Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

[#JPHBT: FIKIR BILA PERLU 2]

25 May 2016 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

FacebookGoogle GmailYahoo MailWordPressTwittermore

Bismillah hirRahmanir Rahim

Ada yang bertanya saya bagaimana untuk fikir bila perlu? Bukan senang untuk menahan fikiran.

Ya benar sekali.

Kita tidak mampu menahan untuk berfikir kerana kita lahaulawala quwwata illa billah.

Tetapi kita kena tahu cara yang praktikal.

Menahan daripada memikirkan sesuatu yang sedang difikikan akan menambahkan lagi stress. Kita sebenarnya MENAMBAHKAN lagi fikiran kita ketika kita cuba menahan untuk tidak berfikir.

Ini adalah fitrah otak kita.

Kerana itu saya tidak suka ketika orang kata JANGAN FIKIRKAN kemudian tidak beri saranan cara untuk “jangan fikirkan” itu.

Seperti yang saya sering ulang, praktikalnya adalah komunikasi dengan Allah apa yang sedang difikirkan itu.

Komunikasi dengan Allah ini bukannya memohon. Bukannya meminta. Tidak sama sekali.

Komunikasi dengan Allah adalah lebih kepada bercerita. Berkongsi dengan Allah apa yang sedang difikirkan.

Bukan berkongsi di whatsapp dan FB yang diutamakan.

Contoh ketika saya berfikir banyak kerja, saya akan ceritakan pada Allah.

Ya Allah aku nak buat kerja ni dulu lah ya Allah. Lepas ni baru aku nak buat kerja yang sekian…sekian…

Sedang buat kerja:
eh ni macam mana pula ni ye ya Allah. Ooo ok-ok dah faham dah ya Allah. Terima kasih ya Allah.

dan seterusnya.

Semakin terus bercerita, semakin akrab kita dengan Allah. Dan kita sangat asyik berada dalam saat ini disamping menyedari Allah setiap saat ini.

DISAMPING ITU perlu ingat, AWAL AGAMA ITU MENGENAL ALLAH.

Kenallah Allah dengan betul agar jangan tersalah. Nanti kita berkomunikasi dengan entah siapa. Nauzubillah.

Selamat berkomunikasi.

Fuad Latip
25 Mei 2016

* Ni baca ni pun, kongsikan dengan Allah apa yang sedang difikirkan tu.

[#JPHBT: FIKIR BILA PERLU 1]

25 May 2016 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Bismillah hirRahmanir Rahim

Sejak tahun 2006, saya dan isteri belajar untuk berfikir ketika perlu sahaja.

Menjadikan kita stress kerana kita banyak berfikir perkara yang tidak perlu pada masa yang belum lagi perlu untuk difikirkan.

Sebagai contoh kita selalu fikir kejadian hari depan yang kita sendiri pasti tidak mampu tahu apa akan jadi sebenarnya.

Lalu kita stress dengan pelbagai persepsi yang kita bina sendiri.

Kita juga suka mengisahkan hal lepas hingga pening kepala.

Islam adalah agama atau cara hidup yang melatih kita agar sentiasa hidup dalam saat ini (now).

Belajarlah agar sentiasa hidup dalam saat ini dan pasti nanti kita mampu berfikir mengikut keperluan sahaja.

Yang selalu buat kita pening kepala kerana banyak sangat fikir kisah yang belum pasti, masa lepas dan kisah orang lain mengikut persepsi kita.

Ketika kita berfikir saat ini, saat depan kita serahkan qadaqnya total kepada Allah.

Saat ini kita usahakan saja apa yang termampu kerana kita hanya mampu beraktiviti dalam realiti iaitu saat ini.

Bukan saat lepas (ilusi) atau masa depan (fantasi)

Fuad Latip
24 Mei 2016

[#JPHBT]: Doa Yang Merangkumi Segala Permintaan

13 May 2016 | 1 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Bismillah hirRahmanir Rahim

Didoakan Tuan-tuan dan Puan-puan sentiasa dirahmati Allah.

[1] Ya Allah, ampuni segala kesalahan kami ya Allah. (Rabbighfirli)

[2] Rahmati kami ya Allah (Warhamni).

[3] Cukupkan segala kekurangan kami / Tutupkanlah aib-aib kami ya Allah (Wajburni).

[4] Angkatkanlah darjat kami ya Allah (Warfa’ni).

[5] Murahkanlah rezeki kami ya Allah (Warzuqni).

[6] Bukakanlah pintu hati kami yang tertutup ya Allah , Cahayailah hati kami yang gelap gelita ya Allah, Lembutkanlah hati kami yang keras membatu ya Allah. (Wahdini : tunjuki aku)

[7] Berikan kesihatan yang terbaik buat kami ya Allah (Wa’afini).

[8] ya Allah, maafkan segala dosa-dosa kami ya Allah (Wa’fu’anni).

Terima kasih ya Allah, terima kasih.

Aaminn…. Aminnn…. Aaminn

****

Saya suka berdoa mengikut doa semasa duduk antara dua sujud (iftirasy).

Tidak sahaja ketika iftirasy tetapi selepas solat dan juga di ketika berdoa kepada Allah.

***
Ketika mendirikan solat, duduklah dengan tenang dan mohonlah satu persatu pada Allah.

Baca satu… diam….
Cth: Rabbighfirli… diam sejenak… sambung warhamni… diam sejenak… sambung…. satu persatu hingga selesai.

Bukan membaca dan juga dibaca dengan laju. Berdiamlah….. dan berdoa dengan bersungguh-sungguh.

Doa yang ada di dalam iftirasy sudah cukup merangkumi apa saja dalam hidup kita.

Ada 8 semuanya dan semua itu adalah ringkasan yang Allah sediakan doa untuk kita memohon kepadaNya.

Maka duduklah dengan benar. Diam…. dan sungguh-sungguhlah berdoa kepadaNya.

Saudara akan alamikan sendiri bagaimana keyakinan kepada Allah akan terus meningkat sekiranya kita memohon dengan benar.

***

Sekarang cuba sekali lagi baca dan praktikkan terus baca satu persatu dan sungguh mohon pada Allah.

Rabbighfirli….
warhamni…..
wajburni….
warfa’ni….
warzuqni…
wahdini…
wa’afini…
Wa’fu’anni

Aaminn

Fuad Latip
13 Mei 2016

Incoming search terms:

KESANGGUPAN MENERIMA REZEKI

11 May 2016 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Bismillah hirRahmanir Rahim

Sebenarnya bukan kita tidak ada rezeki. Tetapi kekadang kita tidak sanggup menerimanya dengan tidak sengaja menolaknya.

Sanggup menerima rezeki adalah orang yang sentiasa bersedia menjadi penyebar rezeki.

Sekiranya kita benar-benar sanggup menjadi penyebar rezeki, ketika itu inshaAllah akan ada saja rezeki tanpa yang pernah kita sangkakan.

Dan sanggup menjadi penyebar rezeki ini bukan sekadar kata-kata dan fikiran. Tetapi hati itu tiada ragu lagi.

Berlatihlah memberi.

****

Mulai hari ini berlatih memberi dengan cara:
1. Berikan kepada yang memerlukan dengan kadar yang kita rasa tidak kisah untuk kita berikan.
2. Kemudian ketika memberi dengan jumlah no.1 ini, tambahkan lagi sehingga kita rasa berat hati (rasa kisah) untuk memberi.
3. Ketika saat berat untuk memberi itu, nilai itulah yang harus kita lepaskan (beri).
4. Nah! kita melatih diri untuk melepaskan wang (harta) di level kita rasa berat untuk memberi iaitu sayang untuk dilepaskan.

Suatu saat ketika kita melatih dan dilatih berterusan begini bersama nilai yang semakin bertambah, di saat ini keyakinan kita pada Allah akan terus meningkat.

Meyakini bahawa rezeki itu pasti ada. Di saat ini kita sudah tidak sedar lagi menjadi seorang penyebar rezekiNya.

Bukan seorang yang asyik MENYIMPAN REZEKI (harta benda) dengan mengkaya diri sendiri sahaja akibat takut melepaskan harta benda.

Sekiranya kita takut melepaskan harta benda, bayangkan di saat kematian kita.

Di saat Allah menarik kita tetapi hati kita tidak mampu melepaskan harta benda.

Ibaratnya seseorang yang sangat kuat merentap tangan kita dan dalam masa yang sama kita memegang besi melawan tarikan orang tersebut. SAKIT!!

berlatihlah… ia sangat berkesan.

Fuad Latip
11 Mei 2016

  • FB GROUP JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Allah SWT sentiasa mencintai kita. Namun untuk kita merasai cinta AllahSWT hanyalah dengan satu cara iaitu kita mesti mencintaiNya. Rasa cinta itu hanya mampu kita miliki apabila kita juga menyintai.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword