Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

SAHUR, Sebuah Amanah Pada Tuhan

7 July 2014 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

FacebookGoogle GmailYahoo MailWordPressTwittermore

#JPHBT #RAMADHAN : SAHUR, Sebuah Amanah Pada Tuhan]

Bismillah hirRahmanir Rahim

Sangat menarik untuk membuat penyelidikan tentang kesan sahur ke atas jiwa dan jasad.

Ternyata ketika sahur, tujuan utamanya bukan untuk makan agar tidak lapar di siang hari.

Ketika Sahur, keadaan alam dan diri berada pada gelombang rendah yakni alpha dan theta. Kita bangun dari tidur daripada gelombang delta ke gelombang alpha dan theta.

Kita mulakan hidup kita pada gelombang rendah ini untuk mengharungi kehidupan sibuk siang hari di mana penuh dengan gelombang beta. Gelombang beta yang penuh pemikiran dan kehendak nafsu yang stress.

Kita mulakan dengan keadaan di mana ilham mudah ditangkap dengan syarat beriman, berislam dan berihsan. Ilham dari Allah untuk menjalankan aktiviti hari ini.

Sahur membuktikan kita makan dalam keadaan tidak lapar. Tiada bernafsu makan namun tetap makan.

Kita bangun bukan kerana lapar tetapi bangun atas amanah dan tanggungjawab kita pada Tuhan demi sebuah latihan untuk kuat sedar padaNya.

Sahur adalah amanah memberikan kenderaan ini yakni sang jasad sekadar keperluan nya untuk hidup yakni makanan.

Sahur melatih untuk kita bangun melawan ngantuk dan sedapnya tidur demi sebuah amanah kita.

Sahur membezakan puasa kita dengan puasa yahudi yang menunjukkan jelas siapa yang benar-benar bangun melawan kehendak nafsu demi Tuhan kita atau sekadar lapar dah dahaga sahaja.

Sahur adalah penzahiran niat kita untuk mula berpuasa jiwa dan raga demi Tuhan.

Inilah sahur. Ia nampak kecil namun kesannya sangat besar.

Jangan sesekali melupakan sahur. Dan jangan tidur kembali selepas solat subuh demi mengekalkan gelombang rendah yang dimiliki sebaik bangun sahur.

Fuad Latip
7 Julai 2014

[#JPHBT #RAMADHAN : Memahami Bagaimana Mengawal Nafsu]

1 July 2014 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Bismillah hirRahmanir Rahim

Pagi ini sebaik sampai di pejabat, ada beberapa pelajar ingin berjumpa saya. Berbual-bual dan mereka menceritakan kehidupan di kolej.

Mereka menceritakan tentang sahabat di kolej yang selalu sakit hati dengan mereka.

Saya memberikan firman Allah agar mereka sabar.

“Di dalam hati mereka ada penyakit, maka Allah menambah penyakit tersebut, dan mereka akan mendapatkan seksa yang pedih akibat apa yang mereka dustakan“. (QS. al-Baqarah, 2,10)

Sakit itu adalah seksaan Allah. Ternyata ia adalah hati kita namun kita tidak mampu menguasainya. Kerana sebenarnya Allah menggenggam hati-hati kita sehingga apabila kita tidak SEDAR padaNya, Allah mengilhamkan fujur yakni keburukan hingga kita tidak mampu membezakan yang baik dan yang buruk.

Ketika jiwa difujurkan Allah melalui syaitan, maka kita akan sentiasa berasa benar sedangkan salah.

Saya terangkan, puasa adalah melatih untuk kuat sedar ke Allah. Sedar bahawa kehendak yang ada seperti makan, syahwat, harta benda, beli belah dan umpamanya adalah nafsu yakni kehendak tubuh badan ini, sang jasad.

Ketika jasad melemah, seharusnya kita kuat sedar ke Allah. Ketika sedar pada Allah, di saat itu kita mampu menangkap ILHAM TAQWA dari Allah. Inilah yang dikatakan orang yang beriman yang berpuasa itu pasti mendapat TAQWA.

Puasa melemahkan jasad dengan menyekat semua kehendaknya di siang hari. Ketika iftar, kita sekadar memberikan jasad keperluannya sahaja. Bukan makan sehingga buncit hingga tidak mampu mendirikan solat.

Praktikalnya, SEDARI…ketika inginkan sesuatu..oh ini kehendak jasad. Adakah ia keperluan atau kehendak yang melebihi.

Sebagai contoh, jika lihat makanan sewaktu berpuasa, kita bagaikan boleh makan ayam panggang sebesar gunung. Walhal kita tidak mampu. Itulah nafsu sepertimana kata Nabi Yusuf “Sesungguhnya nafsu itu sentiasa mengajak kepada kejahatan.” (Yusuf: 53).

Bermakna nafsu itu sentiasa membawa kepada berlebih-lebihan. Sentiasa lebih daripada fitrah yakni keperluannya.

Puasa menyekat kita daripada kehendak jasad agar menyedari diri yang hakiki. Kita adalah yang sedar kuat kepada Allah. Yang mengikuti sang Ruh yang sentiasa basyirah dan merespon ilham yang turun daripada Allah.

Ketika ada kehendak itu ini…. SEDARLAH…oh itulah nafsu. Aku tidak harus mengikuti nafsu.

Ketika ingin berlebih-lebihan… SEDARLAH oh.. inilah nafsu.. Aku tidak sesekali akan tunduk.

Ketika hati sakit.. SEDARLAH..oh aku difujurkan Allah kerana tidak sedar kepadaNya. Istighfarlah…istighfarlah… mohon ampun dari Allah. Mohon agar Allah lapangkan dada hingga hati ini lapang-selapangnya.

BERPUASALAH DENGAN BENAR. Yakni yang benar-benar melatih diri untuk tidak mengikuti kehendak jasad yakni nafsu.

Subhanallah. Indahnya hidup ketika sentiasa menyedari Allah.

Fuad Latip
31 Julai 2014

Artikel dari fuadlatip.com
http://www.fuadlatip.com/v1/2014/07/ramadhan-memahami-mengawal-nafsu/

  • FB GROUP JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Allah SWT sentiasa mencintai kita. Namun untuk kita merasai cinta AllahSWT hanyalah dengan satu cara iaitu kita mesti mencintaiNya. Rasa cinta itu hanya mampu kita miliki apabila kita juga menyintai.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword