Mini Latihan JPHBT
Jika saudara ingin mengetahui dengan lebih jelas tentang jiwa positif hidup bertuhan yang dijelaskan di dalam laman web ini, saudara boleh menghubungi saya untuk diadakan mini latihan. Ia sesuai untuk ahli keluarga, rakan sekerja, rakan-rakan taman perumahan atau organisasi kecil.
Target Peserta:
Kumpulan kecil di dalam 5-20 orang seperti ahli keluarga, rakan sekerja, rakan-rakan taman perumahan atau organisasi kecil.
Untuk organisasi besar dan jumlah peserta lebih 20 orang, saya syorkan latihan selama satu hari.
Tarikh dan tempat:
Ditentukan oleh pihak saudara (saudara yang kelolakan) samada di pejabat atau di rumah juga di tempat-tempat khas tertentu. Buat masa ini jemputan yang saya terima adalah sekitar Lembah Klang sahaja. Saudara boleh hadir ke pejabat saya atau saya datang ke tempat saudara jika jumlahnya ramai.
Semua jemputan boleh di emailkan kepada fuadlatip[at]gmail.com
Jadual mini latihan seperti berikut:
9.30pg : Mengetahui dan memahami masalah utama kehidupan yang menyekat pelbagai kejayaan.
10.00pg : Menyedari di manakah kebahagiaan sebenar.
(Untuk sedar apa sebenarnya yang kita inginkan di dalam hidup di dunia ini)
10.30pg : Mengenali diri yang sebenar.
(Untuk mewujudkan rasa berserah kepada Allah SWT 100%).
11.00pg : Kaedah penyelesaian yang praktikal, mudah dan kekal untuk menyelesaikan masalah kehidupan serta sentiasa memiliki ketenangan dan kebahagiaan.
11.30pg : Latihan memiliki kesedaran tertinggi.
(Untuk sedar dan benar-benar merasai kepentingan Allah SWT di dalam kehidupan)
12.00tgh hari: Terapi solat
(untuk mengetahui bagaimana untuk memiliki khusyuk di dalam solat)
12.30 tgh hari:Soal jawab
1.00 tgh hari: Solat zohor berjemaah (jika ada kemudahan).
(mempraktikkan terapi solat)
*Jadual di atas boleh disesuaikan samada pagi atau petang
Popularity: 6% [?]


