Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

Salam Aidil Adha 1433H

26 October 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

FacebookGoogle GmailYahoo MailWordPressTwittermore

Salam AidilAdha

Semua yang dicintai selain daripada Allah HARUS dikorbankan.

Sepertimana ketika Nabi Ibrahim benar-benar mencintai anak baginda, Allah memerintahkan agar dikorbankan anak baginda kerana tiada lain yang berhak dicintai lebih daripada mencintai Allah.

Inilah pengajaran yang harus dihayati hari ini. Mengorbankan yang lain bukan bermakna dibunuh, dibuang atau dimusnahkan. Tetapi dilepaskan dari hati ini dengan memastikan cinta pada Allah semata-mata dan mencintai yang lain HANYA kerana cintanya kita pada Allah.

Kemungkinan kita tidak mampu. Lalu mohonlah pada Allah,

“ya Allah hambaMu mohon agar Engkau berikan rasa cinta kepadaMu melebihi dari yang lain dalam hati ini ya Allah.” (ulangi terus)

Allahukbar… Allahuakbar… Allahuakbar… Walillah hilham.

[note] Kita asyik berdoa memohon agar Allah mencintai dan mengasihi kita. InshaAllah yakinlah sememangnya Allah mencintai dan mengasihi kita. Namun apakah kita ini mencintai Allah lebih daripada yang lain? Lalu berdoalah seperti di atas.

Fuad Latip
10 Zulhijjah 1433H (AidilAdha)
26 Okt 2012

Bermulanya Haji

24 October 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Hari ini 8 Zulhijjah. Jemaah haji mula berangkat untuk Tarwiyah. Berangkat dari Kota Mekah ke Mina. Kemudian 9 Zulhijjah akan mula berangkat dari Mina ke Arafah.

Tinggalkan kehendakmu. Tinggalkan kemahuanmu. Istighfarlah. Doamu itu sekadar memohon keampunan dan taubat. Tinggalkan kehendak keduniaanmu dalam doamu. Kamu mampu meninggalkan kehendak keduniaanmu ketika jiwamu berserah total pada Allah.

Serahkan jasadmu pada Allah. Serahkan anak-anakmu pada Allah. Serahkan suami/isterimu pada Allah. Serahkan hartamu dan semuanya pada Allah. Semuanya bukan milikmu. Datanglah, hadirlah, pulanglah dengan benar kepada Allah.

Menangisnya bukan kerana kehendak duniamu. Menangisnya bukan kerana anak-anakmu. Menangisnya bukan kerana suami/isterimu. Menangisnya HANYA kerana kamu berada di sisi Allah.

Labbaika Allahuma labbaik….
La ilaha illallah wahdahu laa syarikalahu lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa ‘ala kulli syai’in qadir.

Jangan kamu SYIRIK pada Allah dalam hajimu hanya kerana kamu terlalu ingin keduniaanmu (dengan doa-doa memohon itu ini hal keduniaanmu) lebih dari datang semula yakni pulang kepada Allah dengan benar.

note: Saya belum menunaikan haji. InshaAllah sentiasa bersedia untuk menunaikan haji. Semoga Allah SWT memilih saya sekeluarga untuk menunaikan haji.

Namun harus faham. Bukanlah menunaikan haji itu sahaja seolah-olah datang semula/pulang ke Allah. Sesungguhnya Allah Maha Meliputi segala sesuatu.

Datang semula yakni pulang ke Allah bila-bila masa. Setiap saat kehidupan. Bukan mengenangkan haji, bukan mengenangkan Mekah, Kaabah dan selain Allah, baru hati jadi luluh dan lebur. Seharusnya setiap saat tunduk dan rendah hati pada Allah dengan menyedariNya.

Fuad Latip
8 Zulhijjah 1433H / 24 Oktober 2012

[JPHBT Parenting]: Memuji Anak Untuk Melakukan Kerja

23 October 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Allahuakbar!!!

Rupanya cukup berbeza memuji kelakuan anak perempuan dan anak lelaki.

Saya tidak hanya memuji sesuatu yang TELAH dilakukan anak-anak. Tetapi memuji juga sesuatu yang BELUM dilakukan anak-anak.

Anak Perempuan:
KES 1:
“Kakak yang suka bantu ayah. Oooo kakak yang suka bantu ayah. Tolong angkat pinggan yang kakak guna tu ke sinki dapur.”

Bila kakak lakukan, saya ucapkan, “Subhanallah, terima kasih ya Allah rajinkan kakak ni.”

KES 2:
“Kakak yang nak bangun awal esok pagi. Oooo kakak yang nak bangun awal esok pagi. Jom tidur jom. Boleh bangun awal esok.”

Bila kakak masuk tidur, saya ucapkan, “Alhamdulillah, terima kasih ya Allah sayangkan kakak.”

KES 3:
“Kakak yang pandai urut ayah… Oooo kakak yang pandai urut ayah. Pijak kaki ayah kejap. Ayah suka kalau kakak pijak kaki ayah sebab kakak pandai pijak.”

Bila kakak pijak, oh!! sedapnya. Terima kasih ya Allah sebab kasi kak pandai pijak.

Banyak lagi pujian yang memang saya amalkan sejak anak-anak kecil lagi.

********************
Namun anak lelaki sangat berbeza. Abang Nuqman tidak mahu pujian seperti itu. Pujiannya ikut selera semasa beliau.

Anak Lelaki:
KES 1
“Abang man yang kuat macam Ultraman. Oooo Abang man kuat macam Ultraman. Abang man kemas balik mainan lori-lori tu. Kuat macam ultraman je yang boleh angkat kan.”

Bila Abang man mengemas, Ya Allah… hebatnya Ultraman ini ya Allah. Terima kasih ya Allah.

KES 2
“Abang man yang ada kuasa macam boboboi… Oooo Abang man yang ada kuasa macam boboboi. Abang man pergi mandi abang man.

Bila Abang man bangun pergi mandi… Allahurabbi… terima kasih ya Allah sebab kasi kuasa kat Abang man.

*********************

Alhamdulillah, biasanya panggilan begitu membuatkan mereka cepat bertindak.

Mungkin ia sesuai untuk anak-anak saya sahaja. Namun tidak salah mencuba.

Siapa dalam kesedihan dan susah hati?

23 October 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Mari….. diam.. lihat alam… angkatlah tanganmu. Katakan pada Allah yakni berdoa…

“Ya Allah…. hambaMu mohon kekuatan dan kesabaran agar mampu mengikut kehendakMu ya Allah. Ya Allah hambaMu ikut kehendakMu ya Allah. HambaMu ikut kehendakMu. Ya Allah……”

Ulangi terus hingga hati itu tenang. Benar…. saya selalu lakukan. Akhirnya saya rebah…. malu pada Allah. Terasa iman goyang sekali kerana sedih. Tidak mahu ikut Allah. Setelah lakukan…. Allahurabbi. Terasa bebas dari keterikatan dunia yang mengakibatkan sedih itu.

Perlahan-lahan…. latih untuk lepaskan diri dari keterikatan dunia. Kemudian cuba solat sunat dua rakaat. Solat taubat kerana iman yang lemah selama ini hingga hati tidak mampu ikut kehendak Allah.

Mari… lakukan.

Incoming search terms:

JPHBT 4 Tahun #2

20 October 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Hampir 4 tahun Jiwa Positif Hidup BerTuhan berkongsi kisah hidup di mana kisah hidup yang dikongsikan seringkali dialami oleh kita semua. Namun ia akan memberi kesan yang sangat berbeza seandainya kita sentiasa sedar Allah dan apa yang berlaku adalah aturanNya.

Mungkin selama ini kita tidak sedar Allah di ketika apa yang terjadi dalam hidup tidak seperti yang kita inginkan. Kita mungkin tidak sedar bahawa seandainya kita tidak berdepan dengan ujian Allah, kita sebenarnya ‘mati’ tidak bergerak.

Kita hanya bergerak yakni beraktiviti ketika ada sesuatu yang perlu kita selesaikan. Seandainya dunia ini mengikuti semua kehendak kita, Allahurabbi tidak tergambar bagaimana agaknya keadaan dunia ini.

Semoga 4 tahun ini JPHBT dapat memberikan sedikit sebanyak manafaat buat saudara.

Hendaknya kesedaran kepada Allah lebih meningkat berbanding sebelum ini.
Hendaknya keyakinan pada Allah lebih mantap berbanding sebelum ini.
Hendaknya lebih sabar berbanding sebelum ini.
Hendaknya pasrah, redha dan berserah itu lebih hebat daripada sebelum ini.
Hendaknya bahagia itu dirasai lebih dari sebelum ini.
Hendaknya diri mampu melepaskan diri dari keterikatan dunia lebih daripada sebelum ini.

Terima kasih dengan doa-doa saudara yang saya terima menerusi FB ini, email, sms, telefon serta di laman web JPHBT. Doa-doa saudara adalah anugerah yang sangat hebat yang Allah berikan untuk saya. Allahurabbi. Subhanallah. Terima kasih ya Allah. Terima kasih saudara semua.

Allahuakbar… saya bersaksi tiada yang berhak sebagai Tuhan melainkan hanya Allah dan Nabi Muhammad Rasulullah.

Sentiasa sedar dan sebut nama Tuhanmu
Fuad Latip
19 OKT 2012

JPHBT 4 tahun #1

20 October 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Tujuan JPHBT hanya satu. Ingin bersama-sama saudara semua agar sentiasa sedar Allah setiap saat kehidupan. Yang seterusnya, Allah menetapkan perjalanan hidup kita di dunia ini dengan jalan masing-masing. Namun semuanya pasti menuju kepadaNya.

Jiwa yang sedar sentiasa pada Allah pasti akan dituntun dengan taqwa. Inilah “kata-kata” iaitu firman Allah.

Manakala seandainya kita tidak menyedari Allah walau hanya satu saat dalam kehidupan kita ini, Allah akan menempatkan syaitan dalam jiwa kita yang mana syaitan ini sentiasa menyesatkan kita hingga kita berasa sentiasa benar sedangkan salah.

InshaAllah ketika kita sentiasa sedar Allah, kita akan lalui jalan kita dengan jiwa yang sentiasa pulang kepadaNya yakni redha, pasrah, dan berserah.

Apa jua yang berlaku di pertengahan jalan, kita mampu menempuhnya dengan sabar sebagai jiwa yang tetap bersyukur pada Allah.

Di sini nanti Islam, Iman dan Ihsan kita selesai. Tiada ragu pada Allah. Yang tinggal kita jalani kehendakNya iaitu beribadah menjadi wakilNya dalam menjalankan tanggungjawab kita sebagai hamba yang dipercayaiNya.

Perjalanan kehidupan kita UNIK. Setiap kita berbeza perjalanan hidupnya.

Segala teknik yang wujud di muka bumi ini adalah teknik dan kaedah yang disusun. Ia penting dalam kita menjalankan syariat.

Namun teknik atau kaedah apa pun tanpa kesedaran pada Allah atau tidak membawa kepada kesedaran kepada Allah adalah sia-sia meskipun ia berjaya untuk dunia namun hakikatnya teknik dan kaedah itu gagal sepenuhnya.

Yang utama sedari Allah. Nanti hidup kita dituntun Allah. Allah mengilhamkan taqwa dalam jiwa kita hingga kita mampu mengenali yang mana satu baik dan tidak.

Lalui hidup dengan tenang. Yang penting apa jua yang kita lakukan, SEDARLAH ALLAH setiap saat.

Fuad Latip
19 Okt 2012

[nota] Sedar pada Allah hanya mampu dimiliki setelah mengenali Allah dengan benar.

Pengajaran Haji: Datang ke Allah

13 October 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

labaik allahuma labaik…. bukan ketika pergi menunaikan haji sahaja.

Ia harus ada dalam diri kita setiap saat. Kita datang ke Allah.

Cuba sekarang…. dalam duduk diam…. sedar kuat pada Allah…. katakan padaNya…

Ya Allah..
llahuma labaik, labaik la sharika “labaik allahuma labaik, labaik la sharika laka labaik, Innal hamda wann’imat laka laka labaik, Innal hamda wann’imat laka wal mulk, la sharika lak”

aku datang kepada MU ya Allah, aku datang. Aku datang dengan tidak mensyirikan Engkau, aku datang. Sesungguhnya segala kepujian kepada Engkau, segala nikmat dari Engkau dan kerajaan kepunyaan Engkau. Tiada sekutu bagi Engkau.

Maka datangnya kita bukan masa haji sahaja. Haji itu untuk kita jalani setiap saat hidup ini. Kerana itu Haji adalah rukun Islam….. Islam.. hanya satu-satunya cara hidup yang diterima Allah.

Mari praktikkan…. jangan sekadar baca untuk mengenangkan saat haji. Harus diamalkan terus dalam kehidupan ini.

Ya Allah…. aku datang ya Allah…. aku datang.

Bukan datang ke Mekah.
Bukan datang ke Kaabah.
Bukan datang ke safa dan marwah.
Bukan datang ke arafah.
Bukan datang ke Mina.
Bukan datang ke jamratul.

Tetapi datang ke Allah.

Haji itu sama seperti syahadah. Sama dengan solat. Sama dengan puasa. Sama dengan zakat. 

Ibadah melatih untuk datang semula… yakni pulang ke Allah. Agar diri mampu pulang dengan benar di saat pulang abadi nanti. Agar ketika pulang yang benar yakni mati… diri tidak terikat dengan apa yang dimiliki.

Inilah haji mabrur. Yang mampu membawa kita agar sedar Allah setiap saat. Agar mampu runduk… rendah hati dan tunduk padaNya.

Inilah syahadah yang benar. Yang membenarkan hanya Allah adalah Tuhan dan menafikan yang lain. Dan Nabi Muhammad adalah pesuruhNya.

Inilah solat yang khusyuk pada Allah. Bukan pada bacaan. Bukan pada suara. Bukan pada makna. Bukan pada penglihatan. Tapi hanya pada Allah. Tunduk dan patuh lalu rukuk dan sujud meleburkan hati yang ego.

Inilah puasa. Melemahkan jasad yang mengikat jiwa. Melepaskan tarikan nafsu yang hanya ingin ke tanah. Makanan dari tanah. Kebendaan dari tanah. Wanita dari tanah. Anak-anak dari tanah.

Inilah zakat. Agar jiwa tidak terikat dengan apa yang dimiliki. Mampu memberi dalam apa jua nilai harta. Sikit atau banyak…. terus sedekah…. terus berzakat. Jiwa yakin dengan aturan rezeki Allah.

Labaikllahumalabai…. ya Allah aku datang ya Allah… aku datang.

Disebalik Pengorbanan Nabi Ismail a.s.

11 October 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Nabi Ibrahim a.s. diminta Allah untuk mengorbankan Nabi Ismail a.s. di ketika kecintaan Nabi Ibrahim a.s. kepada anaknya itu memuncak. Anak yang SANGAT dicintai itu harus dikorbankan sekiranya ia menjadi punca gangguan mencintai Allah.

Inilah pengajaran utama sebenarnya dalam kisah pengorbanan ini.

Yang harus ada rasa cinta dalam hati kita adalah mencintai Allah SWT. Ketika kita mencintai yang lain, ia adalah kerana Allah SWT.

Kerana Allah, aku mencintai ibu bapaku.
Kerana Allah, aku mencintai isteriku.
Kerana Allah, aku mencintai anak-anakku.
Kerana Allah, aku mencintai saudara maraku.
Kerana Allah, aku mencintai seluruh umat Islam.
Kerana Allah, aku mencintai segala harta yang diamanahkan kepadaku.

Ketika mencintai kesemuanya kerana Allah, di sana pasti mengalir kasih sayang (rahmat) Allah untuk dialirkan.
Pasti dikurniakan rasa cinta (mawaddah) dari Allah agar saling cintai mencintai.
Pasti dialirkan ketenangan (sakinah) agar hati dan fikiran sentiasa tenang ketika bersama.

Namun mencintai selain daripada Allah SWT tidak boleh disimpan kuat di dalam hati. Hati ini hanya untuk Allah dan yang lain sekadar bergantungan sahaja.

Ketika mencintai Allah lebih dari yang lain, barulah wujud kesanggupan berkorban demi kerana Allah. Yang lain hanya digenggam tetapi tidak disimpan di dalam hati.

Mari kita praktikkan.

Peluklah pasangan masing-masing hari ini sambil sedar kepada Allah. Namun diamlah kedua-duanya (jangan bercakap). Rasakan kasih sayang yang dialirkan Allah SWT ke dalam diri kita. Alirkan pada pasangan kita ketika kita memeluk mereka tanpa melepaskan kesedaran kepada Allah SWT. InshaAllah kita akan dapat rasakan kita sangat mencintai Allah. Kita juga dapat rasakan kita dan pasangan semakin faham memahami dan kasih sayang antara kita semakin meningkat KERANA ALLAH.

Lakukan juga untuk anak-anak. Anak-anak akan mudah memahami kita dan kita memahami mereka. Akan lebih dengar nasihat. Akan lebih sayang menyayangi. Akan lebih bersemangat dan rajin.

Tiada kata-kata, tiada arahan, tiada apa-apa dorongan. Kita tidak gunakan apa jua bahasa. Tetapi kita sandarkan sepenuhnya pada Allah.

Ketahuilah bahawa ketika kita memeluk mereka dan kita sedar kepada Allah, kita sebenarnya membawa mereka… jiwa mereka untuk dekat dengan Allah. Kita saling cinta mencintai hanya kerana Allah. Kita mencintai Yang Maha Mencintai lalu sebagai wakilNya kita menyebarkan cinta dan kasih sayang itu kepada mereka yang dipilih Allah.

Maha suciMu Allah, segala puji bagiMu ya Allah. Allahuakbar.

Incoming search terms:

Artikel Seterusnya »
  • FB GROUP JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Milikilah kesedaran tertinggi agar kita mampu memiliki rasa kehambaan yang mendalam kepada Allah SWT sebagai asas terhadap ibadah yang dilakukan. Berserahlah kepadaNya untuk memiliki ketenangan hidup di dunia dan akhirat. "Ya Allah gantilah kegelisahan di hati ini dengan ketenangan yang membahagiakan. Terima kasih Allah, terima kasih".
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword