukan berperlakuan pasif dengan berserah. Kita aktif dengan bersedia di atas kehendak Allah SWT.

***

Semoga Ramadhan yang kita telah lalui adalah Ramadhan yang cukup berbeza kerana Ramadhan kali ini kita mempunyai kesedaran yang tertinggi tidak seperti yang lepas-lepas. Kita berada dalam kesedaran kerana kita sentiasa berkomunikasi dengan Allah SWT.

Semoga Syawal kita kali ini juga berbeza dengan syawal yang lepas kerana syawal kali ini adalah kemenangan yang disambut di dalam kesedaran yang tertinggi. Kita benar-benar layak untuk menyambut kemenangan kerana sedikit sebanyak kita sentiasa ingat Allah SWT dan  berada dalam kesedaran akan hal Allah SWT. Kita benar-benar kembali kepada fitrah walaupun mungkin belum sekukuhnya namun kita sudah mula mengecapi rasa berada dekat dengan Allah SWT. Rasa ketenangan yang tiada tolok bandingnya.

Semoga saudara semua dapat mengecapi nikmat sebenar kemenangan syawal yang sebenarnya.

Popularity: 12% [?]

Incoming search terms:

  • Bengkel JPHBT

  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Ego itu merupakan rasa ke'Aku'an. Apabila kita jauh dengan Allah SWT, kita akan berasa ego. Mengapa? Kerana kita lupa diri yang kita ini hanyalah insan yang hanya berdaya dengan kekuatan yang sedikit sahaja dialirkan oleh Allah SWT. Jika kita memiliki kesedaran tertinggi kepada Allah SWT, pasti kita tidak akan ada rasa ke'Aku'an ini kerana kita sedar siapa kita.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Arkib

  • Popular Keyword