Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

JPHBT: Bersyukur atas Takdir Sebuah Ketetapan

14 May 2015 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

FacebookGoogle GmailYahoo MailWordPressTwittermore

SEDAR HAL DI BAWAH INI, SAUDARA TIDAK AKAN SOMBONG DAN EGO.

Takdir yang dilihat dari pandangan hakikat adalah KETETAPAN yang tidak akan berubah lagi. Ketetapan siapa? Ketetapan Allah.

Namun di dalam beramal, beribadah dan beraktiviti, “just do it” asalkan mematuhi syariat.

Sedar, apa yang kita jalankan itu adalah takdir yang ditetapkan.

__________________________
Bersyukur yang awal itu bukanlah terima kasih kerana doa kita dimakbulkan.
Bersyukur yang awal itu bukanlah terima kasih kerana apa yang kita miliki.
Bukan semua ini yang awalnya. Semua ini kemudian.

Ada bersyukur yang lebih awal daripada hal-hal seperti di atas.

Mulai hari ini, pastikan awalnya bersyukur hal yang akan saya jelaskan ini. Kemudian pasti terima kasih atas yang lain akan menyertai.

__________________________

Bersyukur yang awal adalah terima kasih tidak terhingga kita kepada Allah KERANA MENETAPKAN DALAM TAKDIRNYA itu sebuah takdir untuk kita seperti mana kita jadi seperti hari ini.

Bersyukur awalnya kita kepada Allah kerana dalam TAKDIRNYA yang merupakan satu KETETAPAN yang tidak akan berubah lagi bahawa takdirNya itu menjadikan kita seperti ini.

Bersyukur awalnya kita kepada Allah kerana dalam TAKDIRNYA yang merupakan satu KETETAPAN yang tidak akan berubah lagi bahawa pada waktu sekian-sekian kita menerima rezeki, kesihatan yang baik dan pelbagai lagi.

SEBUAH KETETAPAN YANG TERTULIS DI LUH MAHFUZ.

__________________________

Sebagai contoh, ketika saya memiliki rezeki, bersyukur awalnya bukanlah saya berterima kasih kerana doa saya untuk memiliki rezeki dimakbulkan.

Sombongnya saya andai saya bersyukur seperti ini kerana berasakan DOA AKULAH YANG MENYEBABKAN AKU MENERIMA REZEKI setelah dimakbulkan Allah.

Apakah kalau kita tidak berdoa, rezeki yang DITETAPKAN itu tidak kita miliki?

BUKAN PULA SAYA KATAKAN TIDAK PERLU BERDOA. Syariatnya berdoalah kerana kita ini hamba yang fitrahnya meminta.

Namun HAKIKATnya KITA BERDOA itu pun adalah sebuah TAKDIR yang memang sedia ada dalam TAKDIR yan sedia DITETAPKAN oleh Allah.

Sebuah TAKDIR bahawa pada waktu sekian-sekian KITA AKAN BERDOA. Sebuah TAKDIR bahawa pada waktu sekian-sekian, inilah DOA kita.

__________________________

Bersyukur awalnya saya ketika menerima rezeki adalah…..

TERIMA KASIH SAYA PADA ALLAH BERSAMA PUJI-PUJIAN UNTUKNYA kerana di dalam SEBUAH KETETAPAN TAKDIRNYA, saya menerima rezeki.

Allahuakbar…… andai saudara bersyukur akan hal ini, saudara pasti rebah sujud padaNya.

Allah Yang Maha Baik, Maha Kasih Sayang dan Rahmat mengaturkan sebuah KETETAPAN yakni TAKDIRNYA bahawa kita ditetapkan jadi seperti kita hari ini.

Dengan kerja kita, dengan siapa diri kita hari ini, dengan diri kita sebagai suami/isteri, ayah/ibu kepada anak-anak, sebagai anak dan sebagainya dengan rezeki kita, dengan kesihatan, dengan hal lainnya yang HAKIKATNYA adalah sebuah KETETAPAN ALLAH atas diri kita.

Bersyukurnya kita kerana kita dipilih Allah di dalam TAKDIRNYA sebagai orang Islam dan kita sangat berharap di dalam TAKDIRNYA kita ini DITETAPKAN ALLAH sebagai hambaNya yang beriman.

Kita sangat berharap di dalam TAKDIRNYA kita ini DITETAPKAN ALLAH sebagai ahli syurga yang tidak sekadar dapat memasuki syurgaNya bahkan lebih hebat lagi kita dapat bertemu dan melihat PEMILIK SYURGA yakni DIA…. Allah subhanahu wataala.

_________________________
LATIHAN

1. Duduklah diam dan tenangkan diri
2. Sedar dan ingatlah pada Allah.
3. Sedarlah bahawa aku sekarang ini dalam takdir yang ditetapkan oleh Allah. Betapa nikmatnya hidup ini ketika Allah menetapkan ke atas aku seperti apa yang aku jadi dan miliki hari ini.
4. Teruslah bersyukur awalnya begini setiap saat hidup ini.

Allah…. Allah….. Allah….

Fuad Latip
14 Mei 2015

  • FB GROUP JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Ego itu merupakan rasa ke'Aku'an. Apabila kita jauh dengan Allah SWT, kita akan berasa ego. Mengapa? Kerana kita lupa diri yang kita ini hanyalah insan yang hanya berdaya dengan kekuatan yang sedikit sahaja dialirkan oleh Allah SWT. Jika kita memiliki kesedaran tertinggi kepada Allah SWT, pasti kita tidak akan ada rasa ke'Aku'an ini kerana kita sedar siapa kita.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword