Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

Ebook JPHBT Vol.4

17 August 2010 | 8 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

FacebookGoogle GmailYahoo MailWordPressTwittermore

Alhamdulillah Ebook JPHBT Vol.4: Rasa Nyata Hidup BerTuhan telah diterbitkan secara PERCUMA untuk pembaca setia semua. Semoga dengan lahirnya Ebook ke-4 ini, semakin hari semakin kita sedar kepada Allah SWT setiap saat dan nafas kehidupan kita ini.

Saya tidak tahu sehingga bila Allah SWT akan terus ingin saya menyebarkan ilmu yang diilhamkan kepada saya. Saya tidak tahu hingga bila Allah SWT terus ingin memberikan kekuatan kepada saya untuk menulis. Selagi ada kekuatan yang diberikan serta ilham yang diturunkan, saya pasti akan terus menulis.

Semoga jiwa saudara sentiasa tenang kerana janji Allah adalah PASTI iaitu sedar ke Allah, pasti kamu akan memiliki jiwa yang tenang. Namun tujuan kita bukanlah untuk memiliki rasa tetapi kita hanya ingin dekat dengan Allah SWT dengan menyedariNya setiap saat kehidupan kita ini.

Rasa itu adalah sebuah keadaan akibat daripada dekat dengan Allah SWT dan ia cukup menenangkan.

Semoga Allah SWT redha ke atas diri kita sehingga nafas kita yang terakhir dan terus redha di dalam kehidupan kita selepas di alam dunia ini. Amin.

Klik sini untuk download

Spiritual: Rohani Vs God Spot

17 March 2010 | 10 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Saya pernah menulis satu artikel bertajuk Fikirkan Sejenak tahun lepas tentang kekeliruan tentang kerohanian. Ramai yang keliru kerana terlalu mengikut barat dengan istilah God Spot yang terletak di otak kita. Fahaman ini disebarkan meluas sekarang ini sehingga ramai penganut islam di negara ini terkeliru.

Lalu ramai yang cuba mengikut formula-formula yang dibina hanya untuk mengakses bahagian God Spot ini sedangkan kerohanian yang sebenar adalah lebih tinggi daripada God Spot ini.

Saya tulis kembali apa yang pernah saya tuliskan sebelum ini agar saudara semua benar-benar mengerti apa yang dikatakan spiritual dan kerohanian.

Fahamilah dan rasakanlah kehidupan berspiritual yg sebenar untuk memahami kehidupan di mana kita berasal daripada Allah turun ke Bumi kemudian kembali ke asalnya iaitu Allah.

Innalillahi wainna ilaihi raaji’uun.

Spritual BUKANLAH memasuki kumpulan memori yang tersimpan di dalam alam bawah sedar seperti melihat dan mendengar multimedia tentang Allah barulah tersentuh jiwanya.

Spritual adalah ROHANI (Roh) yang bergerak mengakses alam kerohanian.

Spritual TIDAK pernah tersimpan di dalam memori otak manusia (God-Spot) yang baru tersusun beberapa tahun yang lalu.

Rohani memiliki pengalaman pertemuannya dengan Ilahi. Otak manusia belum pernah mengikuti perjumpaan dengan Allah pada masa itu kerana rohani tidak mempunyai otak, tidak memiliki jantung, tidak memiliki saraf, tidak memiliki daging dan otot.

Rohani bersifat sendiri, tidak bergantungan, bersifat abadi, tidak terpengaruh dengan ruang dan waktu, tidak mengalami kehidupan akan datang dan masa lalu. Ia adalah kesedaran masa sekarang. Tidak dibatasi oleh daging, tidak hanya berada dalam jantung atau otak.

Ia ada di dalam dan sekaligus di luar jasad kita.

Kerohanian adalah kesedaran yang murni, yang bersifat ghaib.

Semoga selepas ini kita jangan lagi terkeliru dengan hal kerohanian ini.

Incoming search terms:

020202

2 February 2009 | 4 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Nota:
Cerita ini dikongsi untuk kita sama-sama sentiasa berdoa agar berada di samping ibu bapa di saat Allah menjemput mereka kembali selamanya.

Di antara salah satu doa saya yang sentiasa di baca sejak dahulu hingga kini adalah:

“Ya Allah, Tuhan yang Maha Menguasai ke atas tiap-tiap sesuatu, Tuhan yang Maha Mengaturkan segala kehidupan dan kematian, Tuhan yang Maha Mengaturkan segala ketentuan, aku memohon kepadaMu ya Allah, agar aku diberikan kelapangan masa untuk bersama ibu bapa ku ketika mereka berada di saat-saat akhir kehidupan mereka, agar aku dapat menatap wajah mereka buat kali terakhir, agar aku dapat hilangkan rasa rindukan setelah pemergian yang tidak akan kembalinya lagi mereka ke sisi ku ya Allah. Agar aku dapat berasa lapang dada dengan pemergian mereka ya Allah, agar aku dapat mengajar mereka mengEsakan diriMu ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui walaupun sesaat ke hadapan, Tuhan yang Maha Berkuasa segala apa yang ada di langit, di bumi dan segala isinya, Tuhan yang berfirman bahawa Pohonlah kepada Allah, nescaya Allah makbulkan setiap permohonan. Ameen.”

Sebelah petang  1 Februari 2002, Jumaat (7 tahun yang lalu) saya pulang ke rumah kakak saya di Pengkalan Hulu Perak kerana hati sangat rindu pada ayah dan mak. Ayah baru sembuh dari sakit dan semasa itu tinggal sementara dengan keluarga kakak di Pengkalan Hulu Perak.

Baca Selanjutnya…

Solat Untuk Apa?

27 January 2009 | 8 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Jumaat 23/1/09 saya didatangi oleh seorang pelajar. Beliau kenali saya ketika saya memberikan penerangan tentang Membina Jiwa Positif semasa Program Pembangunan Pelajar pada awal bulan yang lalu.

Saya bertanya tujuan beliau berjumpa dengan saya. Beliau menerangkan bahawa beliau banyak melakukan solat Dhuha, solat dipertiga malam dan selalu berdoa kepada Allah. Saya ingin mendapat informasi yang lebih jelas iaitu apakah doa yang diminta?

Beliau menerangkan, beliau ingin mendapat rezeki yang banyak. Beliau ingin berjaya di dalam pelajaran. Beliau harap semua keinginan dimakbulkan. Tetapi beliau kata, kini beliau seakan-akan putus asa dengan apa yang beliau lakukan. Banyak pemintaan beliau tidak dimakbulkan.

Baca Selanjutnya…

Incoming search terms:

Dilanggar

23 January 2009 | 5 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Saya ke tempat kerja menaiki motosikal. Berkereta dari puchong ke Shah Alam bukanlah terbaik untuk diri saya memandangkan kesesakan yang teruk sebelah pagi. Saya tidak suka menghabiskan masa di dalam kereta. Di samping dapat mengelakkan kesesakan, saya dapat menjimatkan duit.

Dari segi risiko, bermotosikal agak merbahaya tetapi saya cuba berhati-hati sedaya yang mampu. Sentiasa berkomunikasi dengan Allah ketika menunggang motosikal sambil memohon Allah sentiasa menjaga keselamatan diri saya.

Baca Selanjutnya…

Memohon Keizinan Allah

13 January 2009 | 2 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Wahai api! Hendaklah engkau menjadi dingin dan selamat terhadap Ibrahim. Mereka hendak memperdayakan Ibrahim dengan dia lalu Kami berkati di dalamnya untuk seluruh alam.

(Al Anbiyaa’: 69 dan 70)

Seorang pelajar tahun dan semester akhir berjumpa dengan saya untuk berbincang berkenaan dengan projek tahun akhir (Final Year Project @ FYP). Pada mula pelajar ini masuk ke bilik saya, beliau sangat stress. Manakan tidak kerana sudah semester akhir, tetapi masih belum jelas memahami apa yang dilakukan.

Pelajar ini bukanlah pelajar saya semasa semester lepas. Mereka ini adalah pelajar dari UiTM Pulau Pinang yang diarahkan untuk bertukar ke UiTM Shah Alam kerana program ijazah hanya dijalankan di kampus induk sahaja mulai semester ini untuk Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Jadi saya diarahkan untuk menjadi co-supervisor sahaja sementara supervisor masih lagi pensyarah di Pulau Pinang.

Baca Selanjutnya…

Semester Akhir (Semester Jan 09 – Apr 09)

4 January 2009 | 7 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Semester ini adalah semester akhir saya sebelum menyambung pelajaran ke peringkat PhD. Baru untuk mendaki. Umur sudah 32 tahun (tahun ini), baru ingin membuat PhD. Sedangkan isteri sudah masuk 3 tahun memiliki PhD iaitu ketika umur beliau 28  tahun. Tidak mengapa kerana saya mempunyai perancangan sendiri dan ia adalah perancangan kami bersama.

Hari ini hari pertama saya berjumpa pelajar di semester ini setelah saya bercuti minggu lepas. Hari ini masih belum ada kelas. Saya akan selesaikan masalah pendaftaran pelajar. Saya juga akan berikan beberapa nasihat untuk pelajar di bawah nasihat saya sebagai penolong akademik pelajar. Sudah pasti saya akan mengulangi semula nasihat meminta mereka sentiasa berkomunikasi dengan Allah.

Baca Selanjutnya…

Ya Allah, Selamatkanlah Umat Islam Palestine

30 December 2008 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Saya membayangkan jika isteri dan anak saya di dalam keadaan sebegini. Benar-benar saya insaf dengan kemewahan yang Allah berikan kepada saya sekarang ini. Walaupun kemewahan ini bukanlah kekayaan, namun berbanding mereka, saya terlalu bertuah.

“Ya, Allah, ya Tuhanku, aku memohon kepadaMu agar Kau selamatkanlah umat islam Palastine daripada kejahatan musuh islam Rejim Yahudi.”

Baca Selanjutnya…

Incoming search terms:

  • FB GROUP JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Ya Allah Kau kurniakan kepada kami pendamping yang terbaik, pernikahan yang berkah, rumahtangga yang sakinah, keturunan yang soleh dan solehah.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword