Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

Ibu Bapa Kita Tetap Ibu Bapa Kita Walau Bagaimanapun Mereka

27 December 2015 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

FacebookGoogle GmailYahoo MailWordPressTwittermore

[#JPHBT Ibu Bapa Kita Tetap Ibu Bapa Kita Walau Bagaimanapun Mereka]

Bismillah hirRahmanir Rahim

Di dalam kuliah maghrib tadi, dijelaskan peranan anak lelaki yang terus menerus bertanggungjawab kepada ibu bapa walaupun anak lelaki itu sudah berkahwin.

Namun ketaatan seorang anak perempuan bertukar kepada suami sesudah berkahwin.

TAMBAHAN SAYA untuk post ini yang tidak dijelaskan dalam kuliah tadi adalah:

[1] Walaupun seorang anak perempuan bertukar ketaatannya kepada suami namun IA BUKANLAH SEBUAH LESEN untuk bersikap kurang ajar dengan ibu bapa.

[2]  Saya tidak boleh menerima sebagai seorang anak kepada ibu bapa,  ada sesetengah anak yang berkata “aku terasa dengan ibu aku,  dengan ayah aku”.

[3] Walaupun mungkin kata-kata ibu atau ayah itu mengguris hati namun mereka itu adalah ibu bapa kita. Yang melahir dan membesarkan kita.

[4] Tidaklah baik di sisi Allah seorang anak samada lelaki atau perempuan bercakap kasar dan kurang baik dengan ibu bapa.

[5] Walaupun kita sudah ada anak-anak,  namun semua ini bukanlah satu lesen atau tiket untuk bersikap kasar dan bercakap kurang baik kepada ibu atau ayah kita.

[6] Mari kita sedari,  kita ingin anak-anak kita berperangai baik pada kita. Menghormati kita.  Bersikap lemah lembut dengan kita. 

[7] Namun JANGAN LUPA yang kita ini juga seorang anak kepada ibu bapa kita. 

[8] Ingatlah suatu masa walaupun seorang anak perempuan mendapat redha suami, namun bagaimana pula dengan redha seorang ibu dan seorang ayah?

[9] Saya selalu ingatkan kepada isteri saya,  walaupun ketaatan beliau kepada saya,  namun itu bukan satu tiket untuk dia tidak pedulikan hati dan perasaan ibu dan ayah beliau.  Alhamdulillah,  isteri sangat menghormati ibu dan ayah beliau.

[10] Berhati-hati berbicara dengan ibu dan bapa kita.  Diam dan maafkan mereka sekiranya mereka berkata sesuatu yang mungkin mengguris hati kita.

[11] Kerana apa jua alasan pun,  MEREKA ADALAH IBU BAPA KITA. 

[12] Saya katakan pada isteri saya,  sekiranya mak saya hendak mengatakan saya ini “bodoh” pun saya terima kerana dia adalah mak saya.

[13] Tetapi syukur Alhamdulillah,  mak saya bukan jenis yang sebegitu. Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah.

“Ya Allah rahmati ibu bapa kami,  redhai mereka dan tempatkan mereka bersama golongan hambaMu yang beriman ya Allah.  Aaminn… Aaminn.”

Fuad Latip
27 Disember 2015

Facebook Comments

  • FB GROUP JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Komunikasi dengan Allah SWT menjadikan kita sentiasa berada di dalam keadaan Ihsan. Apakah Ihsan? Anta’budallah ka annaka taraah, fa’illam takun taraah, fa’innahu yaraak. Engkau mengabdi kepada Allah seperti engkau melihatNya. Jika engkau tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Komunikasilah agar kita sentiasa sedar akan Allah SWT sentiasa dekat dengan kita dan melihat apa yang kita lakukan.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword