Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

Jiwa Positif Membentuk Fikiran Positif

28 April 2013 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Share/Bookmark

Jiwa Positif Fikiran PositifSaya mula belajar tentang potensi otak sejak tahun 2004. Belajar untuk motivasi diri dan akhirnya yang saya faham bahawa sebenarnya otak ini sekadar simpanan data yakni fikiran.

Kefahaman ini saya mula faham pada tahun 2008 setelah 4 tahun saya mengkaji bagaimana otak dan fikiran boleh menjadikan manusia ini hebat. Saya bersedia jika sesiapa ingin tahu tentang fikiran dan potensi diri. Tapi saya tidak suka bercerita sekadar otak. Ia harus dikaitkan dengan jiwa.

Kerana itu dari NLP saya berubah kepada Islamik NLP. Tidak sekadar fikiran tetapi jiwa itu adalah yang amat penting kerana yang dimaksudkan di dalam Al-Quran tentang berakal itu bukanlah fikiran atau otak. Tetapi kesedaran.

Yang mengaitkan antara data adalah ilham yang masuk ke jiwa. Lalu akan lahir sebuah kefahaman baru dan akan disimpan lagi di dalam otak berbentuk fikiran baru.

Di dalam otak kita ada satu bahagian dikenali sebagai amygdala. Fungsinya ditentukan Allah SWT untuk menjadi sebuah pusat fikiran agar manusia ini sentiasa berada dalam rasa selamat atau dengan nama lain dalam keadaan comfort zone.

Sebagai contoh, jika kita sudah biasa makan menggunakan tangan kanan, ia amat sukar untuk kita makan menggunakan tangan kiri dan sebaliknya.

Jika kita sudah biasa mendirikan solat, kita akan rasa lain macam jika tidak mendirikan solat.

Juga kalau sudah biasa tidak solat atau kadang-kadang solat dan kadang-kadang tidak, ia akan rasa susah dan payah untuk mendirikan solat penuh 5 waktu sehari semalam.

Dipendekkan cerita, amygdala akan berfungsi untuk memberitahu kita jika ada sesuatu perubahan rutin yang kita lakukan. Lalu kita harus berjaga-jaga. Fungsinya amat baik namun harus dimasukkan rutin yang baik. Namun bagaimana?

Mereka yang membuat kajian tentang potensi fikiran menyatakan bahawa untuk mengubah rutin tidak baik kepada baik, kita memerlukan masa selama 21 hari untuk kekal dalam fikiran positif. Bermakna untuk menjadikan amygdala berubah dari zone asal kepada zone baru adalah selama 21 hari. Tempoh ini akan menjadikan amygdala menyimpan data bahawa zone baru adalah comfort zone.

Persoalannya adakah kita mampu?

Memasukkan fikiran positif selama 21 hari secara paksa cukup menyeksakan. Mereka yang berubah menyatakan mereka sentiasa berfikiran positif tetapi mereka tidak tahu apakah sebenarnya yang menjadikan mereka mampu kekal sentiasa berfikiran positif selama 21 hari itu.

Ilham dan Fikiran
Ilham merupakan cahaya yang masuk terus ke dalam hati menjadikan kita faham. Proses biokimia yang berlaku adalah ketika ilham masuk adalah neuron-neuron di otak akan mencetuskan elektrokimia sehingga data-data di otak yakni fikiran yang terlibat akan diaktifkan.

Kesatuan fikiran yang terlibat ini bersama dengan ilham yang tanpa henti masuk ke jiwa membuatkan kefahaman baru muncul. Kefahaman baru ini akan disimpan di otak dengan pembentukan jaringan neuron yang baru.

INI TIDAK ADA DI DALAM NLP. Yang ada di dalam ISLAMIK NLP.

Untuk menjadikan fikiran kita positif, jiwa kita perlu positif. Jiwa yang positif yakni yang sentiasa sedar Allah akan mampu menangkap ilham yang dikurniakan Allah. Lalu fikiran yang diaktifkan lebih kepada pencerahan yang positif.

Maka data baru atau kefahaman baru yang di simpan ke otak yakni fikiran yang tersimpan ke dalam otak hanya yang positif. Akhirnya otak kita lebih banyak menyimpan data yang positif atau fikiran yang positif berbanding negatif.

Disebabkan otak kita bersifat elastik, data negatif atau fikiran negatif akan mula hilang bila kita tidak banyak lagi berfikiran negatif. Maka neuron-neuron yang bersambung membentuk fikiran negatif selama ini akan musnah atau terputus perlahan-lahan.

Dengan kesedaran yang tidak putus pada Allah SWT, kita mampu memiliki ilham positif yakni TAQWA yang berterusan. Kita cepat tersedar ketika melakukan kesalahan. Bersemangat dalam melakukan kebaikan. Benci kepada kejahatan dan kerderhakaan pada Allah. Akan cepat faham dan mudah sabar.

Dengan sedar sentiasa pada Allah SWT setiap saat kita mampu mengekalkan jiwa yang positif justeru fikiran yang positif selama 21 hari malah lebih.

Maka Amygdala kita akan mula menerima data bahawa comfort zone kita adalah hal-hal yang baik sahaja sehingga jika kita melakukan kejahatan, kemurkaan, kemaksiatan, kezaliman, penindasan dan sebagainya, kita mula rasa tidak tenteram.

Semoga saudara memahami mengapa Jiwa Positif Hidup BerTuhan sentiasa menekankan agar kita perlu malah sebenarnya WAJIB sedar Allah SWT setiap saat.

Rujukan:
[1] Al-Quran
[2] http://en.wikipedia.org/wiki/Amygdala

Incoming search terms:

Facebook Comments

  • Bengkel JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • RSS FB JPHBT

  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Iman itu kesedaran. Cinta itu menguatkan kesedaran. Komunikasi itu melahirkan cinta.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword