Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

[JPHBT Parenting] Menjadikan Anak Kecil Teruja Mendirikan Solat

26 December 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

FacebookGoogle GmailYahoo MailWordPressTwittermore

Ketika menjadi imam kepada anak-anak yang baru ingin belajar solat, kuatkan suara untuk semua bacaan dalam solat agar mereka dengar setiap bacaan solat. Kuatkan suara termasuk ketika rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, duduk tahiyat awal dan akhir.

Namun janganlah sekadar membaca kerana di dalam solat yang ada hanyalah memuji Tuhan dan memohon kepadaNya. Bukan membaca.

Lakukan satu persatu dengan tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan ketika menyempurnakan setiap rukun.

Bacalah surah yang sedia dihafal oleh anak-anak.

Anak no.2 saya berumur 3 tahun hanya mampu menghafal surah Al-Fatihah dan dua surah lazim iaitu Al-Ikhlas dan An-Nas. Lalu saya akan baca surah lazim tersebut ketika menjadi imam solat kepada beliau dan anak sulung saya.

Mereka akan lebih berminat dan mampu bertahan hingga akhir rakaat seandainya mereka mendengar suara kita bersama surah yang mereka sedia hafal. Mereka akan teruja untuk mengikut apa yang kita lafazkan.

Setelah selesai solat, bacalah doa menggunakan kata ganti diri pertama yakni ‘saya’ dengan suara yang didengari mereka.

“Ya Allah ampuni dosa saya ya Allah. Dosa ayah saya ya Allah. Dosa mama saya ya Allah. Ya Allah jadikan saya anak yang baik ya Allah. Ya Allah jadikan saya anak yang rajin ya Allah.

Saya jadi baik sekarang ya Allah. Saya rajin solat sekarang ya Allah. Saya dengar cakap mama dan ayah saya sekarang ya Allah.

Terima kasih ya Allah kasi saya makan, minum, pakaian, mainan, susu dan banyak lagi ya Allah. Saya sayang Allah, saya rindu Allah, saya cinta Rasulullah ya Allah. Terima kasih ya Allah, terima kasih. Amin”.

InshaAllah solat tetap sah. Anak-anak akan teruja setiap kali ingin mendirikan solat.

Inilah ilham yang Allah berikan kepada saya untuk mendorong mereka rajin solat. Saya yakin saudara ada cara yang terbaik untuk anak-anak saudara.

Fuad Latip
26/12/12

[JPHBT PARENTING]: PUJIAN ITU HANYA UNTUK JASAD DAN EMOSI.

19 December 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Pernahkah saudara mengalami suasana di mana kita sebagai ibu bapa banyak memberi pesanan yang baik pada anak-anak. Kita puji mereka. Tidak marah-marah. Ternyata ia hanya berkesan seketika sahaja.

Ini adalah realiti. Namun ketika kita hadir ke bengkel parenting, hal yang sama diulang-ulang iaitu kita diminta untuk tidak marah. Mengelakkan diri menyatakan “jangan”. Nasihat dengan baik. Memuji dan pelbagai lagi.

Ya ia sangat baik. Saya yakin ramai sentiasa mencubanya dan ia memberikan kesan. Namun kekadang ia tidak kekal. Hanya terkesan ketika memberi pujian dan akhirnya akan ke sikap lama mereka. Maka baiknya mereka kerana pujian.

Tahukah saudara mengapa?

Jiwa anak-anak itu dipegang Allah. Anak-anak membesar dengan pelbagai fikiran. Jika kita tidak membawa mereka semula kepada Allah, mereka tidak tahu bagaimana untuk mententeramkan fikiran mereka yang setiap hari pelbagai kehendak muncul. Mereka masih dalam proses yang sangat maksimum untuk belajar tentang hidup.

Maka kitalah yang perlu membawa jiwa mereka kepada Allah. Agar dengan membawa jiwa mereka kepada Allah, mereka mampu menyedari Allah seperti mereka bayi.

Pujian dan nasihat adalah untuk fikiran dan emosi. Ia masih belum sampai ke jiwa. Ia masih tahap jasad. Pakar motivasi harus memahami hal ini agar yang harus dibangunkan adalah jiwa.

Dengan pujian ia masih tahap jasad. Jika tidak dibangunkan jiwa mereka, PUJIAN BOLEH MENJADIKAN MEREKA EGO. BIMBANG kesannya adalah untuk mencapai KEDUNIAAN SAHAJA.

Kita bangga anak-anak kita berubah dengan pujian. Namun dalam masa yang sama kita lupa bahawa kita menanamkan KEEGOAN dalam diri mereka.

Fikiran itu tidak mampu membentuk jiwa kerana yang mampu membentuk jiwa adalah ilham dari Allah SWT. Jiwa yang positif menjadikan fikiran dan emosi yang positif. Dalam kehidupan kita ini, kita dipandu dengan Ilham dari Allah SWT yang menjana fikiran dan emosi.

Ia tidak akan jadi terbalik di mana fikiran mampu mempengaruhi jiwa. Hanya jiwa yang mampu mempengaruhi fikiran dan emosi. Maka pujian itu WAJIB disertakan dengan PEMBANGUNAN JIWA.

Bagaimana membangunkan jiwa?

BUKAN PUJIAN kerana pujian tidak mampu mengubah jiwa. Ingat pujian hanya mengubah fikiran dan emosi yang mana akhirnya akan kembali kepada asal sekiranya jiwa tidak berubah.

Untuk mengubah jiwa, kita perlu kembali kepada Yang Memegang Jiwa yakni Allah SWT. Kita perlu bawa anak ini agar jiwanya kuat sedar kepada Allah.

Caranya:
1. Pelukan dan belaian:
Peluklah anak ini atau belailah (jika sudah besar) sambil kesedaran kita kuat pada Allah. Dalam diam kita sebenarnya membawa jiwanya pulang ke Allah. Ia sama seperti kita memeluk mereka semasa bayi.

Kita tidak pernah gunakan verbal. Hanya pelukan dan sentuhan yang penuh kasih sayang dan sedar pada Allah SWT yakni bersyukur ketika membelai mereka.

2. Berdoa di dalam solat fardhu dan sunat. Ketika tahjud, saya doakan anak-anak saya. Satu sujud khusus berdoa untuk satu anak. Saya ada 3 orang anak, maka saya lakukan 4 rakaat dua salam solat tahjud. Untuk sujud yang ke-4 saya mohon untuk kebahagiaan saya suami dan isteri serta keluarga kami.

3. Menjadikan ucapan “terima kasih Allah” sebagai kebiasaan anak-anak ketika mendapat atau mencapai sesuatu. Biar jiwa mereka sentiasa kuat berpegang pada Allah dan sedar bahawa Allah Yang memberi nikmat kepada mereka. Kuatkan keyakinan mereka pada Allah dan pergantungan pada Allah 100%.

Saudara, inilah yang mampu menjadikan anak-anak kita memiliki jiwa yang positif yang sentiasa sedar Allah.

Hanya Allah yang mampu mengubah jiwa mereka. Maka disamping kita memuji, menghargai, menasihati mereka, kita juga perlu membawa mereka untuk sentiasa sedar Allah.

7. Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan Yang sesuai Dengan keadaannya);
8. serta mengilhamkannya jalan Yang membawanya kepada kejahatan, dan Yang membawanya kepada bertaqwa;
(QS As-Syam:91:7-8)

Dengan jiwa yang positif, maka fikiran dan emosi mereka PASTI positif. Sikap mereka pasti positif. Maka semua sekali ketika spiritual mereka mantap, maka mantaplah emosi, fizikal, intelektual, emosi dan sosial mereka.

Hadis Nabi tentang pujian adalah secara dasar yang kita lihat. Kajian yang kita lakukan hanya mengkaji gaya bahasa dan tindakan yang Nabi gunakan. Ia baik. Namun saya meyakini Nabi juga menguatkan jiwa mereka yang dipuji baginda yang mana ia tidak mampu ditulis dengan tulisan dan kata-kata hatta mampu dilihat oleh sahabat baginda.

Namun pastinya Nabi mampu membawa jiwa mereka kuat sedar pada Allah kerana melihat muka Nabi pun, jiwa pasti lebur terasa sucinya jiwa baginda yang sentiasa berada dalam IHSAN yakni sedar Allah.

Dengan sedar setiap saat pada Allah, pastilah Allah tuntun/pandu anak-anak ini ke arah kebaikan. Akan ditunjukkan dengan kefahaman yang baik dan yang buruk. Tidak lagi ditempatkan Syaitan dalam hati anak-anak ini.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.
(QS: Al-Anfal, 8:29)

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
(QS: Al Ankabut, 29:69 )

Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah [Al Qur’an], Kami adakan baginya syaitan [yang menyesatkan] maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk.
(QS: Al-Zukhruf, 43: 36)

Ketika Allah memberikan iman, ia terus masuk dalam hati. Membuatkan anak-anak ini cinta kepada keimanan dan benci kepada kekafiran, kefasikan dan kederhakaan.

Dan ketahuilah olehmu bahwa di kalangan kamu ada Rasulullah. Kalau ia menuruti [kemauan] kamu dalam beberapa urusan benar-benarlah kamu akan mendapat kesusahan tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kederhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus, sebagai kurnia dan nikmat dari Allah. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
(QS: Al-Hujurat, 49: 7-8)

Semoga saudara memahami dan mengerti.

Wassalam.

Fuad Latip 19/12/2012

[JPHBT Dakwah]: Memohon Pada Tuhan Yang Sebenar

19 December 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Ketika berbual dengan sahabat bukan Islam, ceritakan cara hidup sebagai Muslim yang mukmin.

Cara hidup seorang muslim yang mukmin inilah sebuah Agama Islam.

Islam bukan sesuatu yang sesuka hati untuk kita permudahkan atau disusahkan. Ia adalah cara hidup yang memerlukan proses agar setiap hari menjadi Muslim yang memiliki iman yang lebih baik dari masa ke semasa.

Sebuah proses yang perlahan-lahan ibarat udara yang segar meniup ke muka kita. Sehingga kita terasa kesegaran udara ini.

Diakhir perbualan, katakan kepada mereka, sebagai seorang yang mempercayai Tuhan namun masih ragu yang mana satu Tuhan, mohonlah pada Tuhan ‘sendiri’.

“Ya Tuhan yang sebenar, perkenalkan aku denganMu ya Tuhan yang sebenar.”

Kerana sebagai seorang yang mempercayai adanya Tuhan, pasti percaya bahawa Tuhan itu Maha Mendengar.

Dan kita sebagai Muslim yang Mukmin, pasti menyakini bahawa Tuhan Yang Sebenar ini adalah Allah SWT. Allah pasti membuka pintu hati sahabat kita ini. Pasti.

Ruginya seandainya kita ada sahabat bukan Islam, tapi kita tidak pernah menceritakan cara hidup muslim.

Menceritakan cara hidup Muslim yang Mukmin inilah sebenarnya penerangan tentang Islam.

Fuad Latip
191212

Semoga Senang Tidak Melalaikan Kita

16 December 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Hari ini kita mungkin TIADA sesuatu yang memeningkan kepala kita.

Alhamdulillah rezeki kita murah.
Alhamdulillah kita, pasangan dan anak-anak sihat.
Alhamdulillah kita bahagia.
Alhamdulillah kita ada kerja yang baik.
Dan kita sangat mensyukuri nikmat Allah.

Namun berhati-hatilah dengan semua keadaan ini. Bimbang dengan keadaan yang baik ini membuatkan kita tidak pernah untuk meningkatkan kualiti amalan kita.

Tanya semula tentang syahadah kita. Ketika kita mengucapkan dua kalimah syahadah, apa yang fahami itu benar-benar meresap dalam hati atau sekadar faham makna.

Tanya semua tentang solat kita. Ke mana kita mengadap? Jika benar ke Allah, adakah benar kita sedar kepadaNya sepanjang kita mendirikan solat? Atau ke mana saja kesedaran kita terbang melayang.

Tanya setiap saat hidup kita. Selama mana dan sebanyak mana kita menyedari Allah?

Tanya diri kita yang kita setiap saat ingin banggakan dengan apa yang kita miliki dan capai ini, apakah benar aku bersyukur pada Allah atau sekadar kata-kata ucapan “Alhamdulillah Syukur”?

Berhati-hatilah di saat senang lenang saat ini kerana setiap kita pasti diuji. Seandainya diri tidak biasa pulang ke Allah yakni SEDAR ALLAH setiap saat, bimbang ketika diuji Allah, JIWA LEMAH TIDAK TERDAYA. TIDAK MAMPU MENERIMA KEHENDAK ALLAH.

Lebih malang seandainya MENYALAHKAN TAKDIR ALLAH lalu MENYALAHKAN ALLAH. Nauuzubillah.

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?” (QS Al-Ankabut:2-3).

Marilah. Kita sudah penat dengan kata-kata. Mari kita lakukan. Pulang ke Allah. Sedar ke Allah dengan benar. Mari…. diam dan tenangkan jiwa… berkomunikasilah dengan Allah perlahan-lahan. Teruskan…. sehingga akhirnya dirimu pasti akan diam. Fikiranmu pasti kosong. Dirimu lenyap dalam kefanaan. Yang ada hanyalah Allah.

Fuad Latip
16 Disember 2012

Penghargaan Daripada Allah SWT

12 December 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Penghargaan daripada Allah terus masuk ke hati. Lalu kita merasakan terus penghargaan itu tanpa perlu ada pengantara yakni berupa kebendaan atau kata-kata daripada manusia lain.

Kerana itu penghargaan daripada Allah boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja. Tidak perlu menunggu memiliki sesuatu kemudian baru bahagia. Malangnya jika sebegini iaitu dapat sesuatu baru bahagia.

Penghargaan itu datang dua serentak.
Pertama: Cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hati.
Kedua: Benci kepada kekafiran (kafir itu maknanya tertutup yakni jahil), kefasikan dan kederhakaan.

Ketika sedar Allah yakni sentiasa setiap saat berada dalam Ihsan, pasti diilhamkan kedua-dua perkara di atas. Ia merupakan penghargaan, anugerah, hadiah atau apa sahaja perkataan yang saudara ingin kategorikan.

IA TERUS MASUK KE DALAM HATI.

Dan ketahuilah olehmu bahwa di kalangan kamu ada Rasulullah. Kalau ia menuruti [kemahuan] kamu dalam beberapa urusan benar-benarlah kamu akan mendapat kesusahan tetapi ALLAH MENJADIKAN kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kederhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus, sebagai kurnia dan nikmat dari Allah. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (QS: Al-Hujurat, 49: 7-8)

Fuad Latip
12.12.12

  • FB GROUP JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Allah SWT sentiasa mencintai kita. Namun untuk kita merasai cinta AllahSWT hanyalah dengan satu cara iaitu kita mesti mencintaiNya. Rasa cinta itu hanya mampu kita miliki apabila kita juga menyintai.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword