Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

[EBOOK JPHBT]: Haji dan Umrah: Meningkatkan Kesedaran Kepada Allah

11 September 2013 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

FacebookGoogle GmailYahoo MailWordPressTwittermore

Alhamdulillah, syukur pada Allah. Ini adalah perkongsian atas sebuah pengalaman menjalani sebuah hakikat yakni bersyariat. Menunaikan umrah dalam kesedaran pada Allah SWT.

Semoga ada manafaat.

Download di
http://www.fuadlatip.com/jphbt

Saya ucapkan terima kasih tak terhingga kepada Tuan Haji Abdul Latip Talib yang telah menaja umrah saya. Pastinya Allah SWT akan membalas kemurahan hati beliau dalam merealisasikan niat saya yang lama terpendam. Terima kasih Pak Latip.

 

EBBOK JPHBT HAJI DAN UMRAH KECIL

JPHBT Adalah Coretan Seorang Hamba Menjalani Hakikat

11 September 2013 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

JPHBT Adalah Coretan Seorang Hamba Menjalani Hakikat. Tidak lagi berada dalam perbincangan ilmu hakikat. Menjalankan, menzahirkan dan semua artikel di JPHBT adalah artikel pengalaman sepanjang menjalani hakikat semalam, hari ini dan seterusnya.

*************
Bismillahhir Rahmanir Rahim

Permulaannya adalah KOMUNIKASI dengan Allah dan pasti nanti akan SEDAR Allah setiap saat.

Komunikasi ini bercerita dan memberitahu Allah. Tidak asyik memohon dan meminta sahaja.

Ceritakan dengan manja pada Allah apa yang difikirkan, dirasakan, dilihat, didengar…. apa jua samada positif atau negatif.

Allah Yang Maha Kasih dan Sayang pasti akan sentiasa memberi respon yang POSITIF.

Lalu nanti pasti akan sentiasa sedar padaNya.

***********

KEMUADIAN, Ketika setiap hari kuat SEDAR PADANYA….. Apakah saudara tidak rindukanNya untuk bercerita lagi?

Oh!!…. pasti sangat rindukan Allah dan kita menjadi khusyuk sentiasa denganNya. Menjadi sangat asyik dengan Allah.

Menjadi sangat yakin dan hanya Allah adalah satu-satunya tempat kita bergantung segala harap.

Pasti setiap hari bermanja dengan Allah dengan asyik bercerita denganNya. Pasti nanti solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah.

Kita tidak lagi duduk di level MEMAHAMI HAKIKAT. Tetapi menjalankan yakni MENZAHIRKAN HAKIKAT.

Lalu benarlah apa yang dikatakan (difirmankan) Allah bahawa “hanya zikir (menyedari) Allah jiwa menjadi tenang” [1].

Apakah sesuatu yang mustahil untuk menyedariNya SETIAP SAAT? Pasti saudara akan mampu menyedari Allah setiap saat kehidupan ini. Bukan sekejap-sekejap sedar. Bukan sedar ketika solat atau ketika ditimpa musibah sahaja.

Lalu jadilah kita hamba yang khusyuk….. yang asyik denganNya. Bukan sekadar memahami IHSAN tetapi benar-benar BERADA DALAM KEADAAN IHSAN.

Maka sangat mudahlah kita memohon kepada Allah dengan sabar dan solat. Kerana sabar dan solat itu sangat berat KECUALI bagi mereka yang khusyuk [2].

Ketika khusyuk yakni asyik dengan Allah, apakah berat sabar dan solat? Pasti tidak lagi. Menjadi sangat mudah SABAR dan SOLAT. Diri pasti akan redha dan menerima serta memahami aturan Allah.

Artikel JPHBT adalah artikel perjalanan hakikat seorang hamba. Tidak lagi membicarakan tentang hakikat. Tetapi menjalani hakikat yakni bersyariat dalam kesedaran, keimanan di dalam menegakkan rukun Islam.

Kenal Allah, lalu komunikasi denganNya. Berceritalah. Beritahu Allah. Bermanjalah denganNya.

Rujukan:
[1]: Al-Quran, Surah Ar-Ra’d, ayat 28
[2]: Al-Quran, Surah Al Baqarah 2, ayat 45-46

Fuad Latip
11 September 2013

  • FB GROUP JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Ego itu merupakan rasa ke'Aku'an. Apabila kita jauh dengan Allah SWT, kita akan berasa ego. Mengapa? Kerana kita lupa diri yang kita ini hanyalah insan yang hanya berdaya dengan kekuatan yang sedikit sahaja dialirkan oleh Allah SWT. Jika kita memiliki kesedaran tertinggi kepada Allah SWT, pasti kita tidak akan ada rasa ke'Aku'an ini kerana kita sedar siapa kita.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword