Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

[JPHBT: Panduan Mendapatkan Anak Lelaki atau Perempuan]

24 February 2014 | 2 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

FacebookGoogle GmailYahoo MailWordPressTwittermore

Untuk ibu bapa muda yang masih terus merancang mendapatkan anak.

Petang tadi, isteri saya berjumpa Doktor O&G di Pusat Perubatan Salam, Shah Alam. Keputusan jantina untuk anak ke-4 kami yang bakal lahir julai nanti adalah lelaki.

Jika ini menjadi kenyataan semasa isteri bersalin nanti, maka lengkaplah anak saya 4 orang berselang seli perempuan, lelaki, perempuan dan lelaki. Ia seperti yang kami rancang.

NAMUN SEMUANYA ADALAH KEHENDAK ALLAH YANG TELAH DITETAPKAN sehingga pada syariatnya kelihatan doa dan usaha kami dimakbulkan. Sedangkan hakikatnya ia adalah sebuah KETETAPAN.

Semua ini adalah agar kami hambaNya lebih bersyukur dan terus sentiasa setiap saat menyedariNya ketika melihat aturan Allah yang sangat hebat ini.

*****
Saya masih ingat ketika baru berkahwin pada tahun 2005, saya dan isteri ingin tahu apakah petua untuk mendapatkan anak lelaki atau perempuan.

Kami sama-sama sentiasa berkomunikasi dengan Allah bertanyakan cara terbaik untuk mendapatkan anak lelaki atau perempuan.

Alhamdulillah, kami dijumpakan oleh Allah dengan satu kaedah dikenali sebagai Kaedah Shettles.

Kami berusaha mengikut kaedah ini dalam perancangan keluarga. Dengan izin Allah, Alhamdulillah apa yang dirancang SELARI dengan KETETAPAN ALLAH. Ia menjadikan kami lebih bersyukur malah tersungkur sujud kepadaNya.

******
Kaedah Shettle melihat dari sudut hukum Allah atau dikenali sebagai saintifik. Namun semuanya adalah kehendak dan izin Allah adanya.

Dalam kajian kaedah ini, untuk mendapatkan anak perempuan, sperma dan ovum harus disenyawakan di awal ovulasi isteri. Ini kerana sperma yang membawa genetik Y (untuk anak lelaki) bergerak sangat laju berbanding sperma yang membawa genetik X (untuk anak perempuan).

* X ibu + Y ayah = XY anak lelaki
* X ibu + X ayah = XX anak perempuan
Gen dari ayah menentukan jantina anak.

* Sperma Y = Laju tetapi cepat mati
* Sperma X = Perlahan tetapi lambat mati

* Keadaan rahim isteri
Keadaan asid = Anak perempuan
Keadaan kurang asid = Anak lelaki

Persenyawaan perlu berlaku di dalam rahim.

Apabila suami dan isteri “bertasbih” di awal ovulasi, ovum (telur daripada ibu) masih berada di hujung tiub falapio, maka sperma Y yang sampai di dalam rahim isteri tidak akan bertemu dengan ovum di dalam rahim. Maka tidak akan terjadi anak lelaki mengikut saintifik.

Beberapa hari selepas itu, ovum terhasil dan bergerak dari tiub falapio ke dalam rahim dengan mengambil masa kira-kira 5 hari selepas ovulasi. Ketika itu sperma X yang masih hidup sampai ke dalam rahim. Maka terjadi persenyawaan antara sperma X dan ovum (X) lalu terhasil anak perempuan (XX).

Untuk Mendapatkan Anak Perempuan:
“Bertasbih” lah suami dan isteri hari ke-5 selepas bersih dari haid hingga hari ke-7 atau 8. Jika dapat pastikan keadaan berasid di mana isteri tidak digalakkan sampai ke tahap orga***s.

Untuk Mendapatkan Anak Lelaki
“Bertasbih” lah suami dan isteri hari ke-9 selepas bersih dari haid hingga hari ke-11.

Ketika ini, ovum isteri telah sedia ada di dalam rahim. Disebabkan sperma Y bergerak laju, maka sperma Y bertemu ovum di dalam rahim isteri terlebih dahulu berbanding sperma X.

Maka keberangkalian untuk terjadinya anak lelaki (XY) adalah tinggi.

Beruntunglah kita kerana ada beberapa tool secara atas talian (online) percuma untuk mengetahui tarikh yang sesuai untuk mendapatkan anak lelaki atau perempuan.

Saya dan isteri sangat suka menggunakan tool untuk kaedah Shettles ini seperti link di bawah kerana tool di laman web ini lebih tepat dan mudah.
http://www.momswhothink.com/component/womancalendar.html

Selamat mencuba. Namun jangan lupa bahawa semuanya adalah kehendak Allah mengikut KETETAPANNYA. Peganglah hakikatNya namun jalankan terus usaha dan ikhtiar selagi kita masih belum mengetahui takdir yang bakal kita lalui.

Kita akan sentiasa sedar bahawa diri kita sekadar Lahaula wala quwwata illah billah. Pastinya kita akan sentiasa kembali yakni sedar padaNya setiap saat hidup kita …. innalillahiwainnailaihirojiun di dalam kita menjalankan tugas kekhalifahan ini sebagai wakilNya.

Dengan memahami indahnya aturan Allah, kita akan lebih sedar bukan sekadar kehambaan kita malah sedar kefanaan kita dan KeTuhanan Allah SWT.

“ya Allah kami lakukan semua ini keranaMu. Sesungguhnya solat kami, ibadah kami, hidup kami dan mati kami hanya untukMu ya Allah. Semata-mata keranaMu ya Allah.”

Fuad Latip
24 Feb 2014

TAMBAHAN:
Petua Ibu Mertua:
Ikan membuatkan rahim kurang berasid berbanding ayam. Untuk anak lelaki, isteri perlu banyak makan ikan berbanding ayam dan sebaliknya. Wallahuaklam.

Incoming search terms:

[JPHBT: Ikhlas Di dalam Memberi dan Menerima]

18 February 2014 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

2014-02-18 09.35.10

Bismillah hirRahmanir Rahim

MEMBERI:

Kita biasa dengan kata-kata “Berilah dengan ikhlas”. Kita faham berilah dengan ikhlas itu adalah berilah kerana Allah SWT. Lalu kita disedarkan lagi berilah kerana Allah itu bermakna berilah tanda syukur kita pada Allah.

Izinkan saya jelaskan dengan mudah dalam hal ini.

Berilah dengan Ikhlas bermakna Si Pemberi harus memberi dengan menerima Allah. Apa yang dimaksudkan menerima Allah? Terimalah kehendak Allah atas rezeki dalam apa jua bentuk yang kita ada. Ketika kita menerima Allah dengan benar, inilah yang dimaksudkan dengan Ikhlas.

Ketika kita menerima Allah dengan benar (Ikhlas) maka pasti ada kekuatan untuk kita memberi. Maka sebenarnya ikhlas itu lebih awal daripada perbuatan memberi. Bukan sama waktu ketika memberi, ketika itu barulah bermulanya ikhlas.

Contoh mudah, Ketika saya menerima kesihatan yang baik ini daripada Allah yakni bersyukur dan berterima kasih, maka pasti saya mudah membantu yang lain. Saya faham rezeki kesihatan yang baik ini perlu disebarkan dengan membantu yang lain. Andai saya kata saya bersyukur namun tidak membantu yang lain, maka sebenarnya syukur itu sekadar “perasan sendiri diri bersyukur”.

Inilah yang dikatakan Allah dalam surah Al-Zukhruf,
“Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah, Kami adakan baginya syaitan maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk.”
(QS: Al-Zukhruf, 43: 36)

Mereka sangka mendapat petunjuk, menyangka sudah bersyukur namun ternyata masih belum.

Ketika saya memahami sesuatu perkara, saya menerima dan berterima kasih pada Allah dengan kefahaman itu lalu saya sebarkan kefahaman ini. Maka ketika itu jadilah pemberian itu kerana Allah.

Ketika saya mendapat rezeki wang atau harta lebih daripada keperluan, saya menerima kehendak Allah menetapkan saya menerima rezeki tersebut dan faham saya perlu menyebarkan rezeki itu, maka pasti ada petunjuk, kesedaran dan kekuatan untuk memberi.

Ikhlas itu diawal sebelum perbuatan memberi lagi.

**************************************
MENERIMA:

Memberi itu sering dititik beratkan dengan Ikhlas namun seringkali terlupa bahawa MENERIMA JUGA HARUS IKHLAS. Ikhlas bukanlah sesuatu yang boleh direka-reka. Lalu bagaimana?

Ketika menerima, sedarlah bahawa Allah menetapkan takdirNya pada hari dan saat tersebut kita menerima sesuatu. Tidak kiralah menerima sesuatu dalam bentuk wang, harta, ilmu atau lain-lain pertolongan.

Di saat kita menerima takdir ini, maka kita pasti akan menerima apa jua pemberian samada kita sudah tahu ilmu tersebut, kita tidak perlukan pertolongan pun, namun kita tetap terus menerima dengan berterima kasih dan menghargai.

Maka ikhlas itu lebih awal daripada perbuatan menerima. Bukannya ikhlas bermula dengan menerima.

**************************************

KESIMPULAN:

Samada memberi ataupun menerima, hal pertama samada kita si pemberi atau si penerima, kedua-duanya perlu menerima takdir Allah yakni ikhlas dengan Allah. Ikhlas yang dimaksudkan adalah ikhlas dengan Allah, menerima kehendakNya, takdirNya. Berterima kasih dan bersyukur padaNya.

Ketika si pemberi ikhlas menerima Allah, pasti pemberi berterima kasih pada Allah. Bersyukur padaNya. Kemudian pasti ada petunjuk, kesedaran dan kekuatan untuk memberi. Lalu memberi menjadi ringan dan mampu melepaskan apa yang diberikan.

Ketika si penerima ikhlas menerima Allah, pasti ada kesedaran dan bersyukur pada Allah dengan takdirnya saat itu si penerima menerima rezeki dari Allah melalui si pemberi. Lalu pasti menerima dengan hati yang lapang hasil daripada sedar ia sebuah ketetapan Allah. Pasti menghargai dan berterima kasih pada si pemberi kerana menjadi wakil Allah dengan baik dengan sanggup menyebarkan apa yang dimiliki oleh si pemberi.

UNTUK MEMBERI DENGAN IKHLAS
Menerima/berserah/redha dengan Allah –> diilhamkan taqwa (petunjuk, kekuatan, kesyukuran) –> mampu melepaskan harta benda/ilmu etc.

UNTUK MENERIMA DENGAN IKHLAS
Menerima/berserah/redha dengan Allah –> diilhamkan taqwa (petunjuk, kekuatan, kesyukuran) –> mampu menghargai dan berterima kasih kepada yang memberi.

“Ia (iblis) berkata Tuhanku, oleh karena Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat , aku pasti akan jadikan ( kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi dan aku akan menyesatkan mereka semuanya kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas”
(QS Al-Hijr : 39 – 40)

“ya Allah, ajarilah kami untuk menjadi hambaMu yang ikhlas ya Allah. Terima kasih ya Allah, terima kasih.”

Fuad Latip
18 Feb 2014

Incoming search terms:

Belajar untuk….

15 February 2014 | 1 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Bismillah hirRahmanir Rahim

Hidup… belajar menghargai. Namun apabila kita gagal benar-benar menghargai nikmat Allah (Asyik meminta sahaja) bagaimana mungkin kita mampu menghargai sesama manusia dan makhluk?

Hidup… belajar menerima. Namun apabila kita gagal menerima ketentuan Allah, bagaimana kita mampu menerima kekurangan dan kelemahan sesama manusia dan makhluk?

Hidup… belajar mendengar. Namun apabila kita asyik bercakap atau fikiran kita sentiasa berada dalam beta, berfikir termasuk hal yang tidak perlu (sentiasa mind-chat), bagaimana mungkin kita mampu mendengar? Bagaimana kita mampu menangkap petunjuk daripada Allah?

Hidup… belajar bersyukur. Namun apabila kita gagal bersyukur pada Allah, bagaimana kita mampu beterima kasih kepada manusia dan makhluk?

Mohon pada Allah agar diajarkan untuk menghargai, berserah/redha (menerima Allah), mendengar dan berterima kasih.

“ya Allah kami mohon agar dikurniakan kami hati yang sentiasa menghargai, redha, mendengar dan bersyukur ya Allah. Terima kasih ya Allah, terima kasih.”

Fuad Latip
15 Feb 2014

  • FB GROUP JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    5 rukun islam itu mesti dilakukan dengan sengaja. Apa itu sengaja? Iaitu dilakukan dalam keadaan sedar. Ambil satu rukun iaitu solat. Ramai yang solat tapi tidak sedar yang dia sedang bersolat. Fikiran terbang merata-rata ketika solat. Ia termasuk dalam lalai di dalam solat.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword