Blog Ini Menggunakan Hosting 10GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kepentingan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Mengapa Kita Gagal Mencapai Taqwa Dengan Berpuasa

26 August 2010 | 2 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

VN:F [1.9.3_1094]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 4.9/5 (9 votes cast)

“Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah dia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Quran, Yusof 12:53)

Sederhana di dalam mengawal nafsu.

Kita berpuasa bertujuan untuk kembali kepada fitrah dan menjadi hamba yang bertaqwa.  Namun seringkali puasa yang kita jalankan hanya sekadar mendapat lapar dan dahaga sahaja. Ia menjadi seperti sebuah adat iaitu berlapar beramai-ramai.

Latihan puasa yang bertujuan untuk menghalang kehendak nafsu juga seringkali dilihat seolah-olah gagal apabila nafsu masih kuat dan kekadang semakin meningkat jadinya di bulan Ramadhan ini.

Tidak mungkin ada salahnya ibadah yang diwajibkan oleh Allah SWT ini namun mengapa makin dihalang kehendak nafsu, makin meningkat keinginannya.

Mari kita lihat penjelasan Allah SWT yang sangat sederhana di dalam Al-Quran. Di dalam surah Al-Baqarah 183 firman yang mewajibkan kita berpuasa, Allah SWT menyeru ORANG-ORANG YANG BERIMAN untuk berpuasa.

Jelas untuk berpuasa…seseorang itu perlu beriman terlebih dahulu. Beriman ini secara ringkasnya adalah percaya kepada rukun iman yang 6. Boleh baca artikel saya untuk memahami iman di sini.

Mengapa pentingnya perlu beriman dahulu?

Berbalik kepada surah Yusof di atas, jelas ungkapan Zulaikha ketika mengaku beliaulah yang mengajak Nabi Yusof berzina…mengatakan nafsu itu tidak mampu ditahan kerana ia sentiasa mengajak kepada kejahatan. KECUALI Allah SWT memberikan rahmat kepada nafsunya.

Jelas keinginan ini datang dari jiwa lalu ke fikiran. Fikiran inilah yang semakin menguatkan nafsu. Namun kehendak asal datang dari dalam jiwa. Allah SWT yang memberikan ilham kepada jiwa ini baik dan buruk.

Lalu di kala kita terasa ingin membuat kejahatan, maka sebenarnya kita diilhamkan oleh Allah SWT dengan ilham fujur (buruk). Kini tinggal sedikit ruang atau daya yang Allah SWT berikan kepada kita samada untuk meneruskan keinginan yang diilhamkan atau tidak.

Di sinilah ramai yang kecundang kerana tiada memiliki kekuatan atau daya untuk menghalang nafsu. Lalu apakah yang harus dilakukan di dalam menghalang nafsu ini?

Caranya adalah perlu memohon RAHMAT ALLAH SWT. Memohon agar Allah SWT merahmati nafsu kita dengan memberikan kekuatan untuk kita menghalang kehendaknya disamping melemahkan keinginan nafsu tadi kerana kita tidak berdaya melainkan Allah SWT yang memberikan daya yang dikehendakiNya kepada kita.

Apabila kita beriman…kita akan mudah dan sentiasa sedar akan Allah SWT. Ketika nafsu melonjak…kita yang sentiasa berada di atas rasa pasti sedar bahawa ini adalah kehendak nafsu ku. Tapi ia sungguh kuat. Bertubi-tubi datang ke jiwa lalu ke fikiran dan sukar untuk menahannya.

Lalu orang yang beriman sedar..perlu kembali kepada Allah SWT. Lalu kembali ke Allah dengan memohon…

Ya Allah..rahmatilah nafsuku….rahmatilah nafsuku ya Allah…rahmatilah ya Allah. Aku tidak mampu melawannya melainkan dengan pertolonganMu ya Allah. Sesungguhnya jika aku mengikuti nafsuku ya Allah…aku termasuk ke dalam golongan orang yang menzalimi diriku ya Allah. Ya Allah…hindarlah aku dari menzalimi diriku ya Allah. Ya Allah..terima kasih ya Allah..terima kasih.

Diulang terus doa di atas bersungguh-sungguh. Pasti nafsu yang memberontak akan melemah dan akhirnya Allah SWT mencabut rasa ingin nafsu tadi.

Doa di atas hanya mampu dibaca bagi orang yang beriman…yang sedang dalam ujian nafsu yang melonjak. Jika orang yang tidak beriman..mana mungkin dia mampu berada di atas rasa lalu mana mungkin dia mampu berdoa sedemikian.

Kerana itulah objektif puasa hanya akan dapat dicapai jika kita beriman kepada Allah SWT kerana kita akan sentiasa sedar akan Allah SWT setiap saat dan kita sentiasa berada di atas rasa.

Namun apabila kesedaran kita meningkat, kita akan mudah mengawal nafsu kerana orang yang sentiasa ingat Allah SWT pasti sentiasa diilhamkan dengan taqwa bukan fujur.

Juga jika diilhamkan fujur sebagai ujian dari Allah SWT, orang beriman mudah mengawal nafsunya kerana sentiasa sedar akan Allah SWT…sentiasa berada di atas rasa lalu memohon agar Allah SWT merahmati nafsunya dengan bersungguh-sungguh permohonan.

Semoga penjelasan ini jelas di dalam memahami cara bagaimana untuk mengawal nafsu dan akhirnya akan memudahkan diri untuk terus memiliki taqwa dan kembali kepada fitrah.

Cuba praktikkan doa di atas ketika di pasar Ramadhan, semasa membeli belah persediaan raya, ketika marah, ketika malas untuk solat awal, ketika rasa geram pada seseorang, rasa benci, rasa dengki, rasa tidak puas hati dan lain-lain di mana ketika nafsu sedang mengawal diri.

InshaAllah saya yakin, pasti kita akan tersedar dan rasa-rasa itu hilang dari jiwa kita. Bukan sekadar hilang di fikiran…tetapi terus di jiwa.

“Ya Allah, malasnya aku nak solat ni. Waktu dah masuk dah ya Allah. Ya Allah rahmatilah nafsu malas ku ya Allah..ya Allah rajinkanlah aku ya Allah. rahmatilah aku ya Allah…ya Allah kuatkanlah aku untuk bangun mendirikan solat ya Allah.”

Diulang-ulang terus….bersungguh-sungguh..pasti kita terbangun lalu mendirikan solat. Pasti..saya amat yakin kerana dulu saya sentiasa melakukannya dan sentiasa berjaya melawan nafsu.

VN:F [1.9.3_1094]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 4.9/5 (9 votes cast)

Popularity: 17% [?]

Memahami Latihan Unggul Ramadhan

21 August 2010 | 1 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

VN:F [1.9.3_1094]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 4.7/5 (6 votes cast)

Saudara,

Mengapa siangnya berpuasa iaitu menahan kehendak nafsu…malamnya dibebaskan nafsu? Untuk apa sebenarnya latihan seperti ini?

Iftar itu bukan berbuka puasa untuk melempiaskan nafsu (mkn, seks, etc). Ia adalah masa untuk kita mengukur sejauh mana pencapaian kembali kepada fitrah dgn latihan puasa siang harinya. Seharusnya pencapaian setiap hari meningkat dan terus meningkat agar tiba sahaja Aidilfitri kita mencapai tahap yang tertinggi di dalam kembali kepada fitrah sebagai kesedaran tertinggi untuk dibawa sepanjang tahun.

Walaupun nafsu jasad itu dibebaskan dari ikatan kehendaknya (makan, seks, etc) sesudah terbenam matahari namun seharusnya kita tetap terus mampu mengekalkan keberadaan kita iaitu berada di atas nafsu…di atas fikiran dan emosi..di atas rasa jasad dan di atas rasa rohani. Kita terus berada di tahapan kesedaran tertinggi dengan memiliki hati nurani…tenang..bahagia…berada di atas rasa. Tidak mengikut apatah lagi masuk ke dalam fikiran dan emosi.

Baca Selanjutnya…

VN:F [1.9.3_1094]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 4.7/5 (6 votes cast)

Popularity: 26% [?]

Tip-Tip Mudah Kembali Kepada Fitrah

6 August 2010 | 3 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

VN:F [1.9.3_1094]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 5.0/5 (8 votes cast)

Beberapa hari lagi, kita akan masuk Bulan Ramadhan. Bagi saya bulan ini adalah bulan latihan agar diri kita yang sedar ini akan kembali kepada fitrah.

Saban tahun kita mencuba untuk benar-benar dapat kembali kepada fitrah. Berpuluh-puluh tahun kita menyambut ramadhan dengan cukup bilangan puasanya. Namun sejauh mana bulan yang penuh kasih sayang Allah SWT dengan keampunanNya mampu benar-benar menjadikan kita hamba yang bertaqwa. Hamba yang bertaqwa itu mudah iaitu mengikut kehendak Allah atau dengan nama lain berserah. Kembali kepada fitrah itu adalah kembali kepada sifat sebenar diri kita..sentiasa ingin dekat dengan Allah SWT.

Baca Selanjutnya…

VN:F [1.9.3_1094]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 5.0/5 (8 votes cast)

Popularity: 56% [?]

Tuhan Yang Mana?

31 July 2010 | 3 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

VN:F [1.9.3_1094]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 5.0/5 (5 votes cast)

Saya banyak mengulas tentang wahyu pertama yang sebenarnya amat jelas untuk kita memandu kehidupan kita ini. Walaupun satu ayat, jelas Allah SWT memberitahu kita arah tuju yang seharusnya kita lalui.

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).
(QS Al-Alaq, 96:1)

Artikel yang lepas (bacalah) sebenarnya masih belum tamat huraiannya.

Tuhan Yang Mana?
Setelah kita di minta membaca dengan nama tuhan oleh Allah SWT, sebenarnya timbul satu lagi persoalan…iaitu tuhan yang mana harus kita serahkan apa yang kita bacakan. (baca maknanya luas. Bukan sekadar membaca tulisan tetapi sebenarnya termasuk analisis, sintesis, aplikasi, mengetahui, memahami etc…)

Baca Selanjutnya…

VN:F [1.9.3_1094]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 5.0/5 (5 votes cast)

Popularity: 62% [?]

Tip Khusyuk Dalam Solat

19 July 2010 | 1 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

VN:F [1.9.3_1094]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 4.8/5 (6 votes cast)

Sebelum membaca apa-apa bacaan di setiap gerakan solat, pastikan kita benar-benar rasa jelas lagi nyata bertemu dengan Allah SWT. Kemudian barulah membaca bacaan solat dengan penuh rendah hati dan terus menjaga kesedaran yang kita sedang bertemu dengan Allah SWT. Sederhana kan?

“khusyuk itu adalah keyakinan bertemu dengan Allah SWT dan yakin kembali kepadaNya”.

Kita berjaya kembali kepada Allah SWT apabila kita SEDAR akan pertemuan kita dengan Allah SWT yang sedang berlangsung itu.

Baca Selanjutnya…

VN:F [1.9.3_1094]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 4.8/5 (6 votes cast)

Popularity: 89% [?]

Khusyuk Dahulu Barulah Solat

19 July 2010 | 1 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

VN:F [1.9.3_1094]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 5.0/5 (5 votes cast)

Saudara,

Ketika saya menjelaskan tentang hal khusyuk pada tahun lepas (29 Julai 2009 – Baca Artikel di sini) bahawa kita mesti khusyuk dahulu pada Allah SWT barulah mudah untuk sabar dan solat, ada yang tidak setuju. Mereka berkata bahawa kita perlu solat dan barulah capai khusyuk dan sentiasa sedar di dalam solat.

Kefahaman yang silap ini membuatkan ramai yang mencari khusyuk itu di dalam solat sehingga merekacipta pelbagai kaedah untuk mencapai khusyuk. Ada yang fokus pada sejadah dan tulisan Allah. Ada yang fokus pada bacaan. Fokus pada kaabah, fokus pada suara bacaan dan sebagainya yang mana semua itu bukan sebenarnya untuk disembah.

Baca Selanjutnya…

VN:F [1.9.3_1094]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 5.0/5 (5 votes cast)

Popularity: 87% [?]

Latihan Solat Khusyuk Julai 2010

15 July 2010 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

VN:F [1.9.3_1094]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 5.0/5 (1 vote cast)

VN:F [1.9.3_1094]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 5.0/5 (1 vote cast)

Popularity: 91% [?]

Wahai Isteriku

14 July 2010 | 9 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

VN:F [1.9.3_1094]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 4.9/5 (13 votes cast)

Wahai isteriku,
Jika kau harapkan kepadaku untuk menghargai dirimu
aku tidak mampu memberikannya selalu
kerana kekadang aku juga lemah tidak terdaya

Wahai isteriku
Haraplah pada Allah SWT
KERANA Allah SWT yang memegang jiwaku
agar aku menghargai dirimu

Wahai isteriku
Jangan sesekali kau menangis keranaku
tetapi menangislah kerana Allah SWT
yang kekadang kau lupa akan diriNya
kerana terlalu mengharapkan penghargaan daripadaku

Wahai isteriku
Aku takut meletakkan harapanku kepadamu
kerana aku lebih mengharapkan Allah SWT
untuk membimbingmu menjadi isteri yang terbaik untukku

Wahai isteriku
Aku takut menghargai dirimu
melainkan penghargaan atas kehendak Allah SWT
kerana aku hanya menurut kehendak Allah SWT

Wahai isteriku
Dikala kau bersedih keranaku
ketahuilah bahawa kau sedang jauh dari Allah
kerana kau mengharapkan diriku lebih daripadaNya

Wahai isteriku
aku tidak mampu membahagiakan dirimu
kerana aku hanya mampu lakukan yang terbaik untukmu
tetapi Allah SWT yang memberikan kebahagiaan itu untukmu

Wahai isteriku
simpanlah air matamu hanya untuk Allah
bukan untuk diriku
kerana aku bimbang kau lebih mengharapkan aku daripada Allah

Wahai isteriku
sesungguhnya aku menyayangi dirimu
hanyalah kerana Allah SWT
yang melantik diriku menjadi wakil utk menyayangimu

Wahai isteriku
sesungguhnya aku menjadi penemanmu
semata-mata kerana Allah SWT
yang mewakilkan diriku untukmu yang dikasihiNya

Wahai isteriku
Sesungguhnya aku juga insan yang lemah
yang sekadar memiliki kudrat
hanya atas apa yang Allah izinkan untukku

Wahai isteriku
tuntutlah penghargaan daripada Allah SWT
pasti nanti Allah SWT menggerakkan diriku
untuk menghargai dirimu

Wahai isteriku
semoga kita sentiasa diberi mawadah, rahmah dan sakinah
oleh Allah SWT
dengan semata-mata mengharapkan diriNya

Wahai isteriku, aku redha dan rela dirimu mencintai Allah
lebih daripada mencintai diriku
Kerana aku yakin, apabila dirimu mencintai Allah lebih daripada mencintaiku,
kau bukan sekadar mencintai diriku,
malah pastinya kau redha dan sanggup berkorban apa sahaja
sepenuh hatimu untukku dan bersama denganku.
Dan semuanya yang kau relakan itu hanya kerana cintamu pada Allah SWT.

Wahai isteriku,
Aku mencintaimu kerana Allah SWT dan aku mengharapkan kau juga begitu.

Ya Allah, ajari kami ya Allah untuk menyayangi antara kami ya Allah. Ajari kami untuk menghargai diri kami ya Allah. Jagai jiwa kami ya Allah. Sesungguhnya perkahwinan kami ini atas kehendakMu ya Allah. Kami serahkan seluruh kehidupan kami kepadaMu ya Allah. Terima kasih ya Allah..terima kasih.

[note]: Sekadar luahan hati seorang suami yang hanya sekadar mampu memberikan yang terbaik kepada isteri. Namun kebahagiaan, kepuasan hati, keceriaan, keharmonian, mawadah, kasih sayang dan semua itu adalah datang dari Allah terus ke jiwa isteri. Suami tidak mampu lakukan yang itu. Suami hanya mampu lakukan tanggungjawab yang diberi Allah.

Fuad Latip
14 Julai 2010

VN:F [1.9.3_1094]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 4.9/5 (13 votes cast)

Popularity: 88% [?]

Artikel Seterusnya »
  • Jadual Latihan Solat Khusyuk

  • Komunikasi

    Hanya mesej yang tiada kaitan dengan artikel. Jika ada kaitan, sila komen di artikel. Terima kasih.


    ShoutMix chat widget
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Maklumbalas Terkini

  • Artikel Terkini

  • Arkib

  • Popular Keyword

    bahagia banyak masalah berserah dekat dengan Allah didik anak cara islam fuad latip gelisah hidup bertuhan ilmu ingat Allah Jiwa Positif jiwa super kesedaran khusyuk solat komunikasi komunikasi dengan Allah kuasa jiwa law of atrraction lembutkan hati anak lembutkan hati isteri lembutkan hati suami masalah anak masalah besar masalah jiwa masalah rumahtangga masalah suami isteri minta izin motivasi Motivasi Diri motivasi kekal pasar ramadhan pasrah puasa ramadhan redha rela sedar solat solat khusyuk spritual suami ego super affiliate super minda super sedar teknik SEO
  • Profil

    Mohd Fuad Bin Haji Abdul Latip
    Fakulti Kejuruteraan Elektrik
    Universiti Teknologi MARA
    40450 Shah Alam
    Selangor
    fuadlatip[at]gmail.com


  • Blog Rating

    Average blog rating:

    4.7