Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

[JPHBT Parenting] Menanamkan Keyakinan Anak Pada Allah

31 August 2013 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

FacebookGoogle GmailYahoo MailWordPressTwittermore

Alhamdulillah, Kakak Nasihah dan Abang Nuqman sangat yakin dengan doa-doa mereka. Latihannya sangat mudah. Jika baik, saudara boleh cuba praktikkan pada anak-anak saudara.

Apa yang saya lakukan untuk meningkatkan keyakinan anak-anak pada Allah adalah dengan meminta mereka berdoa pada Allah ketika sesuatu sudah sedia ada tanpa pengetahuan anak-anak.

Salah satunya adalah ketika mencari tempat letak kereta (parking) di hypermarket. Ketika saya sudah melihat adanya parking dalam kesesakan kereta yang lain, saya meminta Kakak Nasihah dan Abang Nuqman berdoa memohon pada Allah parking dengan ayat mereka sendiri.

Pelbagai ayat yang keluar dari mulut mereka. Ia sangat menarik pada diri saya mendengar mereka berdoa cara mereka sendiri.

Seperti contoh yang pernah didoakan kakak, “ya Allah, berikanlah parking pada kami ya Allah.”

Abang Nuqman pula, “ya Allah nak parking ya Allah.”

Mereka berdoa tanpa mengetahui yang saya sudah nampak adanya parking di barisan sebelah lain. Lalu ketika saya mendapat parking tersebut, saya katakan pada mereka….

“Alhamdulillah, Allah dengar apa yang kakak dan abang doakan. Cepat je kan Allah beri pada kita kan. Mari kita sama-sama ucap terima kasih pada Allah, Terima kasih Allah.”

Lalu mereka berterima kasih bersama-sama saya.

Ini adalah satu contoh ringkas yang selalu saya amalkan. Kita boleh menggunakan sesuatu yang sudah pasti ada untuk menanamkan justeru meningkatkan keyakinan anak-anak kita pada Allah.

Contoh lain dalam hal membeli barang yang mereka sukai.

Seperti contoh benar satu hari saya belikan mainan untuk Abang Nuqman. Sebelum memberikan mainan tadi, saya sengaja bersembang dengan Abang Nuqman,

“Abang, kalau ada mainan transformer (mainan yang sekarang diminatinya) best kan?,” Saya membuka ruang untuk bersembang.

“Haah… ayah belilah”, memang selalunya begitulah ayat yang keluar dari mulut beliau.

“Abang doalah dulu… doa pada Allah… ya Allah berilah duit pada Ayah, nanti ayah belikan mainan untuk abang”, selalunya dia akan terus berdoa.

Saya tidak berikan terus mainan yang saya siap beli tadi. Saya biarkan dulu tetapi saya katakan pada beliau,

“Alhamdulillah, kalau Abang Solat pasti lagi cepat Allah beri duit kat ayah. Nanti ayah beli abang mainan.”, inilah masa untuk meminta anak solat. Walaupun melatih anak solat sebabkan sesuatu, ia tidak mengapa. Yang utama kita ingin melatih diri anak-anak ini untuk datang ke Allah untuk apa jua perkara.

Ketika besar nanti, ketika beliau sudah kenal benar dengan Allah, beliau sendiri akan mengerti dan sedar solat itu didirikan bukan kerana inginkan sesuatu tetapi kerana Allah semata-mata. Pun begitu, boleh jadi ramai antara kita juga tidak mengerti dan merasai bagaimana mendirikan solat hanya kerana untuk Allah. Biasanya kerana kewajipan semata-mata.

Kembali kepada cerita tadi, selepas Abang Nuqman solat, barulah saya berikan mainan tadi. Saya kata pada beliau,

“Alhamdulillah, tengok ni bang, Allah beri duit pada Ayah. Allah dengar apa yang abang minta. Baik tak Allah? (jawapannya pasti “baik”). Kita ucap sama-sama terima kasih Allah. Ya Allah, terima kasih ya Allah beri Ayah duit. Dapat ayah beli mainan untuk Abang.”

Dan Abang Nuqman berterima kasih pada Allah.

Inilah latihan yang mudah saya amalkan kerana ini yang saya mampu buat masa ini untuk menanamkan keyakinan anak-anak saya pada Allah. Alhamdulillah ia sangat berkesan pada anak-anak saya sejak 3-4 tahun saya amalkan.

Terima kasih ya Allah, terima kasih.

Fuad Latip
31 Ogos 2013

Kakak Nasihah, Abang Nuqman, Adik Ya

Kakak Nasihah, Abang Nuqman, Adik Ya

JPHBT PRAKTIKAL: MENTENTERAMKAN JIWA YANG GELISAH

23 August 2013 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Bismillahhir Rahmanir Rahim

Saudara,

Adakah saudara sedang gelisah?
Gementar?
Bimbang?
Takut?
Geram?
Marah?
Sedih?
Kecewa?
Tidak puas hati?
Runsing dengan seseorang atau kerja banyak?
Tertekan?
Tidak tenteram?
Bercelaru?
etc.. etc

Mari saya kongsikan bagaimana semua itu mampu dihilangkan atau setidak-tidaknya mampu dikurangkan dengan mudah. Sebelum itu kita harus sedar bahawa jiwa kita ini dipegang oleh Allah SWT. Maka ketika kita berkeadaan seperti di atas, kembalilah kepada Allah.

Jangan sekadar teori tetapi harus benar-benar rojiun (kembali) yakni jiwa itu sedar kuat pada Allah.

Cara mudah dan pantas adalah dengan memanggil, menjerit, merayu, merintih kepada Allah.

Praktikalnya adalah dengan AZAN.

Mari kita sama-sama melaungkan azan cukup untuk telinga kita yang mendengarnya.

Untuk takbir… lakukan begini:
1. Allahhhhhhhhhh…………………. teruskan sampai benar kuat sedar kita pada Allah.
2. Barulah kita mengaku kebesaran Allah dengan membesarkanNya iaitu akbar.

Secara ringkasnya untuk takbir….. laungkan dari hati kita yang dalam keadaan berkecamuk ini……

ALLAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH….. (hingga kuat sedar pada Allah)…. huakbarullahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhuakbar!!!

Cukup hingga mengaku dengan benar Nabi Muhammad itu Rasulullah.

Lakukan….. rasa kesannya. Kesan yang segera.

Sila share pengalaman saudara.

Fuad Latip
23 Ogos 2013

  • FB GROUP JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Mohonlah pada Allah untuk minta diajarkan sesuatu perkara akan mampu menundukkan ego. Ini kerana seseorang yang minta diajar, pasti sedar dirinya adalah bodoh, lemah, tidak berdaya, tidak tahu dll. "Ya Allah, ajari aku bagaimana mahu beribadah kepadaMu ya Allah. Ajari aku bagaimana untuk dekat denganMu ya Allah. Ajari aku untuk memiliki kebahagiaan ya Allah"
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword