Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

Penyelesaian Hati Yang Sempit

10 March 2015 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

FacebookGoogle GmailYahoo MailWordPressTwittermore

Sempit Hati

Bismillah hirRahmanir Rahim

(1) Setiap hari jika ada apa yang berlaku dalam kehidupan saya atau sekeliling saya, fikiran saya akan mula merujuk kembali ayat-ayat Al-Quran yang saya ingat.

(2) Saya tidak ingat atau hafal Al-Quran. Disebabkan saya suka berulang kali membaca terjemahan Al-Quran, ada banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian membuatkan saya teringat ayat-ayat tertentu di dalam Al-Quran.

(3) Pagi ini saya teringat ada dua ayat yang mengajar saya bagaimana menyelesaikan masalah kesempitan hati.

(4) Pertamanya harus kita faham mengapa hati ini menjadi sempit? Kerana kita sering tidak sedarkan Allah. Melepaskan kesedaran kita yakni Ihsan kepadaNya. Sedar kita sekejap ada sekejap menghilang.

(5) Lalu disempitkan oleh Allah hati kita ini sehingga kita berasa kehidupan kita sangat sempit. Bacalah ayat Surah Ta Ha yang saya lampirkan ini [1].

(6) Ketika hati sempit, sedarilah ia merupakan seksaan Allah. Sangat takut ketika hati kita sempit, Allah seksa lagi kita di hari kiamat dalam keadaan buta. Nauzubillah.

(7) Nah! Ketika sedar hati kita yang sempit ini, gundah gulana, tidak puas hati, berasa kita sahaja benar, dengki, sakit hati, terhimpit…. KETAHUILAH bahawa semua ini adalah seksaan Allah.

(8) Lalu kembalilah segera kepadaNya kerana tidak ada yang lain mampu membuang kesempitan itu kecuali Allah. Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un.

(9) Lihatlah surah Al Naml [2] Allah bertanya kita apakah ada Tuhan lain yang turut sama denganNya? TIDAKKKK….. Allah Yang Maha Esa. Hanya Dia satu-satunya berhak sebagai Tuhan kita. Semua yang lain hanyalah makhlukNya yang fana.

(10) Al-Quran adalah pesanan-pesanan dari Allah sangat membenarkan apa yang berlaku di sekeliling kita.

(11) Benarlah seandainya kita diam dalam sedar dan berfikir dalam kesedaran padaNya lalu mengamalkan, ia lebih baik dari solat sunat 1000 rakaat.

(12) Tiada jalan lain melainkan kembali dengan benar kepadaNya. Harus tahu ke mana kembalinya kita. Maka kerana itu TAUHID itu sangat penting agar kita tidak tersalah kembali.

Allahuakbar…. Allahuakbar…. Allahuakbar….

Fuad Latip
10 Mac 2015

[1] QS: Ta Ha 20:124

[2] QS: al-Naml 27:61

  • FB GROUP JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Allah SWT sentiasa mencintai kita. Namun untuk kita merasai cinta AllahSWT hanyalah dengan satu cara iaitu kita mesti mencintaiNya. Rasa cinta itu hanya mampu kita miliki apabila kita juga menyintai.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword