Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

[#JPHBT: KPI Key Performance Index Syaitan Dan Jin (Yang Jahat)]

28 December 2015 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

FacebookGoogle GmailYahoo MailWordPressTwittermore

[#JPHBT: KPI Key Performance Index Syaitan Dan Jin (Yang Jahat)]

Bismillah hirRahmanir Rahim

[+] Setiap di akhir tahun, kami para pensyarah perlu mengisi KPI masing-masing untuk melihat apa yang telah disumbangkan kepada Negara, Masyarakat, Universiti, Fakulti dan Pelajar dan semua ini merangkumi kepada Agama.

[+] Sembang-sembang sarapan pagi bersama isteri tentang KPI, kami bercerita tentang KPI Syaitan dan Jin (yang jahat).

[+] KPI paling BESAR bagi Syaitan dan Jin (yang jahat) yang membolehkan mereka mendapat markah terbesar adalah KETIKA BERJAYA MEMECAH BELAHKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI.

[+] Sekiranya suami isteri berjaya diceraikan, maka Syaitan dan Jin (yang jahat) ini akan mendapat markah paling banyak dan besar. Silap-silap boleh dapat pangkat General dan lain-lain pangkat yang tinggi.

[+] Seringkali penceraian terjadi kerana sebuah rasa. Ketika tiba-tiba suami atau isteri sudah bertukar rasa. Daripada suka kepada benci. Daripada tenang kepada gelisah bersama. Ketika mengikutkan sangat rasa hati.

[+] Inilah tanda-tanda bahawa ada sesuatu yang mengganggu suami isteri. Lalu perlu sedar dan perlu lebih kuat untuk kembali kepada Allah.

****
Mengikut Rasa Badan Binasa

[+] Di dalam hidup ini, apa jua keputusan tidak boleh mengikut rasa semata-mata. Boleh jadi rasa tersebut bukannya datang daripada Allah.

[+] Bagaimana pula bukannya datang daripada Allah sedangkan mana mungkin selain Allah mampu melawan kehendak Allah?

[+] Jawapan jelas dalam Al Quran Surah Al-Zukhruf, 43: 36:
Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah [Al Qur’an], Kami adakan baginya syaitan [yang menyesatkan] maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk.

[+] Jelas menunjukkan bahawa ketika kita jauh daripada Allah, maka Allah yang adakan baginya Syaitan yang menyesatkan. Lalu kita berasa benar sedangkan salah.

[+] Maka rasa hati itu belum benarnya daripada Allah. Boleh jadi daripada Syaitan yang ditempatkan Allah dalam hati kita.

[+] Dikatakan akil baligh adalah ketika kita mampu mengenali mana baik dan mana yang buruk.

[+] Sedangkan fikiran dan rasa ini hanya mengikut apa yang masuk ke dalam hati kita. Hati ini berbolak balik bergantung kepada sejauh mana kesedaran kita iaitu keimanan kita kepada Allah.

[+] Lalu dalam hal ini, sekiranya kesedaran kita lemah, maka fikiran dan hati ini akan mengikut rasa tanpa pedulikan akal yang mengetahui mana baik dan buruk. Kita akan melanggar semua syariat dan perintah Allah kerana lebih utamakan rasa.

[+] Sedangkan rasa itu boleh jadi salah yakni bukannya daripada Allah tetapi datangnya daripada syaitan yang dibenarkan Allah untuk menyesatkan kita akibat kesedaran kita kepada Allah adalah lemah.

[+] Fahami ayat ini benar-benar. Ketahui KPI Syaitan dan Jin (yang jahat), inshaAllah ketika kita berasa sesuatu yang pelik dalam hati kita, kita pasti akan pantas kembali kepada Allah.

[+] Kita akan sentiasa datang di dalam hajat, tahajud dan taubat kita. Kita sentiasa akan benar-benar berpegang kepada hub (tali) Allah tanpa lepas.

[+] Kita akan pastikan rahmat, sakinah dan mawaddah akan kembali bersinar di dalam hubungan suami isteri justeru keluarga kita.

Selamat bermuhasabah di dalam menilai KPI kita tidak hanya KPI kerja tetapi juga KPI kasih sayang suami isteri dan keluarga kita.

Fuad Latip
28 Disember 2015

Facebook Comments

  • FB GROUP JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Memberi kemaafan itu mampu membuka belenggu-belenggu yang menyempitkan hati.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword