Bebaskan Fikiran
5 May 2010 | 3 Komen |
Cetak Artikel
Sebenarnya setiap hari kita banyak menggunakan fikiran bawah sedar kita. Fikiran bawah sedar mengakses ilmu yang tersimpan di otak kita. Ia terdiri daripada ilmu yang benar dan juga tidak benar kerana ilmu yang baru dijanakan adalah berdasarkan kepada ilmu yang sedia ada di otak kita. Kebenaran tentang sesuatu yang terkandung dalam data yang kita simpan tidak diketahui kebenaran sebenarnya kerana ia hanya bergantung kepada realiti fikiran kita, bukan realiti sebenar.
Kita selalu memberikan pendapat sesuatu perkara dengan cara mengakses kembali data-data yang tersimpan di otak kita. Kita kerapkali diam sambil mengaksesnya ketika kita ingin melontarkan sesuatu pendapat. Kita bergantung lebih 80% kepada fikiran bawah sedar kita di dalam sehari.
Data baru yang terjana juga bergantung kepada fikiran bawah sedar kita kerana kita menafsirkan sesuatu yang baru menggunakan fikiran bawah sedar. Penjanaan ini dilakukan ketika sedar namun analisis yang dilakukan banyak berdasarkan data yang sedia tersimpan di otak kita.
Mulai hari ini, bebaskan fikiran kita daripada fikiran bawah sedar. Kita bersihkan fikiran bawah sedar dengan data yang baru. Bagaimana?
Popularity: 57% [?]
Incoming search terms:
- fikiran positif (5)
- fikiran (4)
- bebaskan fikiran (1)
Islamic NLP Parenting: Ikhlas Ke Sekolah
9 November 2009 | 9 Komen |
Cetak Artikel
Setiap hari bermula isnin hingga jumaat anak-anak kita pasti ke sekolah atau yang masih kecil akan ke pusat asuhan. Anak saya tidak terlepas daripada perkara yang sama iaitu ke pusat asuhan. Kita sering berhadapan dengan pelbagai ragam anak-anak ke sekolah.
Anak saya yang berumur 3 tahun 3 bulan juga mempunyai ragamnya. Sebelum ini pernah tidak mahu ke sekolah selama hampir 2 bulan. Setiap kali hantar beliau ke sekolah, beliau akan menangis sehingga meraung-raung. Saya memang tidak sanggup melihat anak menangis ditinggalkan.
Saya dan isteri seringkali berdoa agar Allah SWT mencerahkan jiwa anak saya agar beliau tinggal di pusat asuhan dengan kerelaan hati, bukannya terpaksa.
Popularity: 12% [?]






