Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

[Menjadi Hamba Yang Cukup] : Siri 1

28 January 2014 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

FacebookGoogle GmailYahoo MailWordPressTwittermore

Bismillah hirRahmanir Rahim

Alhamdulillah syukur pada Allah. Pagi ini saya ditakdirkan solat dhuha di Masjid SAAS Shah Alam.

Saya teringat ada sebuah soalan daripada sahabat iaitu,

“Fuad, boleh berikan doa dhuha yang ringkas?”

Lalu saya bawakan doa terakhir dalam doa dhuha iaitu

“Ya Allah, mohon ya Allah agar limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh”.

Saudara, doa terakhir ini sentiasa melindungi kita daripada kekayaan yang menakutkan yakni kekayaan yang mampu membuatkan kita melupai Allah.

Doa akhir dalam doa dhuha sebenarnya adalah doa untuk menjadikan kita ini HAMBA YANG CUKUP.

Kita memohon agar Allah limpahkan rezeki kepada kita sepertimana Allah limpahkan kepada orang-orang yang soleh.

Rezeki yang dinikmatkan kepada mereka yang soleh pasti rezeki yang baik-baik. Rezeki yang halal dan suci. Rezeki yang cukup. Rezeki yang mendekatkan lagi mereka kepada Allah.

Rezeki yang dilimpahi itu pasti TIDAK menjadikan mereka yang soleh itu hamba yang tamak, hamba yang sombong, hamba yang ego, hamba yang boros, hamba yang mengumpul harta hingga tidak pedulikan mereka yang memerlukan dan seumpamanya.

Kerana itu ketika sahabat meminta doa dhuha yang ringkas, saya berikan doa yang terakhir di dalam doa dhuha. Mengharapkan agar rezeki yang dilimpahi sama rahmat dan nikmatnya dengan rezeki orang-orang yang soleh.

Marilah kita sentiasa berdoa agar Allah sentiasa melimpahi kita rahmat dan nikmat sepertimana Allah melimpahkan rahmat dan nikmat kepada orang-orang yang Soleh.

“Ya Allah tunjukilah kami jalan yang lurus ya Allah. Jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka ya Allah. Bukan mereka yang Engkau murkai dan bukan mereka yang sesat ya Allah. Amin ya Allah, amin. “

Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah.

Fuad Latip
Pagi Yang Bahagia
28 Jan 2014

*****
“Ya Allah sesungguhnyanya waktu dhuha itu waktu dhuhamu,

kecantikan itu ialah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu,
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu
dan perlindungan itu perlindunganMu. ”

“Ya Allah jika rezekiku ada di langit, turunkanlah
dan jika ada di bumi, keluarkanlah,
jika sukar mudahkanlah,
jika haram sucikanlah,
Jika masih jauh dekatkanlah.

Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh”

Facebook Comments

  • FB GROUP JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Kita perlu sedar hidup ini adalah mencabar. Hidup ini memang susah. Hidup ini memang banyak masalah. Kesedaran ini membuatkan kita tahu yang diri kita tidak mampu mengharungi hidup ini tanpa bantuan Allah SWT. Jika kita sedar hidup ini susah, pasti kita akan BERSUNGGUH-SUNGGUH mengharapkan bantuan Allah SWT.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword