Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

Lakukan Sesuatu Walaupun Tidak Suka

24 June 2015 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

FacebookGoogle GmailYahoo MailWordPressTwittermore

Bismillah hirRahmanir Rahim

[A] Di dalam surah Ali Imran, 3:19 [1], Allah menyatakan bahawa Agama yakni CARA HIDUP yang diterima dan diredhai oleh Allah adalah Islam.

[B] Islam bermakna tunduk pada Allah.

[C] Untuk tunduk pada Allah, kita perlu menerima Allah satu-satunya Tuhan dan tiada yang lain apa jua pun layak diangkat sebagai Tuhan.

[D] Bukannya Allah itu Tuhan yang kita terima dan yang lain bukan tuhan kita. Memahami sebegini bermakna kita menerima yang lain juga tuhan tetapi bukan tuhan kita sahaja. Ini penerimaan dan pengakuan yang syirik.

[E] Sekali lagi pengakuan yang benar adalah Allah satu-satunya Tuhan dan tiada apa jua pun yang LAYAK diangkat sebagai Tuhan.

[F] Untuk menerima hanya Allah sebagai Tuhan kita dan yang lain tidak layak diangkat sebagai Tuhan, maka kita perlu dahulu menerima segala ketentuan yang ditetapkan Allah.

*************
Saya masih teringat ketika saya berbual dengan seorang yang memegang post penting di UiTM. Beliau sebenarnya tidak mahu menerima post tersebut.

Sudah banyak kali beliau menolak dan akhirnya kerana sudah tiada alasan lagi untuk menolak ketika itu, beliau menerima. Dan beliau sangat bagus dalam melaksanakan tugas yang beliau tidak suka itu.

Saya tanyakan kepada beliau, bagaimana Tuan boleh bekerja dengan baik sedangkan post ini seringkali Tuan tidak mahu menerimanya?

Beliau menjawab dengan jawapan, “saya belajar menerima sebuah hakikat pada saat ini saya dikehendaki Allah untuk memegang post ini”.

***************
Ketika beliau menerima dan menyedari hakikat, maka sebenarnya beliau tidak sekadar menerima af’al (perbuatan) Allah tetapi beliau menerima Allah. Menyedari diri tiada daya melainkan sekecil sahaja daya yang didayakan oleh Allah. Dengan kata lain, kita ini tiada apa-apanya.

Ketika menyedari Allah setiap saat hidup ini bahawa tiada lain melainkan Allah sebagai Tuhan dan yang lain tidak ada satu pun yang layak diangkat sebagai Tuhan, maka pastinya kita ini TUNDUK dan PATUH padaNya.

Dengan memahami hal ini, sekiranya kita masih tidak mampu TUNDUK dan PATUH pada Allah, sebenarnya kita masih lagi ada “TAPI-TAPI” dalam menerima kehendakNya lalu sudah pasti sukar menerima Dia sebagai Tuhan.

*************
Redha atau menerima bukanlah sesuatu yang boleh dibuat-buat dengan fikiran. Kita tidak mampu redha dan menerima Allah tanpa Allah yang menurunkan ilham masuk ke hati kita hingga kita mampu redha dan menerima Allah.

Ayat [2] jelas menunjukkan bahawa iman itu sebuah pemberian daripada Allah dan kita hanya perlu memohon kepadaNya.

Fuad Latip
24 Jun 2015

[1] Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Sesungguhnya agama [yang diridhai] di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab [3] kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian [yang ada] di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya. (19) (QS, Ali Imran,3:19)

[2] Dan ketahuilah olehmu bahwa di kalangan kamu ada Rasulullah. Kalau ia menuruti [kemahuan] kamu dalam beberapa urusan benar-benarlah kamu akan mendapat kesusahan tetapi ALLAH MENJADIKAN kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kederhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus, sebagai kurnia dan nikmat dari Allah. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.  (QS: Al-Hujurat, 49: 7-8)

Facebook Comments

  • FB GROUP JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Mohonlah pada Allah untuk minta diajarkan sesuatu perkara akan mampu menundukkan ego. Ini kerana seseorang yang minta diajar, pasti sedar dirinya adalah bodoh, lemah, tidak berdaya, tidak tahu dll. "Ya Allah, ajari aku bagaimana mahu beribadah kepadaMu ya Allah. Ajari aku bagaimana untuk dekat denganMu ya Allah. Ajari aku untuk memiliki kebahagiaan ya Allah"
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword