Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

Ku Sedari…

18 November 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

FacebookGoogle GmailYahoo MailWordPressTwittermore

Malam tadi…
Dan sekali lagi…
Di subuh hari…
Ketika matahari mula terbit…
Aku keluar rumah…
Di tempat lapang….

Aku berdiri….
Mendepakan tangan…
Mendongak ke langit…
Mata terbuka…
Melihat alam yang luas tidak terbatas…

Meluaskan kesedaran…
Seluas alam…
Lebih dari kesedaran yang dibatasi oleh jasad…
Luas terus…
Jauh…

Sungguh…
Menyedari…
Diri ini luas…
Namun aku yang membatasinya dengan sekujur tubuh…
Hingga aku sering kecewa dan lemas dengannya…

Seringkali terhimpit olehnya…
Seringkali bersedih kerananya…
Seringkali melayaninya berlebihan…
Seringkali terseksa dengannya…

Hingga kehendak lebih dari keperluan…
Hingga nafsu menguasai diri…
Hingga rasa menghantui diri…
Hingga ego membaluti diri…
Hingga terhijab dengan rahmat Ilahi…

Aku terus mendongak…
Meluaskan kesedaran…
Di ketika itu aku menyedari…
Tanpa suara…
Tanpa bahasa…
Tanpa kata…
Tanpa isyarat…
Namun tetap menyedari…

Apa yang sering kubaca di dalam Al-Quran…
Apa yang sering diajarkan…
Apa yang sering dikatakan…

Aku mula menyedari…
Yang Maha Besar…
Yang Maha Meliputi…
Yang Maha Dekat…
Yang Maha Mendengar…
Yang Maha Melihat…
Hingga di mana sahaja aku mengadap….
Yang kusedari hanya Dia…

Ada air mata menitis…
Namun tiada rasa…
Ya Allah Ya Rabbi…
Ya Fattah Ya Alim…
Ya Rahman Ya Rahim…
Allahuakbar…

*******
Depakan tanganmu…
Dongakkan kepalamu…
Akhirnya pasti…
tanganmu terkulai layu…
kepalamu tunduk…
badanmu rebah tersungkur sujud…

Fuad Latip
Ahad yang indah
18 November 2012

Bagaimana Menghilangkan Was-was

10 November 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Untuk menghilangkan was-was ini kita perlu tahu puncanya. Puncanya adalah ketika kita melakukan sesuatu perkara,

1. kita tidak sedar sedang melakukan (berada dalam minda bawah sedar)
2. kita ingin ia benar-benar sempurna di atas kemampuan kita.
3. kita kurang yakin dengan Allah.

************

Untuk menghilangkan was-was, selain daripada selalu membaca surah An-Nas, kita harus melatih diri sentiasa berkomunikasi dengan Allah. Harus cakapkan pada Allah dalam penuh kesedaran apa yang kita sedang lakukan.

Dalam keadaan sedar, kita pasti ingat setiap apa yang kita lakukan.

Sebagai contoh, saudara selalu was-was samada rumah atau kereta sudah dikunci atau belum? Ketika mengunci rumah atau kereta, pastikan dilakukan dalam sedar dan katakan pada Allah,

“ya Allah aku sedang kunci rumah aku ni ya Allah. Aku sedang kunci kereta aku ni ya Allah. Aku tekan kunci ni ya Allah. Mohon ya Allah agar rumah dan kereta aku ini diberikan kebaikan di sisiMu ya Allah”.

Jika was-was dengan wudhuk, katakan pada Allah,

“ya Allah sedang basuh muka ni ya Allah. Sedang ratakan air seluruh muka aku ni ya Allah. Mohon ya Allah agar muka ini tidak dibakar dengan api neraka ya Allah.” Lakukan untuk semua anggota wudhuk.

Juga di dalam solat. Namun katakan pada Allah dalam hati. “ya Allah mohon untuk takbir ya Allah.” Lalu bertakbirlah. “ya Allah mohon untuk rukuk ya Allah.” lalu rukuklah.

Berlatihlah untuk yakin pada Allah ketika kita memohon pada Allah, Allah yang memberikan kita ilham ini akan membuatkan kita akan laksanakan dengan sempurna yang kita mampu. Pasti.

Dengan latihan ini, inshaAllah was-was ini akan hilang dan terus hilang sepenuhnya.

Selalulah mohon pada Allah tunjukkan cara bagaimana was-was ini boleh dibuangkan. InshaAllah akan ditunjukkan oleh Allah sesuai dengan diri kita masing-masing.

Incoming search terms:

Bagaimana Agar Mudah Melakukan Kebaikan

9 November 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Dalam melakukan sesuatu perkara, manusia itu lebih suka memikirkan “apa manafaat yang boleh aku miliki berbanding apa manafaat yang aku boleh berikan”.

Sedangkan yang menyelamatkan dirinya dari api neraka adalah “apa manafaat yang diberikan kepada yang lain”.

Ini adalah salah satu mengapa manusia itu lebih mudah melakukan keburukan berbanding kebaikan.

Yang utama bagi dirinya ketika melakukan suatu kerja adalah “apa yang boleh aku miliki”. Bukan “apa yang aku boleh berikan”.

Mengapa? Kerana tidak yakin bahawa ketika diri memberikan manafaat buat yang lain, diri sebenarnya melakukan untuk Allah. Kerana Allah.

Yang ada dalam dirinya ketika melakukan sesuatu kerja “apa yang aku boleh berikan” itu adalah kerana orang lain. Bukan kerana Allah. Lalu melakukan kebaikan terasa sangat berat ketika memikirkan orang lain yang mendapat manafaat bukan dirinya.

Di sini juga puncanya tiada keikhlasan ketika memberi manafaat buat yang lain kerana ketika memberi manafaat buat yang lain, tujuan sebenarnya masih kuat di hati adalah “apa manafaat yang aku boleh miliki”.

Namun tidak salah sekiranya apa yang kita lakukan ada manafaat buat diri kita juga. Cumanya fokus utama kita diterbalikkan iaitu fokuskan kepada “apa manafaat yang aku boleh berikan” dan untuk “apa yang boleh aku miliki” kita serahkan pada Allah kerana pasti ada ganjaran yang pasti kita miliki.

Lalu hati terasa benar ganjaran itu dari Allah bukan dari usaha sendiri. Ketika itu apakah kita tidak tersungkur sujud bersyukur kepadaNya?

Fuad Latip
9 November 2012

Incoming search terms:

Yang Dekat Dan Yang Jauh

7 November 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Dua orang yang marah memarahi akan saling bersuara kuat sedangkan jarak antara mereka adalah dekat.

Dua orang yang sayang menyayangi dan rindu merindui akan saling berbisik manja sedangkan jarak antara mereka berjauhan.

Yang jauh bukan jasad tetapi hati.
Yang dekat bukan jasad tetapi hati.

Semoga hati kita sentiasa dekat dengan Allah agar Allah mendekatkan hati-hati kita. Lalu tiada marah, tiada dengki, tiada benci, tiada sakit hati….. semuanya bahagia. InshaAllah.

Incoming search terms:

Semoga Allah Melindungi Anak-anak Kita

6 November 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Saya berbual dengan seorang rakan sekerja yang bimbang dengan hal anak-anak beliau.

“Kita ini mengajar anak orang lain bersungguh-sungguh. Meluangkan banyak masa untuk mereka. Tetapi kekadang kita tidak sempat untuk menumpukan perhatian pada anak-anak kita.”, kata rakan sekerja itu pada saya.

Saya membalas, “marilah kita memohon pada Allah ketika kita mengajar anak orang lain dengan bersungguh-sungguh, KITA MOHON agar orang lain yakni guru-guru yang mengajar anak-anak kita dengan baik dan bersungguh-sungguh juga.

Marilah kita mohon juga pengasuh-pengasuh yang menjaga anak kita sentiasa diilham Allah dengan ilham taqwa agar mereka mengasuh anak-anak kita dengan baik kerana Allah.

Saya setiap hari memohon pada Allah agar pembantu rumah saya menjaga anak-anak saya dengan baik. Dengan kasih sayang pada anak-anak saya.

Semoga pengorbanan kita pada anak-anak orang lain (pelajar-pelajar) dirahmati Allah dan dibalas Allah dengan kebaikan pada anak-anak kita.”

“Allahuakbar… ya Allah tidak terfikir saya. Alhamdulillah, saya akan sentiasa memohon seperti itu.”, rakan sekerja tersenyum lega.

Muluruskan Kembali Niat Yang Tersasar

6 November 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Kadang-kadang kita mungkin sedikit terkilan, kecewa malah mungkin akan sedih dalam melaksanakan amanah kerana niat utama kita sudah sedikit tersasar.

Daripada niat kerana Allah, kita sudah bertukar niat kerana selain daripadaNya.

Menjadi suami kerana isteri dan anak-anak.
Menjadi isteri kerana suami dan anak-anak.
Menjadi pekerja kerana majikan.
Lalu kerana Allah hilang entah ke mana. Di ketika itu pasti ada sedih. Ada kecewa. Ada terkilan.

Kerana itu kita diminta mengulangi semula di dalam solat kita…. Sesungguhnya (Inna), solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah.

Di luar solat, mari kita sering ucapkan…

“ya Allah perkuatkan jiwaku dan berikan aku petunjuk agar apa yang sedang aku lakukan hanya untukMu ya Allah. Semata-mata untukMu ya Allah. Aku ingin menjadi hambaMu yang dipercayaiMu. Segalanya untukMu.”

Semoga niat kita berada kembali atas jalan yang lurus…. Hanya untuk Allah SWT. Jika untuk yang lain pun, ia adalah kerana Allah SWT.

cth:
Untuk anak-anak kerana Allah. Allah mempertanggungjawabkan kita untuk mendidik wali-waliNya (anak-anak itu adalah wali Allah… wakil Allah). Kita menjadi ibu bapa kerana Allah.

Untuk suami/isteri kerana Allah. Allah menganugerahkan suami/isteri sebagai hadiah hidup di dunia ini dalam membantu mendidik wali-waliNya yakni anak-anak. Kita menjadi isteri/suami kerana Allah.

Untuk majikan kerana Allah. Allah mentakdirkan rezeki kita disalurkan melalui majikan. Kita bekerja kerana Allah.

Mari, dalam tenang dan diam seketika dari kerja yang sedang kita lakukan, kita mohon pada Allah…. aku ingin jadi hambaMu yang dipercayaiMu dengan melakukan kerja ini semata-mata keranaMu ya Allah. Semata-mata hanya untukMu ya Allah.

Sekadar berkongsi apa yang saya lakukan ketika semangat terkulai layu mungkin dari reaksi kata-kata orang lain yang melemahkan semangat.

Fuad Latip
6 Nov 2012

Incoming search terms:

Allahumma, la ilaha illa anta. Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin

2 November 2012 | 1 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Allahumma, la ilaha illa anta. Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin
“ya Allah, tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim”.

Ketika kita ditimpa musibah atau dalam keadaan diuji, kita diajarkan untuk membaca apa yang dibaca oleh Nabi Yunus a.h.. Lalu kita pun melafazkannya.

Membacanya berulang-ulang kali. Ternyata masih ramai yang terus berasa gelisah. Ada pun mungkin reda tetapi sekadar sementara.

Seharusnya kita memahami apa yang dimaksudkan di dalam doa ini.

Kita nyatakan pada Allah bahawa “ya Allah, sungguh benar ya Allah aku ini termasuk orang yang zalim”. Siapakah orang yang kita zalimi?

Orang yang kita zalimi itu adalah sebenarnya DIRI KITA SENDIRI. Sungguh ketika aku gelisah resah sempit terhimpit, aku sebenarnya yang menzalimi diriku sendiri. Aku adalah orang yang zalim.

Jiwa terhimpit sempit kerana puncanya hanyalah satu iaitu tidak mahu redha dengan Allah SWT. Kita tidak mampu menerima sepenuhnya apa yang berlaku pada diri kita yang ditakdirkan Allah.

Lalu kita tidak memohon tetapi sekadar menyatakan pada Allah keadaan diri kita dengan harapan kita memperolehi belas kasihan Allah dengan menguatkan jiwa kita agar mampu redha dengan Allah SWT.

Inilah apa yang dinyatakan oleh Nabi Yunus pada Allah ketika berada dalam perut ikan yu. Mengaku tiada apa dan sesiapa pun yang berhak sebagai Tuhan melainkan hanya Allah SWT dan mengaku diri ini sungguh menzalimi diri ini ketika jiwa sempit terhimpit akibat tidak mampu menerima kehendak Allah SWT.

Ia bukanlah sebagai permohonan tetapi ia hanya komunikasi iaitu menceritakan keadaan diri pada Allah. SELEBIHNYA KITA HANYA MENGIKUT KEHENDAK ALLAH.

Dengan mengaku Allah sahaja yang berhak sebagai Tuhan dan bahawa sungguh aku ini orang yang zalim, Nabi Yunus BERJAYA MELEPASI 3 KEGELAPAN.

Atas izin Allah Nabi Yunus berjaya melepasi
1.  Kegelapan perut ikan
2. Kegelapan lautan
3. Kegelapan malam.

Marilah, kita lafazkan pada Allah,

“ya Allah Tiada apa pun yang berhak sebagai Tuhan melainkan Engkau ya Allah dan Sungguh ya Allah, aku ini adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim. Yang menzalimi diriku sendiri ya Allah dengan tidak berserah kepadaMu ya Allah.

Ya Allah aku mohon ya Allah agar diperkuatkan jiwa ini ya Allah, diberi petunjuk ya Allah. Kuatkan jiwa ini agar mampu berserah ya Allah. ya Allah………… ya Allah……….. ya Allah……”

Semoga diri kita mampu keluar dari golongan orang yang menzalimi diri kita sendiri iaitu hamba yang tidak redha dengan Allah SWT. Amin.

Fuad Latip
2 Nov 2012

Incoming search terms:

Menyegarkan Kembali Semangat Yang Layu

1 November 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Ketika semangat telah layu…. mari kita sama-sama nyatakan dengan jelas pada Allah…

*nyatakan hingga benar-benar keluar suara. Biar telinga kita mampu mendengar apa yang kita nyatakan ini….

mari… baca dahulu apa yang ditulis di bawah ini. Kemudian ikut langkah seterusnya.

Langkah 1:
Fahamkan di bawah ini. Nanti gunakan sahaja ayat sendiri. Apa yang lahir dari hati dan fikiran itu… nyatakan dengan jelas pada Allah.

“ya Allah….. (diam sejenak dan sedar pada Allah)
Aku ingin jadi hambaMu yang dipercayaiMu ya Allah….
ya Allah….. (diam lagi)
Mohon kekuatan ya Allah….
Mohon petunjuk ya Allah….
ya Allah….. (kuat terus sedar pada Allah.)
Aku ingin menjadi hambaMu yang dipercayaiMu ya Allah…. semata-mata untukMu ya Allah. Hanya untukMu ya Allah.

Langkah 2:
Duduklah dengan tenang. Jika dapat duduk di tempat yang sangat tenang. Jika di pejabat atau dalam rumah, carilah berdekatan tingkap yang nampak suasana luar yang luas. Jika dapat pergi kawasan luar.

Langkah 3:
Nyatakan langkah 1 dalam keadaan sedar Allah Yang Maha Dekat, Yang Maha Meliputi, Yang Maha Besar, Yang Maha Mendengar, Yang Maha Pengasih dan Penyayang, Yang Maha Agung….

Nyatakan terus berulang-ulang kali.

*******************
Jika di dalam solat, waktu rukuk dan sujud, dalam hati… nyatakan kepada Allah Langkah 1 itu.

Tidak semestinya ikut langkah demi langkah macam yang saya ajarkan. Yang utama nyatakan bahawa kita ingin jadi hamba yang terbaik itu merupakan visualisasi atau kita menggambarkan diri kita yang akan menjadi hamba yang dipercayai Allah.

Semoga semangat kita segar kembali. Amin ya Rabb.

Incoming search terms:

  • FB GROUP JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Kita perlu sedar hidup ini adalah mencabar. Hidup ini memang susah. Hidup ini memang banyak masalah. Kesedaran ini membuatkan kita tahu yang diri kita tidak mampu mengharungi hidup ini tanpa bantuan Allah SWT. Jika kita sedar hidup ini susah, pasti kita akan BERSUNGGUH-SUNGGUH mengharapkan bantuan Allah SWT.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword