Ebook JPHBT Vol. 3
21 February 2010 | 1 Komen |
Cetak Artikel
Telah Terbit
Ebook Jiwa Positif Hidup BerTuhan Volume 3.
Klik sini untuk download.
Alhamdulillah, walaupun Ebook JPHBT Vol.3 tidak mengandungi artikel sebanyak Vol 1 dan Vol 2, tetapi diharapkan ia dapat memberikan manafaat kepada saudara semua. Namun sebenarnya banyak perkara yang agak sukar untuk saya kongsikan secara penulisan. Kerana itu saya adakan mini latihan. Walaupun waktu mini latihan terhad kerana saya perlu menumpukan penuh perhatian ke atas penyelidikan PhD saya, tetapi saya berharap saya dapat luangkan masa untuk sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang Jiwa Positif Hidup BerTuhan.
Untuk mini latihan akan datang, saya akan bimbing bagaimana kita boleh memiliki kesedaran tertinggi dengan benar-benar menghayati surah Al-Fatihah. Apabila kita mampu sedar dengan kesedaran tertinggi dengan surah Al-Fatihah, pasti kita juga mudah untuk memiliki keyakinan dan mencapai khusyuk ketika solat. Ilmu ini saya miliki daripada arwah ayah saya di mana beliau belajar selama 3 bulan lebih untuk memahami sepenuhnya hanya surah Al-Fatihah.
Mudah-mudahan Ebook JPHBT Vol. 3 ini dapat memberikan manafaat kepada saudara semua seperti mana ia memberikan banyak manafaat kepada diri saya dan keluarga.
JPHBT Vol. 1: Komunikasi Dengan Allah
JPHBT Vol. 2: Memiliki Kesedaran Tertinggi
JPHBT Vol. 3: Berserah Kepada Allah
Popularity: 54% [?]
Memiliki Kesedaran Tertinggi: Rasa Yang Tiada Rasa
17 July 2009 | 1 Komen |
Cetak Artikel
Artikel ini adalah artikel yang ke-100 Jiwa Positif dan Hidup BerTuhan.
Semasa belajar saya diterangkan oleh guru saya, keadaan kesedaran tertinggi itu adalah keadaan rasa yang tiada rasa. Aduh! Cukup sukar untuk memahami rasa yang tiada rasa ini. Bila ditanya, jawapan yang diberi adalah, rasa yang tiada rasa bukan untuk difahami dengan memikirkannya. Rasa yang tiada rasa perlu dialami dahulu dan barulah faham sebenarnya maksud rasa yang tiada rasa ini.
Lama. Memang lama untuk mendapat rasa yang tiada rasa. Berlatih setiap hari barulah mampu memiliki rasa yang tiada rasa. Kekadang ia kuat kekadang ia lemah.
Apabila kita disedarkan tentang kebesaran Allah SWT, kita berasa diri kita tiada apa-apa. Kita sedih, kita menyesal, kita ketakutan dengan dosa, kita rasa diri kita tidak layak untuk syurga Allah SWT lalu kita rasa kita takut membuat kesalahan kepada Allah SWT lagi.
Adakah kita sudah memiliki kesedaran yang tertinggi di mana kita mula mengalami rasa sedih, rasa bersalah, rasa gembira, rasa bersyukur, rasa diri kita tiada apa-apa dan sebagainya? TIDAK. Kita masih berada di wilayah rasa yang masih berasa. Kita berasa sedih. Kita berasa takut. Kita berasa menyesal. Kita berasa bersalah. Pelbagai rasa menyelubungi diri kita.
Popularity: 2% [?]


