Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

Iktikaf Untuk Mencapai Taqwa Di Bulan Ramadhan

24 July 2013 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

FacebookGoogle GmailYahoo MailWordPressTwittermore

[JPHBT Ramadhan: 15 Ramadhan]

Iktikaf itu sama dengan wuquf yakni diam namun sedar pada Allah SWT setiap saat. Disamping itu adakalanya kita mendirikan solat sunat dan membaca Al-Quran bagi tujuan menguatkan kesedaran kita pada Allah SWT.

Selain itu yang paling penting adalah terus beristighfar dan solat sunat taubat untuk memohon keampunan daripada Allah S.W.T. agar jiwa itu kuat sedar pada Allah di dalam keadaan bersih dan suci bagi tujuan menerima ilham atau perintah-perintah daripada Allah S.W.T.

Di siang harinya kita berpuasa untuk mengekang nafsu yakni kehendak jasad daripada berlebih-lebihan dalam apa jua perkara yang mana jika berlebihan boleh membawa kita kepada kemaksiatan, kederhakaan dan kemungkaran Allah S.W.T.

Di malam harinya kita bertarawih yakni beristirehat untuk terus menguatkan jiwa kita.

Lalu ditengah malam hingga subuh kita diam… sedar kuat pada Allah S.W.T. di dalam iktikaf.

Firman Allah SWT:
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, (1) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? (2) Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (3) Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (4) Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (5)
(QS: Al-Qadr, 97: 1-5)

Lihatlah pada ayat ke-4 di mana malam Lailatul Qadar itu adalah malam di mana Malaikat membawa segala perkara atau perintah (amr) untuk tahun berikutnya.

HANYA JIWA YANG SEDAR Allah mampu menangkap apakah perkara dan perintah daripada Allah S.W.T. ini untuk kita lakukan untuk hari esok dan seterusnya.

Lalu iktikaf adalah ibadah untuk kita BERSEDIA dengan MENYEDIAKAN JIWA kita sebagai bekas atau tempat yang suci dalam keadaan sedar padaNya untuk diisi oleh Allah S.W.T. dengan perkara dan perintah daripada Allah S.W.T.

Perkara dan perintah dari Allah yang dibawa oleh Malaikat pada malam yang keagungannya lebih daripada seribu bulan. Malam yang sangat penuh makna… seterang lebih daripada seribu bulan.

InshaAllah nanti akan difahamkan oleh Allah dengan kehidupan kita yang unik setiap orang ini. Memahami apa perlu dilakukan untuk seterusnya dan memahami kehendak Allah ke atas diri kita hingga apa yang kita lakukan bergerak sama dengan kehendak Allah S.W.T.

HANYA JIWA YANG SUCI DAN SEDAR PADA ALLAH S.W.T. YANG MAMPU MENANGKAP ILHAM, PERKARA DAN PERINTAH DARIPADA ALLAH S.W.T.

Marilah kita tumpukan iktikaf ini kerana ia sangat penting buat kita sebagai persediaan menerima ilham, perkara dan perintah daripada Allah S.W.T. Sebab itulah ia dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. dan para sahabat setiap kali Ramadhan.

Ambillah masa di pertengahan dan akhir Ramadhan ini dengan mengurangkan sedikit kesibukan dengan kerja kita dan lebihkan agar kita banyak beriktikaf siang dan malam di masjid.

Saudara lelaki boleh iktikaf di Masjid dan Saudari Wanita boleh beriktikaf di rumah.

InshaAllah saya akan mula beriktikaf di Masjid Sultan Sallehudin (Masjid Negeri Selangor) setiap hari mulai 11.30pg – 2pm dan di Masjid As-Salam Puchong Perdana mulai jam 12:00mlm hingga subuh.

Ikutlah bagaimana saranan daripada Rasulullah S.A.W.

Daripada Abdullah bin ‘Amru ibnu al’As katanya, telah bersabda Rasullullah sa.w. bermaksud: “Puasa yang paling disukai oleh Allah s.w.t. ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah s.w.t. ialah solat Nabi Daud, baginda tidur di separuh malam dan bangun beribadah sepertiga malam dan tidur di seperempat malam dan baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
+Puasa yang dimaksudkan dalam hadis adalah puasa sunat. Puasa Ramadhan adalah wajib sepanjang bulan.

Cara saya:
*Datang masjid (Masjid yang ada mendirikan solat jumaat) sekitar jam 12:00mlm bagi tujuan iktikaf.
*Niat iktikaf di dalam masjid.
*Tidur sebentar hingga jam 2.00pg
*Bangun dan dirikan solat-solat sunat termasuk solat sunat taubat
*Rukuk dan sujudlah dengan benar hingga mendapat ketenangan (Tuqmaninah)
*Terus mempertahankan dan meningkatkan kesedaran pada Allah S.W.T.
*Bertahlil, bertasbih, bertahmid dan bertakbir bersama dengan istighfar.
*Diamlah terus…. sedar kuat pada Allah hingga subuh.
*Pertahankan dan pertingkatkan terus kesedaran ini untuk hari-hari berikutnya hingga bila-bila.

Semoga tujuan puasa kita tercapai yakni memiliki TAQWA. Apakah Taqwa?

Yakni ilham, jalan-jalan, perkara-perkara dan perintah-perintah yang membawa kepada kebaikan serta kekuatan untuk dilaksanakan bagi hari-hari seterusnya dalam kehidupan kita sebagai WAKIL Allah (Khalifah) S.W.T.

Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! AMIN…AMIN..

Fuad Latip
15 Ramadhan 1434H
24 Julai 2013

*Dibenarkan untuk dikongsi dengan rakan yang lain samada di FB, ketika ceramah, tazkirah dan sebagainya. Semoga ada manafaat dengan memahami puasa, iktikaf dan bersedia menyambut perintah (amr) Allah di malam Lailatul Qadar.

  • FB GROUP JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Kita perlu sedar hidup ini adalah mencabar. Hidup ini memang susah. Hidup ini memang banyak masalah. Kesedaran ini membuatkan kita tahu yang diri kita tidak mampu mengharungi hidup ini tanpa bantuan Allah SWT. Jika kita sedar hidup ini susah, pasti kita akan BERSUNGGUH-SUNGGUH mengharapkan bantuan Allah SWT.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword