Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

Dahulukan sunnah Rasulullah dalam perkara yang wajib

25 January 2013 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Share/Bookmark

Ketika Maulidur Rasul ramai yang menyarankan agar kita perbanyakkan mengikuti sunnah Rasul. Namun yang dijelaskan dalam hal-hal sunat. Sedangkan yang utama diikuti adalah dalam hal wajib di mana kita harus mencontohi Rasulullah bagaimana Baginda Rasul menjalankan perkara yang wajib agar kita mampu menjalankan dengan sesempurna mungkin.

Dahulukan sunnah Rasulullah dalam perkara yang wajib disamping perbanyakkan yang sunat.

Maknanya, jika mendirikan solat, solatlah sepertimana Rasulullah solat. Sempurnakan solat kita dengan perbaikinya hari ke hari. Fahami bagaimana solat mampu mencegahkan diri kita dari perkara keji dan mungkar.

Jika berpuasa, puasalah sepertimana Rasulullah berpuasa. Fahami bagaimana puasa yang dikatakan mampu menjadikan kita hamba yang bertaqwa.

Seterusnya sama untuk zakat, sedekah, haji, hidup bermasyarakat etc.

Sunnah Rasulullah itu adalah bagaimana Rasulullah menjalani kehidupan berTuhan yang paling sempurna dalam semua hal. Ibadat, sosial, perniagaan etc yang menjadi contoh terbaik bukan hanya untuk umat Islam tetapi untuk seluruh manusia.

Maka ikutilah bagaimana Rasulullah menjalani hal kehidupan dalam semua perkara terutama yang diwajibkan Allah disamping perkara yang sunat yakni yang digalakkan oleh Rasulullah untuk melakukannya.

Fuad Latip
25 Jan 2013 — at New World Suites, Bintulu

Incoming search terms:

Facebook Comments

  • Bengkel JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • RSS FB JPHBT

    • An error has occurred, which probably means the feed is down. Try again later.
  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Ya Allah Kau kurniakan kepada kami pendamping yang terbaik, pernikahan yang berkah, rumahtangga yang sakinah, keturunan yang soleh dan solehah.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword