Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

Pengembangan Diri: Hukum Sebab-Akibat

29 March 2013 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

FacebookGoogle GmailYahoo MailWordPressTwittermore
HUKUM SEBAB AKIBAT

HUKUM SEBAB AKIBAT

Incoming search terms:

HARUS BENAR-BENAR TEKAD DAN NEKAD UNTUK DEKAT DENGAN ALLAH

26 March 2013 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Mohon Maaf banyak-banyak ye.

Ketika email dan mesej di FB masuk, saya akan ceritakan pada isteri tentang email dan mesej tersebut.

Isteri: Ayah (panggilan untuk saya) jawab macam mana?
Saya: Diam… tidak jawab apa-apa.” Sambil senyum.
Isteri: Mengapa tak jawab.
Saya: Sebab manalah saya tahu hal orang. Orang minta pendapat, lagi saya tak tau nak kasi pendapat.
Isteri: Dah tu, senyapkan je ke?.
Saya: Hmm…. saya minta kat Allah. “ya Allah… aku tak tau nak kasi pendapat dan jawapan pada mereka ya Allah. Aku mohon Engkau bantu untuk jawabkanlah ye ya Allah.”

Sememangnya saya tidak tahu seandainya saudara tanya pendapat pada saya. Apa yang saudara cuba ceritakan pada saya, ceritakanlah pada Allah.

Sememangnya manusia itu suka jawapan segera. Jika daripada Allah, mereka tidak akan dapat jawapan macam jawapan dari manusia.

Untuk pengetahuan saudara, Allah tidak menjawab seperti manusia jawab. Jika jawapan Allah berbentuk suara, Allahuakbar.. saya tidak tahu keadaan kita bagaimana.

Jawapan Allah itu terus masuk ke dalam jiwa. Terus kita difahamkan dengan sesuatu yang berkaitan dengan masalah kita.

Namun hal pertama yang selalu terjadi adalah ditarik dari kita kegelisahan, kesempitan, kekecewaan, kesedihan etc dan digantikan dengan ketenangan, kedamaian dan ketenteraman. Ini pasti seandainya benar kita datang dan sedar pada Allah.

Kemudian nanti digerakkan oleh Allah jiwa, jasad dan seluruh yang berkaitan dengan kita dalam menyelesaikan masalah kita.

INGAT!! Masalah itu selesai tidak semestinya seperti apa yang kita fikirkan.

Contoh, ketika duit kita hilang, tidak tentu penyelesaiannya adalah dengan menjumpai semula duit tersebut. Atau juga mendapat ganti dengan duit yang lain. Boleh jadi penyelesaiannya adalah kita mampu redha dengan kehilangan tersebut. Ketika redha, hilang duit tersebut bukan lagi merupakan masalah buat kita.

Ia sama dengan hal yang lain termasuk hal anak-anak, suami, isteri, kerja, sahabat dan sebagainya. INGAT!! Yang sentiasa memberikan masalah adalah mereka dan apa yang ada sekeliling kita. Tidak ada yang lain.

Pun juga semua itu bukanlah masalah sebenarnya. Masalah sebenarnya tidak mampu menerima iaitu redha dengan Allah akibat tidak sedar Allah SWT. Lalu tidak mampu memahami aturan Allah akibat tidak menerima ilham taqwa daripada Allah. Yang ada hanya ilham fujur (keburukan) lalu jiwa menjadi sempit terhimpit sakit.

Mari, kuatkan lagi kesedaran kita pada Allah. Jadikan benar-benar dengan TEKAD atau NEKAD yang kuat bahawa ALLAH ADALAH SEGALA-GALANYA dan AKU HARUS BERGANTUNG DAN SANDARKAN SEGALA-GALANYA HANYA PADA ALLAH.

Lalu….

Ketika aku menunaikan tanggungjawab sebagai suami dan ayah, isteri dan anakku adalah amanah yang harus aku laksanakan untuk Allah.

Ketika aku menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu, suami dan anakku adalah amanahku yang perlu aku laksanakan kerana Allah.

Ketika aku menunaikan tanggungjawab sebagai anak, ayah dan ibuku yang aku harus taati kerana Allah.

Ketika aku menunaikan tanggungjawab sebagai pekerja, aku harus membuat semua kerja ini kerana aku ditakdirkan Allah untuk menjadi wakil-Nya dengan melakukan kerja ini.

MULAI SAAT INI KITA HARUS NEKAD DAN TEKAD UNTUK DEKAT DENGAN ALLAH. Lebih dekat dan berterusan.

INI URUSAN SEMASA HIDUP DAN SELEPAS MATI. Bukan sekadar ketika hidup sahaja. Seharusnya benar-benar tekad.

Fuad Latip
26 Mac 2013

Incoming search terms:

EBOOK JPHBT VOL 9: SETIAP SAAT MENYEDARI ALLAH

23 March 2013 | 2 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Mohon Saudara bantu untuk mengekalkan laman web ini dengan KLIK IKLAN di atas laman web ini atau di sebelah kanan laman web ini. Terima kasihEBOOK JPHBTv9Download Ebook JPHBT Vol 9

Gunakan Email yang telah didaftarkan sebelum ini untuk login. Jika baru, sila daftar dahulu.

Alhamdulillah syukur pada Allah SWT yang sentiasa memberikan nikmat pada kita semua. Nikmat yang selalunya di luar pemikiran kita sekaligus benar dinyatakan di dalam Al-Quran iaitu nikmat yang tidak disangka-sangkakan.

Jiwa Positif Hidup BerTuhan masuk ke Vol 9. Sudah banyak sebenarnya penjelasan tentang hidup berTuhan yang kita lalui setiap hari. Terkadang saya rasa harus berhenti menulis kerana tidak ada apa lagi yang perlu dijelaskan.

Kini seharusnya semuanya jelas pada saudara bahawa yang utama adalah kita harus sentiasa menyedari Allah SWT setiap saat kehidupan ini. Kita tidak mampu memikirkan apa jua yang akan berlaku sesaat akan datang. Menggambarkan apa jua teori yang pernah kita belajar pasti tidak akan sama 100% seperti yang sebenarnya berlaku.

sambungan di dalam ebook…..

Rahsia Murah Rezeki dan Kekayaan

13 March 2013 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Kekayaan yang dikurniakan oleh Allah pada setiap orang mempunyai tujuan yang berbeza iaitu samada sebagai nikmat atau bala. Menjadi nikmat pada mereka yang dipercayai Allah sebagai wakil-Nya dalam menyebarkan rezeki-Nya. Menjadi bala kepada mereka yang bangga, sombong, bongkak, bakhil dengan kekayaan-Nya lalu Allah menambahkan lagi kekayaan mereka agar terus jauh daripada Allah. Lalu mati nanti dalam kejahilan dan kekafiran.

Sebagai wakil Allah, kita tidak salah mengejar kekayaan. Namun pastikan tujuannya adalah benar di jalan Allah agar apa yang kita lakukan diangkat oleh Allah menjadi sebuah ibadah. Justeru menjadikan diri kita di jalan yang lurus iaitu tergolong dalam tujuan Allah menjadikan kita untuk beribadah kepadaNya.

Kekayaan itu bukanlah bermakna kita memiliki harta yang menimbun. Tetapi rezeki kita tidak pernah putus itulah menandakan kita ini orang kaya. Malah rezeki yang tidak pernah putus itu membuatkan keperluan kita sentiasa cukup.

Jika rezeki tidak putus tetapi tidak cukup, kita sebenarnya sudah masuk ke ruang kehendak yakni nafsu yang mempunyai pelbagai citarasa tanpa sempadan.

Rahsia untuk memiliki kekayaan dengan cepat adalah membetulkan niat awal kita. Niat menjadi kaya adalah untuk mencukupkan keperluan kita dan kita bersedia untuk menjadi wakil Allah dalam menyebarkan rezeki kepada yang memerlukan. Jadikan ini MOTIVASI setiap hari kita dalam mencari rezeki.

Dengan menjadi penyebar rezeki, kita lebih mudah mendapat redha Allah kerana tujuan kita tidak lain hanyalah untuk mendapatkan redha Ilahi.

PENGAJARAN TERHEBAT
Mari kita membuat sedikit analisis ke atas sahabat Rasulullah yang terhebat ini Saidina Abu Bakar As-Siddiq (r.a.)

Ketika saya membaca kisah Saidina Abu Bakar As-Siddiq ada pengajaran besar yang hingga kini tetap terus menjadi dorongan dan semangat dalam hidup saya dalam hal kekayaan.

Semua kita tahu kisah Saidina Abu Bakar As-Siddiq yang banyak memerdekakan hamba ketika zaman Rasululullah dan pemerintahan Abu Bakar sendiri. Dianggarkan dalam kisah yang pernah saya baca, Abu Bakar memerdekakan berbelas-belas hamba. Kebanyakannya adalah hamba yang diseksa oleh tuan mereka kerana hamba-hamba ini beriman kepada Allah.

Kita ambil kisah Bilal bin Rabah. Dikisahkan Abu Bakar As-Siddiq menawarkan berapa jua nilai emas kepada Umayyah untuk membebaskan Bilal daripada seksaan Umayyah.

Apa yang ada dalam fikiran saudara ketika membaca kisah ini? Abu Bakar meletakkan berapa jua harga pun kepada Umayyah untuk memerdekakan seorang hamba yang diseksa. Saya sendiri tidak mampu mengikuti apa yang Abu Bakar tawarkan. Tiada had harga yang diletakkan oleh Abu Bakar.

Apa makna semua ini? Ini bermakna Abu Bakar As-Siddiq adalah sahabat Rasulullah yang sangat-sangat-sangat kaya. Jika hari ini kita bangga dengan kekayaan kita, kita harus berasa malu.

Sahabat-sahabat Rasulullah yang mungkin dalam fikiran kita sekadar orang kaya biasa sebenarnya adalah JUTAWAN-JUTAWAN EMAS ketika zaman mereka. Namun tawaduk dan ketundukan mereka pada Allah melebihi dari yang lain.

Kita buat sedikit kira-kira secara anggaran. Dikisahkan Abu Bakar membayar Umayyah untuk memerdekakan Bilal dengan bayaran sebanyak 9 Uqiyah emas. 1 uqiyah = 31.75gram.

Kita tidak tahu harga emas ketika zaman Abu Bakar namun Emas pada zaman apa pun ia tetap mempunyai harga yang tinggi. Mungkin Abu Bakar tidak memiliki harta berjuta tetapi nilai ratusan ribu ketika itu adalah sama nilai dengan jutaan malah mungkin billion ketika zaman ini.

Mari kita kira mengikut harga emas zaman ini agar mudah membandingkan dengan kekayaan yang kita ada. Jika 1 Uqiyah = 31.75gram dan kita ambil harga emas terkini bagi emas yang paling baik iaitu emas 999 (24 karat), maka 9 uqiyah emas berharga 9 uqiyah x 31.75gram x RM200 = RM57,145.50.

Itulah harga yang dibayar oleh Abu Bakar untuk memerdekakan seorang hamba. Allahuakbar!!! Mungkin nilainya masih belum banyak. Dikisahkan dalam sejarah, Abu Bakar membeli berbelas-belas hamba. Ada yang menyatakan 15,16 dan lain-lain.

Mudahnya mari kita kira seandainya 15 orang hamba yang dimerdekakan oleh Abu Bakar dengan nilai yang sama dengan memerdekakan Bilal, maka 15 orang x RM57,145.50 = RM857,182.50.

Nilai ini hanya untuk satu kebajikan Abu Bakar iaitu memerdekakan hamba. Belum lagi termasuk dalam sedekah, zakat dan bantuan yang lain.

Allahuakbar. Apakah kita tidak malu seandainya kita menjadi orang kaya tetapi kita diam menyimpan harta untuk kegunaan sendiri tanpa menyebarkan kepada yang memerlukan?

ANALOGI MURAH REZEKI
Konsep mudah dalam soal rezeki adalah ibarat kita mempunyai seorang pekerja yang mempunyai tugas untuk memberikan sedekah kepada yang memerlukan. Kita ini adalah orang yang sangat kaya. Kita berikan kepada pekerja kita sebanyak RM1 juta untuk diagih-agihkan kepada sesiapa yang memerlukan.

Pekerja itu boleh mengambil beberapa RM dari jumlah RM1 juta itu untuk keperluannya sahaja. Kita akan menambahkan lagi duit itu seandainya kesemua duit itu telah diagih-agihkan kepada yang memerlukan.

Mari kita tanya beberapa soalan:
Apakah kita akan menambah duit itu jika duit itu BELUM lagi habis diagihkan? Pasti tidak.
Apakah kita akan mempercayai pekerja seperti ini yang tidak menjalankan tanggungjawab seperti yang kita minta iaitu menyebarkan rezeki? Pasti tidak.
Apakah kita akan menambahkan lagi nilai yang lebih banyak untuk pekerja ini agih-agihnya kepada yang memerlukan? Pasti tidak.
Akhirnya pasti kita akan mencari pekerja lain yang lebih kita percaya.

Inilah analogi dalam soal rezeki. Seandainya kita mempunyai rezeki namun kita tidak sebarkan rezeki yang kita ada selain dari keperluan kita, maka rezeki yang ada itulah sahaja yang kita ada kerana kita tidak menyebarkan rezeki itu.

Allah tidak menambahkan rezeki kita lagi kerana rezeki yang ada pun kita hanya menyimpannya sahaja. Tidak disebarkan kepada yang memerlukan kerana tujuan Allah memberikan rezeki kepada kita adalah untuk keperluan kita dan yang lain untuk diagihkan kepada yang memerlukan.

Nanti ditambahkan lagi rezeki kita oleh Allah kerana kita menjadi hamba yang dipercayai-Nya dalam menyebarkan rezeki-Nya. Penambahan rezeki ini pasti lebih banyak daripada sebelumnya kerana kita sudah menjadi hamba yang dipercayai Allah untuk menyebarkan rezeki-Nya.

Allah beri peluang kepada kita untuk mendapat redhanya dengan mudah hanya dengan menjadi penyebar rezeki…. wakil-Nya. Malah amanah ini adalah amanah yang paling bahagia kerana ia turut melibatkan kepada keperluan kita. Kita boleh ambil beberapa RM dari rezeki yang banyak disediakan. Kita tiada masalah dengan rezeki kerana ketika kita memerlukan kita dibenarkan oleh Allah mengambil dari rezeki yang diamanahkan oleh Allah itu.

Benarlah satu bahagian kita sedekahkan, kita akan menerima 10 kali ganda balasan atas sedekah kita itu. Dan 10 kali itu tidaklah sama bentuknya dengan apa yang kita sedekahkan. Ia termasuk rezeki kesihatan, kebahagiaan dan lain-lain selain daripada bentuk harta dan wang.

Jadilah wakil Allah iaitu menyebarkan rezeki selain daripada keperluan kita. Sentiasalah bertanya pada Allah agar Allah mengilhamkan kita yang mana satu keperluan dan yang mana satu kehendak nafsu.

Kekayaan itu bukan terletak pada berapa banyak yang kita miliki tetapi kekayaan itu adalah kekayaan hati di mana berapa banyak yang kita sebarkan kepada yang memerlukan.

Inilah yang menjadi MOTIVASI kita untuk berusaha dan berusaha mencari rezeki kerana penyebar rezeki amat mudah untuk mendapat redha Allah. Namun ia juga mudah memasukkan kita dalam golongan yang rugi seandainya kita tidak memahami erti sebenar kekayaan.

Fuad Latip
13/03/2013

Incoming search terms:

Menjadi Orang Kaya dan Wakil Tuhan

12 March 2013 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Aura negatif itu setiap hari semakin tinggi ketika orang demi orang mencari wang tidak di atas sebab wakil Tuhan. Tetapi untuk mengejar kekayaan yang dianggap kejayaan sedangkan HANYA WAKIL Tuhan yang memerlukan kekayaan di dalam menyebarkan rezeki pada yang lain.

Jika tidak bersedia menjadi wakil Tuhan untuk menyebarkan rezeki-Nya, bersedialah untuk diperbudakkan dengan kekayaan itu. Orang yang diperbudakkan dengan kekayaan merupakan bala yang menjadikan dirinya sibuk dengan kekayaan melebihi sibuk dengan Tuhan. Menjadikan Tuhan sekadar ‘alat’ untuk mencari kekayaan bukannya sedar bahawa TUHAN Yang Maha Agung Yang Mencipta dirinya.

Ketika diri benar-benar bersiap untuk menjadi wakil-Nya sebagai hamba yang bersedia untuk menyebarkan rezeki, pasti jiwa sentiasa berasa bahagia dan bersyukur. Di sinilah rezeki demi rezeki akan mula dimiliki. Dirinya dipercayai Tuhan sebagai penyebar rezeki.

Ketika rezeki datang, tidak pernah dia menyimpan rezeki itu lebih dari cukup keperluannya. Dia menyebarkan rezeki yang diterimanya itu kerana dia sedar bahawa dia adalah wakil Tuhan dalam menyebarkan rezeki kepada orang lain yang memerlukan. Bersedekah, berzakat, menyantuni dan hidupnya sentiasa ada semangat Al-Maun (baca surah Al-Maun).

Maka berhati-hatilah ketika kekayaan datang. Boleh jadi ia adalah BALA untuk kita di mana kekayaan itu bertujuan untuk kita terus terhalang untuk sedar Allah dan memper’alat’kan Allah di dalam misi kita mencari kekayaan. ATAU kekayaan itu benar-benar anugerah Allah kepada hamba-Nya yang bersedia menyebarkan rezeki-Nya.

[note] Orang kaya itu harus cukup. Ketika orang kaya itu ‘KAYA’, jelas kelihatan kayanya, maka dia tidak menyebarkan kekayaannya. Lebih kepada menyimpan rezeki untuk dirinya sendiri sedangkan dia diamanahkah oleh Allah untuk menyebarkan rezeki yang banyak itu kepada yang memerlukan. Maka orang kaya itu harus cukup bukan ‘KAYA’.

Fuad Latip
Di subuh 12 Mac 2013 yang damai

Bengkel Kehidupan

11 March 2013 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Seorang pembaca JPHBT bertanya saya: En Fuad tidak adakan bengkel JPHBT?

Balasan saya:
inshaAllah kehidupan kita inilah bengkel terbaik yang Allah sediakan. Tinggal untuk fahami aturanNya dan sentiasa setiap saat sedar padaNya. Kita akan difahamkan oleh Allah dengan kehidupan kita di mana kehidupan kita adalah unik setiap orang.

Kenyataan ini tidak menyatakan menghalang untuk hadir ke mana-mana bengkel. Malah semua bengkel, kelas pengajian, kursus dan sebagainya adalah termasuk dalam kehidupan kita.

Ternyata ketika kita hidup, jalan ceritanya tidak sama dengan teori atau praktikal dalam bengkel dan lainnya.

Saya terangkan apa sahaja pengalaman kehidupan sendiri yang tidaklah sehebat kehidupan orang lain dalam JPHBT. Dan saudara pula jagalah kesedaran setiap saat pada Allah. InshaAllah kita berkongsi bersama kebaikan.

Di dalam sedar, saya yakin pasti setiap kita menyaksikan tiada lain yang berhak sebagai Tuhan melainkan Allah. Kita lebur dalam kefanaan.

Dengan kesedaran inilah kita akan sangat faham dengan ketentuan Allah yakni qada’ dan qadarNya. Lalu kita pasti redha dan menerima semua yang terjadi. Sedar ia adalah kehidupan yang perlu kita lalui samada suka atau terpaksa kerana Allah tidak memerlukan kebenaran daripada kita untuk menjadikan sesuatu.

Ketika setiap saat kita khusyuk padaNya, maka sabar dan solat menjadi ibadah yang sangat ringan.

Kita disedarkan dengan pengajaran-pengajaran yang ada. Kita faham dan jelas ke arah mana kita harus usahakan.

Inilah bengkel kita. Setiap saat kita mempraktikkan kesedaran kita. Indahnya kehidupan ketika setiap saat sedar padaNya.

Kita sentiasa berada pada saat ini. Lalu kita setiap saat menyedari Allah seolah-olah sekejap lagi kita akan kembali kepadaNya.

Kita akan bersemangat melakukan kebaikan seolah-olah kita hidup beribu tahun lagi kerana kita faham kita ini adalah wakilNya dalam mengimarahkan dunia ini.

Pastikan setiap saat sedar Allah. Pasti setiap saat kita sedar kita berada dalam bengkel, kursus, seminar atau apa sahaja yang disediakan Allah SWT.

Fuad Latip
11 Mac 2013

Kisah Pengajaran Holistik Seorang Pensyarah

7 March 2013 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Kelas pertama sudah bermula. Saya mengajar kursus Electrical Power and Machines untuk pelajar kejuruteraan mekanikal.

Kelas pertama hanya pengenalan kepada kursus.

Saya katakan kepada pelajar….

Sebenarnya electrical power ini mengajar kita untuk sentiasa kembali kepada Allah. Sedarlah semua datang dari Allah dan kembali kepadaNya. Semua yang datang dari sumber harus kembali kepada sumber. Maka sempurnalah kejadian. Sempurnalah electrical system.

Dalam kursus ini kita akan belajar hanya konsep datang dan kembali. innalillahiwainnailaihirojiun.

Di dalam kursus ini asasnya adalah, setiap tenaga yang dibekalkan adalah sama dengan tenaga yang diterima. Tenaga tidak boleh dimusnahkan tetapi boleh menukar bentuk sahaja.

Setiap arus elektrik yang masuk ke dalam litar adalah sama dengan arus elektrik yang keluar. Tidak kiralah berapa banyak pintu masuk dan keluarnya, jumlah arus yang masuk tetap sama dengan yang keluar.

Begitu juga dengan voltan. Voltan masuk adalah sama dengan voltan keluar.

Begitu juga kuasanya. Kuasa yang masuk samada dalam bentuk kuasa elektrik atau mekanikal, ia pasti sama dnegan kuasa yang keluar samada kuasa yang keluar itu menjadi kuasa yang benar-benar berguna atau kuasa yang hilang dalam bentuk geseran, panas dan sebagainya.

Semuanya harus menuju kembali kepada sumber. Dan ketika apa yang diberi kembali kepada sumbernya…. lalu apa yang dimiliki oleh setiap peralatan, peranti, mesin dan sebagainya hanyalah sementara. Tanpa voltan, arus, tenaga, kuasa ….. peralatan, peranti, mesin dan lain-lain adalah sekadar benda yang tidak berguna.

Inilah kejadian kita dan keliling kita. Dijadikan oleh Allah SWT. Menyedari apa yang didayakan ini kembali kepada Yang Maha Memberikan daya…. maka diri kita tiada apa-apanya.

Arus yang masuk, I(in) adalah sama dengan arus yang kembali atau dikenali sebagai arus yang keluar I(out), maka seandainya kita sedar, maka I(out) = I(in) adalah sama dengan I(out) – I(in) = 0.

Diri ini tiada apa-apanya. Ingin bongkak dan sombongkan apa kita ini. Janganlah kita menjadi golongan orang yang memiliki ilmu yang hebat tetapi ilmunya tidak dapat langsung memberikan kesedaran dan pengajaran dalam hidupnya untuk menyedari Tuhan.

Seandainya diri tidak kembali kepada Allah dengan setiap saat menyedarinya kita umpama lampu yang berkelip-kelip. Mesin yang tersangkut-sangkut. Peralatan yang tidak boleh digunakan. Diri tiada gunanya seandainya tidak kembali kepada sumbernya yakni Allah SWT.

Mari kita belajar ilmu Tuhan untuk mengenal Tuhan. Walaupun namanya Electrical Power and Machines, tetapi di dalam kursus ini Allah ingin menyedarkan kita bahawa “SEDARLAH ALLAH SETIAP SAAT HIDUP INI”.

Kita perlahan-lahan memahami ilmu Allah ini. Kerana konsepnya sangat mudah. Peganglah konsep ini sepanjang belajar kursus ini dan peganglah pengajaran dalam konsep ini sepanjang hidup.

Fuad Latip
7 Mac 2013

Incoming search terms:

  • FB GROUP JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Ego itu merupakan rasa ke'Aku'an. Apabila kita jauh dengan Allah SWT, kita akan berasa ego. Mengapa? Kerana kita lupa diri yang kita ini hanyalah insan yang hanya berdaya dengan kekuatan yang sedikit sahaja dialirkan oleh Allah SWT. Jika kita memiliki kesedaran tertinggi kepada Allah SWT, pasti kita tidak akan ada rasa ke'Aku'an ini kerana kita sedar siapa kita.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword