Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

Sebenarnya Mudah Untuk Sedar Allah Setiap Saat

27 October 2013 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

FacebookGoogle GmailYahoo MailWordPressTwittermore

Bismillah hirRahmanir Rahim

Sedar pada Allah setiap saat itulah IHSAN. Dalam bahasa mudah difahami…. sedarkan Allah.

Ingat itu bukan ihsan. Ingat itu masih level jasad yakni otak.

Sedar itu yakni ihsan adalah fitrah roh yang sentiasa ingin kembali ke Allah.

Namun diri yang sejati ini sering terhalang oleh nafsu jasad yang sentiasa ingin ke tanah… tempat asal jasad ini.

Semakin kuat kesedaran pada Allah, semakin diri sejati terlepas dari nafsu…. kehendak jasad.

Mohonlah pertolongan daripada Allah dengan sabar dan solat. Ia berat kecuali bagi yang khusyuk.

Mereka yang khusyuk adalah mereka yang sentiasa sedar Allah setiap saat. Maka sabar dan solat menjadi mudah kerana sedar lalu faham kehidupan ini… sebuah aturan Allah.

Benarlah sabar dan solat itu adalah jalan memohon pertolongan Allah.

Kita tidak mampu sabar kecuali disabarkan Allah. Lalu sentiasa berada dalam sedar Allah, Allah akan angkat darjat kita daripada tahu kepada memahami tentang sesuatu hal lalu sabar pasti menjadikan kita sentiasa melihat seluruh hidup kita ini dengan tenang dan akal mampu menilai baik buruk dengan baik sekali.

Solat adalah kemuncak pertemuan dengan Allah ketika masih bernyawa. Di dalam solat yang khusyuk ada riqqah turun masuk terus ke hati. Riqqah adalah sebuah kelembutan masuk ke hati. Ada perintah, petunjuk, kekuatan, idea, kefahaman dan sebagainya sehingga kita tahu apa perlu dilakukan untuk waktu seterusnya.

Apabila kita tidak memiliki khusyuk, jangan sesekali merendahkan yang lain menyatakan yang lain juga tidak memiliki khusyuk. Sebaliknya belajarlah untuk memilikinya.

Khusyuk bukan cakap-cakap sahaja. Jelas khusyuk itu ada seperti yang termaktub dalam Al Quran.

Tidak perlu susah-susah untuk ke Allah. Kenalilah Allah dengan ilmu mengenaliNya.

Namun sehebat mana pun penerangan, sehebat mana pun kitab karangan ulama, sehebat mana pun pengajian kitab, sebanyak mana pun air lautan andai menjadi dakwat, sehebat mana pun hujah… JANGAN SESEKALI BERGADUH DAN BERTEKAK UNTUK MENUNJUKKAN KEHEBATANNYA. Ia sekadar ilmu.

TInggi mana ilmu pun, TIDAK MUNGKIN MAMPU MENERANGKAN TENTANG ALLAH. Allah tidak sama seperti apa yang kamu fikirkan.

Maka yang utama di sini cukup sekadar ilmu yang dijelaskan Nabi dalam Al Quran tentang Allah LALU kembalilah kepadaNya. Ternyata sangat sederhana…. Allah itu dekat. Allah itu Maha Meliputi. Allah itu Maha Mendengar dan lain-lainnya lagi.

Kerana itu saya katakan… KETIKA KE ALLAH… TINGGALKAN SEGALA ILMU. Datanglah kepadaNya dengan “ummi” seperti bayi yang tidak mengetahui apa-apa.

Cuma yang ada hanya jiwa yang merendah ingin benar-benar kembali kepadaNya.

Kita tidak lagi memikirkan tentang Allah tetapi kita berada dalam keadaan kembali kepadaNya.

Lepaskan level tahu.. level ilmu. Biar praktikal. Tidak sekadar kata-kata seperti “kita kena fanakan diri”… “kita kena mati sebelum mati” dan pelbagai lagi yang mana semua itu lebih kepada level tahu dan ilmu.

Rojiun… kembalilah dengan benar. Selagi kita duduk membincangkan tentang Allah, kita tidak rojiun kepadaNya. Kita masih duduk di level tahu. Level ilmu. Tapi kita yang sedar yang sejati ini…. tetap tidak rojiun di ketika asyik berdebat tentang Allah.

(Baca ebook Vol 5: Sebuah Taman Yang Indah)

JPHBT tidak menitik beratkan perlu tahu ilmu itu ini. Kerana asasnya semua kita tahu Allah adalah Tuhan. Ia sangat sederhana sekali.

Cuba sekarang….
1. Diamkan diri dalam keadaan tenang sehingga benar-benar kita ingin ke Allah.

Andai belum ada rasa ingin ke Allah… diamlah… duduklah dengan baik. Lakukan lepas baca langkah-langkah ini.

Jangan buat sambil baca. Terganggu.

2. Ketika benar-benar mengharapkan Allah…. (bukan mengharapkan Allah selesaikan masalah kita)… TAPI KITA INGIN BENAR KE ALLAH atas kesedaran kita… biarkan dulu masalah kita. Allah lebih tahu cara penyelesaiannya kerana Dia yang mengaturkan masalah itu dan pasti Dia jua yang akan selesaikan dengan caraNya. Kita hanya pastikan menjadi hamba yang sentiasa sedar padaNya dengan memastikan menjadi hamba yang dipercayaiNya.

Setelah benar kita ingin datang kepadaNya…. lalu panggillah Allah…. “ya Allah” hingga kita dengar suara kita. Panggillah dengan penuh harap pada Allah….

“Ya Allah”….. diam sejenak…

Panggillah nama Tuhanmu….

Ya Allah… fitrah kita itu tidak mampu bertahan ketika benar-benar memanggil Allah.

Diamlah…. diam… kuatlah sedar padaNya… Allah Yang Maha Dekat… Maha Meliputi… Dia ada… ada sangat dekat. Namun kita selalu tidak sedarkanNya.

Kita sekadar hebat ilmu tapi jarang benar-benar datang kepadaNya.

Andai kita sentiasa kembali… datang kepadaNya… pasti kita bimbang andai status kita…. kata-kata kita sepertinya kita tahu semua tentang Allah… gaya penulisan kita sepertinya hebat semua dengan penuh soalan-soalan menguji kefahaman orang lain tetapi tiada perkongsian.

ya Allah… sangat mengerikan dan mohon maaf jika saya ada melakukannya.

Allahurabbi…. astaghfirullah…. astaghfirullah…. astaghfirullah.

Fuad Latip
Ahad yang damai.

Solat Tidak Sekadar Syukur

22 October 2013 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Bismillah hirRahmanir Rahim

Allah lebih tahu tentang diri kita lebih daripada kita sendiri tahu tentang kita. Allah lebih tahu keperluan kita. Lebih tahu keadaan diri kita.

Lalu sentiasalah menyedari Allah SWT setiap saat agar kita mampu untuk menangkap ilham yang diturunkan Allah buat diri kita.

Solat dan ibadah yang lainnya tidak sekadar kesyukuran kita pada Allah. Bukan juga sekadar untuk memohon kebaikan daripada Allah.

Solat dan ibadah yang lainnya adalah jalan untuk sentiasa kembali kepada Allah untuk mendapatkan petunjuk dan kekuatan. Setiap saat kita perlukan petunjuk dan kekuatan di dalam melaksanakan amanah serta tugasan sebagai wakilNya di muka bumi ini.

Kerana itu kita sentiasa sebenarnya bukan harus atau perlu tetapi wajib menyedari Allah yakni Ihsan agar hubungan kita dengan Allah tidak akan terputus pun walau satu saat hidup ini.

Amat malanglah andai ini sekadar teori dan tahu namun kita tidak pernah untuk merungkaikan serta memastikan bagaimana diri ini mampu menyedari Allah setiap saat. Buktinya sejauh mana kita berusaha untuk memastikan diri kita BUKAN sekadar ingat, bukan sekadar sedar sekejap-sekejap TETAPI SEDAR PADA ALLAH SETIAP SAAT….. ye SETIAP SAAT kehidupan kita ini.

Semoga kita lebih bermotivasi untuk memastikan diri kita sentiasa sedar kepada Allah setiap saat hidup ini justeru kita mampu menangkap ilham petunjuk dan kekuatan daripada Allah SWT di dalam meneruskan tugas kita sebagai khalifah yakni wakilNya di muka bumi ini.

Apa saja kita lakukan dalam Ihsan inilah yang diterima sebagai ibadah dan semua ini akan ditanggung dan dijawab di hadapan Allah. Tanggung dan jawab menjadi sebuah tanggungjawab kita.

Wallahualam.

Fuad Latip
22 Okt 2013

Affirmation Yang Benar

22 October 2013 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Bismillah hirRahmanir Rahim

?Lakukan sebelum memulakan sesuatu kerja, ia mudah dan benar-benar memotivasikan kita dalam keadaan sedar pada Allah. Disamping itu akan membuatkan kita sentiasa menjaga daripada fikiran dan tingkah laku kita daripada terus memikirkan/melakukan hal yang mengotorkan hati. ?

Kita sering terikut-ikut dengan “affirmation” iaitu berulang-ulang mengatakan sesuatu yang positif cara bukan Islam. Lalu kita membenarkan bahawa dalam Islam juga ada yakni tasbih, takbir, tahmid dan tahlil yang sering diulang-ulang agar kita mampu zikir (sedar dan ingat) sentiasa pada Allah.

Sedangkan ia terlalu jauh beza antara pujian pada Allah dengan “Affirmation” yang selalu dianjurkan.

Affirmation yang selalu dianjurkan itu sekadar kata-kata positif dan boleh jadi ia sebuah nafsu yang diperkuatkan (amplified) tanpa disedari.

Adalah lebih baik affirmation yang kita lakukan adalah puji-pujian pada Allah dengan bertasbih, bertahmid, bertakbir dan bertahlil. dan kemudian memohonlah pada Allah setelah kita mengagungkanNya.

Atau juga kita melakukan affirmation sebuah permohonan semata-mata kerana Allah. Contohnya….

“ya Allah, hambaMu ini memohon ya Allah agar diberikan petunjuk dan kekuatan untuk hambaMu ini menjadi hamba yang dipercayaiMu ya Allah. HambaMu ini ingin jadi hamba yang dipercayaiMu ya Allah. Ya Allah, bantulah hambaMu ini ya Allah untuk menjadi hamba yang dipercayaiMu ya Allah.”

Ketika berjalan atau melakukan kerja, teruskan affirmation pada Allah,

“Aku ingin menjadi hamba yang dipercayai Allah… aku ingin ya Allah.. aku pastikan aku menjadi hamba yang dipercayai Allah…..”

Ia lebih memotivasikan kita semata-mata kerana Allah. Bukan kerana kebendaan. Lalu kita akan lebih termotivasi dalam melakukan apa jua kerja dan menariknya kita sentiasa sedar apa yang kita lakukan walaupun dalam berbisnes, belajar dan sebagainya semuanya adalah sebagai wakilNya dan semata-mata untukNya.

Salam motivasi.

Fuad Latip
22 Okt 2013

Hujung Minggu Bersama Teman

6 October 2013 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Bismillahhir Rahmanir Rahim

Pertemuan bersama sahabat sesudah subuh pagi tadi cukup menarik.

Sesudah subuh di surau berdekatan, kami menaiki kereta ke Puchong Perdana bersarapan. Selesai sarapan, cari ayam segar di gerai tepi sungai puchong. Segar kerana masa itulah ayam baru disembelih dan diproses. RM7/kilo. Segar dan murah.

Kemudian kami ke kedai runcit untuk membeli ikan.

Sepanjang perjalanan semua ceritanya tentang sedar Allah.

Sahabat saya seorang kontraktor. Saya memberi CARA mudah andai gelisah dengan rezeki atau masalah lain.

Tidak sekadar sembang-sembang ilmu teori tetapi CARA yang mudah dan praktikal.

Saya kongsikan ketika kita gelisah, itu tanda kita tidak mampu redha dengan kehendak Allah. Jalannya hanya satu…. kuatkan kembali sedar Allah.

Cara terbaik pastilah solat. Rukuk dan sujudlah lebih lama. Namun TIDAK MEMOHON agar Allah selesaikan masalah kita atau apa yang kita gelisahkan.

Cukup sekadar panggillah Allah dalam hati dengan penuh kerendahan diri….. ya Allahhhhhhhhhhhhh biar hingga kuat sedar padaNya.

Selagi tidak sedar kuat pada Allah, diamlah terus rukuk atau sujud sambil di dalam hati terus “menjerit” memanggil Allah.

Dalam keadaan luar solat, takbirlah seperti dalam azan.

Membesarkan Allah hingga benar-benar jelas hanya Allah Yang Maha Besar. Yang lain bukan tidak besar atau besar sikit tetapi tidak wujud langsung.

Jeritlah dalam takbir hingga hati yang degil tidak mahu menerima Allah dan kehendakNya lebur lalu redha dengan Allah.

Panggillah Allah seperti dalam azan….lakukan sekarang saudara…..

Allahhhhhhhhhhhhh (hingga kuat terasa sambung dengan Allah) dan kemudian barulah membesarkan Allah… huakbar!!!

Hati itu akan tunduk cukup dengan memanggil Allah. Ternyata hati ini sebenarnya tidak sekuat mana. Cukup memanggil Allah, hancur leburlah ia.

Sekadar itu perkongsian dengan sahabat. Beliau menangis ketika saya sampai ke rumah dan turun dari kereta. Ada kesan kepada hatinya.

Mudah sahaja bercerita tentang Tuhan pada sahabat. Samada kita ingin berkongsi atau tidak sahaja.

Saya bukanlah hebat dan baik tetapi dengan perkongsian, kita juga mendapat kesannya sekali.

Selamat berhujung minggu.

Fuad Latip
6 okt 2013

  • FB GROUP JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Allah SWT sentiasa mencintai kita. Namun untuk kita merasai cinta AllahSWT hanyalah dengan satu cara iaitu kita mesti mencintaiNya. Rasa cinta itu hanya mampu kita miliki apabila kita juga menyintai.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword